18 June 2014

Lelaki mengamuk di Kg Gaung

Seorang lelaki dari Kampung Gaung yang mengamuk dan cuba mencederakan ahli keluarganya, ditahan di kediaman datuknya.

Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira jam 7.42 malam oleh sekumpulan polis dari Bahagian Kereta Peronda (MPV) susulan laporan mengenai diterima.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, suspek dikatakan tiba-tiba mengamuk dan cuba menyerang bapa saudara serta ahli keluarganya di kediaman datuknya.

Menurut beliau, suspek dipercayai memegang golok dan cuba menyerang keluarga, selain bertindak memecahkan cermin kereta.

“Suspek juga didakwa pernah mengugut untuk membunuh keluarga, selain sering membawa senjata berbahaya menyebabkan datuknya sentiasa dalam ketakutan.

“Bimbang keselamatan diri dan ahli keluarga lain menyebabkan mangsa menghubungi polis yang bergegas ke tempat kejadian sebelum berjaya memberkas suspek,” katanya.

Kamaruddin berkata, ketika ditangkap, suspek didapati mengalami kecederaan ringan di sebelah mata kanan dan luka di bahagian jari sebelah kanan.

“Ujian saringan awal mendapati suspek negatif dadah dan hasil siasatan awal, suspek mengaku kali terakhir mengambil dadah beberapa hari sebelum kejadian.

“Polis tidak menolak kemungkinan suspek bertindak sedemikian disebabkan terputus mendapatkan bekalan dadah, bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Sumber

No comments:

Post a Comment