2 December 2013

Penganggur bakal digantung


Besut - Seorang pemuda bakal berdepan hukuman gantung sampai mati sekiranya didapati bersalah mengedar dadah, selepas dia diberkas di Kampung Pengkalan Teras dekat Kampung Keluang, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan jam 8.45 malam itu, suspek berusia 23 tahun ditahan di sebuah rumah dalam serbuan Ops Cantas Khas Narkotik dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, pemeriksaan lanjut di dalam rumah itu menemui satu lipatan kertas surat khabar di satu sudut sebuah bilik.

"Kita dapati terdapat lapan botol mengandungi serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin. Suspek yang merupakan penganggur dipercayai mengedar dadah di kampung tersebut dan sekitar daerah ini.

"Hasil saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan kini ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum gantung sampai mati," katanya.

Kamaruddin berkata, tangkapan itu adalah terbesar sejak Ops Cantas Khas Narkotik dilaksanakan 11 November lalu dan polis akan terus menggempur kegiatan dadah di daerah ini.

Wira Lahad Datu terima ijazah


Balu wira Lahad Datu terima ijazah suami

SINTOK - Balu kepada Allahyarham Asisten Supritenden Zulkifli Mamat tidak menyangka kata-kata suaminya sebelum ini supaya beliau yang pergi mengambil ijazah bagi pihak dirinya, betul-betul menjadi kenyataan.
    
"Beliau pernah berkata ayang (sayang) dengan mak (mertua) sajalah yang pergi ambil ijazah. Tak sangka pula kata-kata arwah itu menjadi kenyataan," kata Nor Aziah Noor yang hari ini menerima ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) bagi pihak suaminya pada majlis konvokesyen ke-26 Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.
    
Allahyarham Zulkifli, 29, terkorban ketika mempertahankan negara daripada ancaman pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah pada Mac lalu.
    
Nor Aziah, 28, yang mengajar di Sekolah Menengah Syed Putra, Kangar ditemui selepas menerima ijazah itu daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Canselor UUM.
    
Seramai 7,445 orang graduan termasuk 420 graduan antarabangsa dari 22 buah negara menerima ijazah masing-masing pada istiadat konvokesyen UUM kali ini yang akan berakhir Selasa ini.
    
Nor Aziah datang ke UUM dengan ditemani kakak iparnya Aishah Mamat, 32, beserta ketiga-tiga anak lelakinya yang berumur antara 54 hari hingga lima tahun.
    
Semasa menyampaikan ijazah tersebut kepada Nor Aziah, Sultan Abdul Halim turut menyerahkan pemulangan yuran pengajian Allahyarham Zulkifli yang bernilai RM13,000 serta sumbangan daripada kakitangan UUM bernilai RM20,739.
    
Nor Aziah berkata Seri Paduka Baginda secara peibadi turut mengucapkan takziah kepadanya di samping bertanyakan tentang dirinya dan anak-anaknya.
    
"Tuanku berharap saya lebih tabah menghadapi ujian Allah dengan kejadian yang menimpa saya. Baginda turut memberi kata-kata perangsang dan semangat. Saya amat terharu dengan keprihatinan baginda," katanya.
    
Beliau berkata beliau akan menyimpan ijazah tersebut untuk tatapan anak-anaknya supaya apabila besar kelak, mereka turut berazam kuat untuk menimba ilmu.
    
Mengenai pengajian yang diikuti Allahyarham suaminya itu, beliau berkata "cita-cita suami saya mahu menyambung pengajian secara jarak jauh setelah menangguhkannya pada 2006 untuk menyertai pasukan polis, tercapai apabila berjaya menamatkan pengajiannya pada 15 Februari lepas".
    
Nor Aziah juga berkahwin dengan Zulkifli pada 2007 setelah berkenalan semasa mereka sama-sama belajar di UUM pada 2004.

- Bernama-

1 December 2013

Panas..Panas..!! Dicekup bogel bersama kekasih



Gambar Hiasan


DUNGUN - Tindakan seorang pelayan pusat karaoke menjadikan sebuah bilik rumah sewa kakak angkatnya di taman perumahan kos rendah, dekat Taman Rakyat, di sini, tempat memadu asmara bersama teman lelakinya membawa padah apabila port mereka diserbu pihak berkuasa, pagi semalam.

Serbuan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah diketuai Inspektor Mohd Ridhwan Ismail dilakukan berikutan rumah terbabit sering dikunjungi individu mencurigakan, dipercayai golongan penagih.

Susulan itu, satu operasi khas dilancarkan dan hasil serbuan, tiga suspek berjaya ditahan di bahagian dapur, selain penemuan lebih 33 pil disyaki dadah jenis methapethamine dalam poket salah seorang daripada mereka.

Pemeriksaan dalam sebuah bilik seterusnya menemui seorang lelaki berada dalam keadaan bogel sedang tidur atas tilam bersama teman wanitanya, yang difahamkan hanya memakai seluar dalam tanpa coli.

Soal siasat mendapati mereka bukan muhrim dan pasangan yang masing-masing berusia 20 tahun itu difahamkan sering menjadikan rumah terbabit lokasi memadu asmara selain melepaskan gian dadah.

Penemuan tiga paket dipercayai syabu bersama 40 pil dipercayai dadah methapethamine di atas tilam menguatkan dakwaan ia milik suspek lelaki yang menjadi buruan polis kerana disyaki pengedar dadah, selain ujian saringan air kencing juga mendapati dia positif methapethamine.

Pasangannya bagaimanapun didapati negatif dan dilepaskan dengan jaminan polis.

Suspek lelaki yang beralamat di Kampung Balai Besar, ditahan reman untuk disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1) Akta Dadah berbahaya 1952, manakala
kekasihnya yang difahamkan berbangsa Cina yang baru memeluk Islam diserah kepada pihak penguat kuasa syariah untuk tindakan lanjut.

Manakala tiga lagi suspek yang ditahan di rumah sama akan disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut.

TERKINI!! KAKAK DIROGOL DAN BUNUH, 2 ADIK DITEMUI MATI

Kejam..kejam itu yang boleh BPO ungkapkan oleh pelaku yang bertindak merogol dan membunuh remaja perempuan dan remaja tersebut ditemui dikawasan bendang di Alor Senibong, Alor Setar.
Sementara dua adiknya ditemui mati selepas mayat mereka ditemui di Sungai Pekan Langgar.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya , mayat remaja berusia 14 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang petang tadi.   

Remaja tersebut bersama dua adiknya yang berumur tiga dan 12 tahun dilapor keluar dari rumah mereka di Jalan Datuk Kumbar dengan motosikal kira-kira 7.30 malam untuk ke rumah rakan mangsa di Kampung Gelam yang berdekatan bagi mengambil gajinya yang bekerja membotol bahan pencuci.

Mohd Nashir berkata, setelah ketiga-tiga anaknya tidak pulang dan gagal ditemui setelah puas dicari, ibu mereka Siti Aishah Arifin, 40, membuat laporan polis di di Balai Polis Langgar kira-kira jam 2 pagi.

Sementara itu bapa mangsa Rosdi Rani, 38, berkata, anaknya itu yang hanya bersekolah setakat darjah enam berpendapatan RM15 sehari. Beliau yang bekerja sebagai tukang cuci turut hairan kerana motosikal yang dinaiki anak-anaknya ditemui di Sekolah Kebangsaan Gelam dalam keadaan baik tetapi mayat anaknya ditemui di Alor Senibong yang jauh dari tempat rumah rakannya itu.

"Kami merancang untuk pulang ke Besut, Terengganu selepas dua tahun kami menetap di sini. Saya harap sangat dua lagi anak saya itu dapat ditemui dengan selamat," katanya.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat sementara jenazahnya dikebumi di tanah perkuburan Jalan Datuk Kumbar, Alor Semela selepas solat Zohor tadi. - Bernama

USTAZ KAZIM ELIAS AHLI PAS?



Betul ke Ustaz Kazim Elias ahli Pas?

Ustaz kazim  mendaftar sebagai ahli Pas cawangan Kampung Manjoi (Tambun) sejak Julai 1998 dengan nombor keahlian 0475276.

Perkara itu didedahkan oleh Pemuda PAS Perak.

“Pelantikannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno sebenarnya agak mengejutkan, ia juga menimbulkan persoalan sama ada Mohd Kazim telah menyertai Umno atau tidak kerana mengikut rekod, beliau masih ahli Pas yang sah.

“Apa-apapun kita tidak berhasrat untuk memberi ‘tekanan’, tambahan pula setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan Ustaz Kazim berhubung lantikan itu,” 


“Pelantikannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno sebenarnya agak mengejutkan, ia juga menimbulkan persoalan sama ada Mohd Kazim telah menyertai Umno atau tidak kerana mengikut rekod, beliau masih ahli Pas yang sah.


Ombak kuat resahkan penduduk!!


Ombak kuat resahkan penduduk

KUALA BESUT - Sebanyak 46 keluarga yang tinggal di perumahan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Pangkalan Atap, di sini, hidup dalam kebimbangan berikutan ombak besar dan angin kuat melanda sejak malam kelmarin.

Seorang penduduk, Jusoh Mat Ismail, 73, berkata, dia dan penduduk lain resah dengan kemungkinan berlakunya angin lebih kuat dan ombak lebih besar, sekali gus menyebabkan kawasan perumahan itu dilanda banjir.

Bagaimanapun katanya, mereka bernasib baik kerana pembinaan benteng batu pemecah ombak sepanjang kawasan perumahan itu berjaya mengelak ombak menghempas dinding rumah penduduk yang berada paling hampir dengan pantai.

“Tapi kalau hujan lebat dan berterusan di sebelah Hulu Besut, manakala air laut dijangka pasang bermula semalam, kami bimbang ombak akan lebih mengganas seterusnya melepasi tembok tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, Jusoh berkata, dia membuat persiapan untuk berpindah ke pusat pemindahan sekiranya ombak melepasi batu tersebut, malah boleh dikatakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penduduk di situ berpindah setiap musim tengkujuh.

“Masalah ini bagaimanapun akan selesai selepas kami semua berpindah ke rumah pangsa diberikan kerajaan negeri di Kampung Lay Out Tok Saboh, kira-kira empat kilometer dari sini,” katanya.

Selepas mendengar keluh-kesah penduduk di sini, Sinar Harian meninjau perjalanan projek pembinaan Pangsapuri Mampu Milik 4 Tingkat di Lay Out Tok Saboh seperti dijanjikan kerajaan negeri untuk dijadikan penempatan baharu penduduk PPRT Pangkalan Atap.

Turut sama, Pengerusi JKKK Pangkalan Atap, Mohd Aziz Mahmud dan Adun Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Siap sedia untuk pindah

Sementara itu, Mohd Aziz berkata, penduduk diminta bersiap sedia termasuk untuk dipindahkan pada bila-bila masa sekiranya berlakunya ombak lebih besar dan kawasan rumah dilimpahi air.

Menurutnya, agensi kerajaan seperti Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKKK serta agensi lain sentiasa membuat pemantauan terutama di Kampung Pangkalan Atap.

Dalam pada itu, Tengku Zaihan turut mendengar taklimat ringkas disampaikan penyelia projek dan berharap kontraktor dapat menambah bilangan pekerja agar projek boleh disiapkan mengikut jadual ditetapkan pada April 2015 atau lebih awal daripada itu.

Dalam perbincangan tersebut, penyelia berkenaan memaklumkan, majikannya kini dalam usaha menambah pekerja bagi memastikan kerja bermula sejak April lalu itu, berjalan lancar.

“Rumah tersebut akan diberi secara percuma kepada 46 keluarga dari perumahan Pangkalan Atap, manakala selebihnya pula dijual kepada pemohon berkelayakan.

"Saya amat berharap projek ini akan berjalan lancar agar penduduk Pangkalan Atap tidak perlu lagi berdepan kesulitan setiap kali musim tengkujuh,” katanya.

Hasil tinjauan juga mendapati, kerja pembinaan dilaksanakan kontraktor dilantik untuk membina 72 rumah bernilai RM10.35 juta.


Sinar Harian

PTPTN: BUKAN KAMI TAK MAHU BAYAR

Walaupun pelbagai cara dan kaedah dilakukan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi menggalakkan bayaran balik pinjaman pelajaran, namun masih ramai yang liat untuk melunaskan hutang berkenaan.

Antara usaha PTPTN adalah memberikan diskaun dan memperkenalkan sistem penukaran pinjaman tiga peratus kepada pembiayaan ujrah (satu peratus).

Bagi peminjam yang masih menganggur, penangguhan pembayaran semula selama dua tahun diberikan tetapi mereka perlu tampil untuk rundingaN.

Menurut peminjam yang ditemui, bukan mereka tidak mahu bayar, tetapi tidak mampu untuk berbuat demikian. Selepas sahaja tamat pengajian, mereka hanta mendapat kerja dengan gaji sekitar RM1200.
Tolak sewa rumah dan kereta, hanya tinggal duit untuk makan dan keperluan asas lain.

Rata-rata peminjam mengakui, mereka tidak berhasrat lari daripada menunaikan tanggungjawab membayar hutang namun terpaksa menangguhkannya terlebih dahulu kerana tidak berkemampuan.

Sehubungan itu, mereka berharap pengurusan PTPTN tidak terus menghukum mereka ekoran kegagalan tersebut, sebaliknya membantu kerana ramai graduan terpaksa menganggur selepas tamat pengajian disebabkan kekurangan peluang pekerjaan.

Mariam Abdullah, 22, berkata, dia belum berkesempatan membayar pinjaman PTPTN walaupun sudah dua tahun tamat belajar di sebuah institusi pengajian tinggi di ibu negara kerana kekangan wang.

“Bukan sengaja tak mahu bayar, tapi saya hanya bekerja sambilan dengan gaji bulanan kira-kira RM1,000 membuatkan saya tangguh dulu.

“Kami tiada pilihan, jika tidak membuat pinjaman menerusi PTPTN, mungkin saya tidak dapat menyambung pelajaran. Bukan tidak ada yang lain, tetapi tentulah syaratnya lebih ketat dan hanya universiti tertentu akan diberikan.

“Apa pun, hutang tetap akan dibayar cuma menunggu sehingga mendapat pendapatan tetap dan kewangan mencukupi,” katanya.

Sumber