23 September 2013

Naikan Harga Gula untuk kawal Diabetes tidak wajar untuk kebajikan rakyat

Lawak..lawak dan tidak wajar dan tidak patut jika harga gula dikurangkan untuk elak dari rakyat terkena diabetis. 
Kurang subsidi secara mudahnya harga gula akan naik...memang dijangkakan selepas PRU akan naik harga barang, yang menanggung akibat ialah golongan yang berpendapatan rendah. setuju atau tidak yang kerdil ini terpaksa terima dan sebagai balasan mereka hanya 'Dendam' yang bakal terlerai kelak

Selamatkan Malaysia demi masa depan rakyat.

SEJARAH DIABETES


Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, India, Cina, danYunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 SM. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua jenis berlainan semenjak abad ke lima lagi.


Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Diabetes Melitus atau secara amnya dikenali sebagai kencing manis, merupakan satu penyakit kronik (tidak boleh pulih sepenuhnya) dan hampir 8-9% masyarakat dewasa di Malaysia mengidap penyakit ini.

FAKTOR DIABETES
1. POLA MAKAN
Makan secara berlebihan dan melebihi jumlah kadar kalori yang dibutuhkan oleh tubuh dapat memacu timbulnya diabetes mellitus. konsumsi makan yang berlebihan dan tidak diimbangi dengan sekresi insulin dalam jumlah yang memadai dapat menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat dan pastinya akan menyebabkan diabetes melitus.
2. OBESITAS (KEGEMUKAN)
Orang gemuk dengan berat badan lebih dari 90 kg cenderung memiliki peluang lebih besar untuk terkena penyakit diabetes militus. Sembilan dari sepuluh orang gemuk berpotensi untuk terserang diabetes mellitus.
3. FAKTOR GENETIS
Diabetes mellitus dapat diwariskan dari orang tua kepada anak. Gen penyebab diabetes mellitus akan dibawa oleh anak jika orang tuanya menderita diabetes mellitus. Pewarisan gen ini dapat sampai ke cucunya bahkan cicit walaupun resikonya sangat kecil.

No comments:

Post a Comment