21 September 2013

Kejutan Jawatan Tertinggi Bahagian Besut

Kira-kira 15 minit sebelum waktu penutupan penyerahan borang pencalonan petugas di pejabat UMNO Bahagian Besut, dikejutkan dengan kehadiran wakil ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad yang muncul menyerahkan borang pencalonan jawatan Ketua UMNO Bahagian Besut.

Lima minit kemudian wakil ADUN Jertih, Muhamad Pehimi Yusof pula menyerahkan borang bagi jawatan sama.

Selepas itu, Pengarah UKOM Haji Samsuddin Sulong tampil menyerahkan borang bagi jawatan Timbalan Ketua dan diikuti wakil ADUN Kota Putera,Mohd Mahdi Musa menyerahkan borang bagi jawatan Timbalan Ketua.

Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Menteri Pendidikan II mengejutkan penyokong parti apabila hanya menawarkan diri jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian.

Perkembangan yang berlaku di bahagian Besut itu mengejutkan pemerhati politik kerana sebelum ini Ketua UNNO Bahagian Besut itu dikatakan tidak akan dicabar sesiapa.

Nawi yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua, sebelum ini pernah bertanding menentang Penasihat Agama Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdullah Md Zin yang akhirnya memberi laluan bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian.


Sumber

No comments:

Post a Comment