5 February 2014

Banyaknya Ular di Terengganu

Banyaknya ular di Terengganu rupanya. Apakah Faktor yang menyebabkan ular berkeliaran sedemikain?

Laporan Sinar Harian
Terengganu catat tangkapan ular paling tinggi

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Terengganu mencatatkan jumlah keseluruhan tangkapan ular pelbagai spesies sebanyak 6,664 ekor sepanjang tahun lalu sekali gus menjadi negeri tertinggi menangkap reptilia itu.

Pengarahnya, Mejar Che Adam Abdullah berkata, jumlah tangkapan ular tahun lalu juga meningkat berbanding tempoh sama pada 2012 iaitu sebanyak 4,680.

Menurutnya, jenis yang paling banyak ditemui adalah daripada jenis sawa batik, sawa tikus, tedung selar, senduk dan khatam tebu.

“Jumlah tangkapan JPAM Terengganu merupakan paling tinggi dalam negara. Kesemua tangkapan (ular) itu akan dihantar ke Ibu Pejabat JPAM Negeri Terengganu di Gong Badak sebelum diserahkan kepada Perhilitan untuk tindakan seterusnya," katanya.

Beliau dalam pada itu meminta kerjasama daripada orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri apabila berhadapan dengan pelbagai jenis haiwan berbisa sehingga perkara itu dimaklumkan kepada JPAM.

Katanya, pihak JPAM akan sampai ke kawasan kejadian untuk apa-apa kes dalam radius 10 kilometer di bawah 30 minit selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai melalui talian kecemasan yang disediakan.

“Pengadu diminta menunggu kedatangan anggota JPAM walaupun binatang berbisa berkenaan berada di kediaman mereka atau di mana sahaja bagi mengelak perkara tidak diingini menimpa mereka,” katanya.

Sementara itu, JPAM Terengganu menerima sebanyak 2,914 kes aduan bagi memusnahkan sarang tebuan dan lebah sepanjang tahun lalu berbanding hanya 1,893 aduan pada 2012.

No comments:

Post a Comment