Sabtu lalu. Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengadakan Latihan Pengendalian Bot dan Teknik Asas Menyelamat di Air di perairan Empangan Jajar.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Hasmadi Jusoh berkata, latihan bersama membabitkan pasukan polis daerah Besut dan JPAM Besut adalah kali ketiga diadakan.
Latihan itu membabitkan 51 anggota iaitu 12 anggota Balai Bomba Besut, Balai Bomba Jertih (11), Balai Bomba Setiu (6), Ibu Pejabat Polis Daerah Besut (5) dan 17 anggota JPAM.
Latihan sehari ini menggunakan tujuh bot masing-masing empat bot milik bomba, dua JPAM dan sebuah milik polis.
Selain menjalin kerjasama antara pasukan penyelamat di daerah ini, latihan tersebut juga memberi pendedahan kepada anggota cara mengendalikan bot, menyelamatkan mangsa dan keyakinan diri ketika bertugas pada musim banjir.
Hadir sama dalam latihan itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih, Mustafa Ismail; Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Mohd Suhaimi Awang dan wakil polis, Koperal Mohd Azhar Ibrahim.
Latihan seumpama itu penting kerana ia menyentuh aspek keselamatan anggota dan orang awam apabila situasi sebenar berlaku dan latihan bersama itu memberi peluang kepada anggota JPAM belajar ilmu dan teknik daripada jurulatih berpengalaman.
No comments:
Post a Comment