2 September 2013

Kenaikan Harga Minyak Proses Pengukuhan Ekonomi - PM


PUTRAJAYA: Kenaikan harga minyak merupakan satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana, yang akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, sekiranya ekonomi negara terjejas, ia akan mendatangkan kesan buruk kepada rakyat sepertimana keadaan disesetengah negara luar yang menerima kesan amat berat apabila mereka gagal menangani ekonomi mereka dengan baik.

Komitmen kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal akan diteruskan bagi mencapai sasaran defisit fiskal dalam lingkungan tiga peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan belanjawan berimbang menjelang 2020, kata beliau.

"Kita mesti faham ini bukan soal politik, tapi soal masa depan negara, kalau ekonomi terjejas ia akan datangkan kesan buruk kepada rakyat," kata Perdana Menteri dalam persidangan media di bangunan Perdana Putra di sini, Isnin.


Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian sebagai merujuk kepada kenaikan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter yang diumumkannya, berkuat kuasa tengah malam Isnin.

No comments:

Post a Comment