4 February 2014

Hebatnya Bidin boleh tukar sampah jadi duit

Hebatnya Bidin, seorang warga emas yang tinggal di di Marang. walaupun orang memandang jijik, namun siapa sangka dengan 'ilmu' yang dimilikinya, beliau memapu menukar sampah menjadi wang.


Bidin tukar sampah jadi duit

Biarpun jijik pada mata orang, tidak bernilai pada pandangan ramai, namun bagi Bidin Bota, 68, sampah ibarat emas yang tersembunyi dalam lumpur.

Kata warga emas ini, di mana ada sampah, di situlah sumber rezekinya untuk menyara keluarga.

Sejak lima tahun lalu, Bidin mengutip tin, kertas dan barangan lusuh bagi menambah pendapatan untuk keselesaan isteri, Fatimah Ibrahim, 50 dan empat anaknya termasuk seorang masih bersekolah.

Katanya, dorongan untuk menjual barangan terbuang tercetus apabila dia berhenti kerja sebagai tukang kebun di sebuah sekolah.

"Selepas berhenti kerja, saya buntu memikirkan bagaimana untuk menampung perbelanjaan keluarga.

"Hati saya lebih sedih apabila doktor mengesahkan saya mengalami masalah tulang lutut dan tidak boleh melakukan kerja berat," katanya.

Walaupun menerima bantuan bulanan JKM sebanyak RM200, namun dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, jumlah itu tidak cukup buat mereka sekeluarga.

"Saya mula terfikir untuk menjual barangan terbuang apabila melihat pembeli barangan itu sentiasa melalui jalan utama berhampiran rumah.

"Sejak itu saya mula menyelongkar sampah, mencari barangan yang boleh saya jual untuk mendapatkan wang," katanya.

Dengan kerja itu, Bidin berjaya mendapat RM300 sebulan.

"Dengan hasil jualan sampah ditambah dengan bantuan JKM, cukuplah untuk kami hidup secara sederhana," katanya.

Ketika ditanya tidakkah timbul perasaan jijik apabila menyelongkar longgokan sampah, Bidin berkata, dia sudah biasa berhadapan dengan ulat sampah dan bau busuk sejak menjadi tukang kebun.

Malah, Bidin akan bangun awal setiap hari dan keluar rumah untuk mencari sampah sehingga jam 8 pagi di sekitar kawasan rumahnya.

“Walaupun lutut sakit, saya tetap bekerja mengikut kemampuan untuk cari rezeki halal dan tidak mahu meminta ihsan orang lain,” katanya.

Menurut Bidin lagi, setakat ini keluarganya juga tidak menghalang dia melakukan kerja berkenaan.


Sumber

No comments:

Post a Comment