- Todd Ashton
FIRMA telekomunikasi terkemuka dunia, Ericsson
menjalankan kajian terbaru mendapati penggunaan telefon pintar di
Malaysia kini dilihat menjadi medium penting sebagai alat perhubungan
dan perniagaan.
Kajian Ericsson Consumerlab di beberapa negara Asia Tenggara dan Oceania mendapati, pengguna internet harian di Malaysia yang menggunakan telefon pintar meningkat daripada 47 peratus pada 2012 kepada 63 peratus pada 2013.
Penembusan tablet pula meningkat hampir tiga kali ganda daripada 14 peratus pada 2012 kepada 39 peratus tahun ini. Perubahan paling ketara ialah peningkatan dalam penggunaan aplikasi daripada 54 peratus pada 2012 kepada 76 peratus pada 2013.
Presiden Ericsson Malaysia dan Sri Lanka Todd Ashton berkata, peningkatanmendadak ini menunjukkan rakyat Malaysia bukan hanya menggunakan telefon sebagai alat perhubungan tetapi sebagai alat perniagaan yang pantas dan pintar.
“Kini kita dapat lihat, rata-rata syarikat korporat dan perniagaan menggunakan kaedah e-dagang bagi membantu perniagaan.
"Oleh itu, pengguna kini amat selesa menggunakan telefon pintar untuk membantu aktiviti harian,” katanya ketika taklimat hasil kajian bersama media di Kuala Lumpur.
Menurutnya, pemilikan telefon pintar turut mencatat peningkatan 16 peratus kepada 63 peratus pada 2013, dan 17 peratus responden menyatakan mereka akan membeli telefon pintar dalam masa enam bulan lagi.
"Kami menjangka pelanggan mudah alih di Malaysia akan terus meningkatkan penggunaan data bulanan mudah alih kerana rakyat negara ini dianggap sebagai penerima awal bagi inovasi teknologi.
“Penggunaan aplikasi di Malaysia hari ini adalah jauh ke depan berbanding negara jiran di Asia Tenggara mahupun di Oceania,” katanya.

No comments:
Post a Comment