18 September 2013

SPRM Tahan Bekas Adun Salah Guna Dana

Seorang ahli politik terkemuka ditahan untuk disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menyalahgunakan dana satu program kebajikan kerajaan.

Menurut sumber, lelaki itu yang juga bergelar Datuk dan bekas ahli dewan undangan negeri (Adun) serta bekas setiausaha politik kepada seorang menteri itu disoal siasat di ibu pejabat SPRM di Putrajaya Isnin lalu.
Sebuah portal berita melaporkan lelaki itu ditahan untuk membantu siasatan oleh SPRM berhubung dakwaan  penyelewengan program 1Azam.
Sebuah portal berita melaporkan SPRM turut merampas 10 kenderaan mewah milik bekas setiausaha politik itu.
Kenderaan itu termasuk Toyota Alphard, Golf GTI, Toyota Vellfire dan Camry yang kini diletakkan di Kompleks D Bangunan SPRM di Putrajaya.

No comments:

Post a Comment