10 October 2013

AKIBAT CUAI,LAGI KES LANGGAR SECARA TIDAK SENGAJA

Cuai, cuai itu sahaja yang boleh dianggap apabila berlaku kes yang sama. saban hari ada sahaja kes yang sama berlaku. ikuti beberapa kes yang telah berlaku. Yang terbaru ialah berlaku di K. Terengganu.


Bayi 10 bulan maut dilanggar ibu alih kenderaan

KUALA TERENGGANU - Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan maut selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh ibunya di Kampung Bukit Besar di sini awal hari ini.

Kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu berlaku ketika ibu mangsa Faziah Yusuf, 35, cuba mengalih kedudukan kereta jenis MPV Proton Exora di garaj bagi memudahkan suaminya yang bertugas sebagai guru untuk keluar.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Zamri Shamsuddin berkata ketika mengundurkan kenderaan ibu mangsa tidak menyedari anak bongsunya merangkak keluar dari rumah ke belakang kereta.

"Akibat perlanggaran itu mangsa Muhammad Faqih Mohd Fitri yang mengalami kecederaan dalaman disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini," katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu bapa mangsa Mohd Fitri Ngah, 40, berkata mengalih kenderaan bagi memudahkannya keluar bekerja memang menjadi rutin harian isterinya.

Namun ketika isteri sedang mengundurkan kereta, anaknya itu, bongsu dari enam beradik merangkak keluar ke garaj kereta di hadapan rumah dan mereka hanya menyedari kejadian itu setelah mendengar teriakan dari jirannya.

"Mendengar teriakan itu saya bergegas keluar rumah dan melihat isteri telah memangku anak kami dan bergegas menghantar ke Hospital.

"Biasanya anak saya tidak pernah merangkak keluar rumah namun hari ini dia merangkak sehingga ke garaj kereta," katanya ketika ditemui di rumah mayat HSNZ di sini. 
- Bernama-

Budak Dilenyek Kereta Ibu, Badan Terlipat Dua


Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, kanak-kanak yang mesra dengan panggilan Ilman itu terperosok di ruang bawah kereta ibunya selama hampir lima minit sebelum berjaya dikeluarkan, namun cedera parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini. 

“Jantung saya hampir terhenti apabila melihat dia terperosok di bawah kereta dan tidak menyahut panggilan saya,” kata Salinda Kamisan, 38, menceritakan kemalangan menimpa anak bongsunya, Mohd Ilman Sadiq Mohd Abdul Hakim, 18 bulan, petang kelmarin.

Salinda berkata, pemeriksaan doktor mendapati anak keempatnya itu mengalami kecederaan dalaman yang serius di bahagian paru-paru apabila tubuhnya terlipat dua akibat insiden berkenaan. 

Menurutnya, kejadian berlaku apabila Proton Iswara itu mengundur tanpa disengajakan selepas kakak Ilman, Norizati Nafisah, 14, tertolak brek tangan ketika ingin mengeluarkan makanan daripada dalam kereta.

Sebelum kejadian, kereta itu diparkir di depan rumah keluarga berkenaan di Jalan Cengal 3, Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, Kota Tinggi.
DISINI...jiran, Roslilawati Supardi, 42, menunjukkan lokasi budak terperosok di bawah kereta.




Suami maut dilanggar Isteri
ANAK saudara mangsa, Anita Hussin menunjukkan tempat berlakunya kemalangan yang menyebabkan kematian Salim di rumahnya di Kampung Binjai, Utan Aji semalam.


KANGAR - "Ketika mak cik hidupkan enjin kereta, secara tiba-tiba kereta 'melompat' dan tanpa disedari merempuh suami yang kebetulan berada di hadapan selepas berbual."
Itulah dakwaan Che Su Hashim, 56, yang terlanggar suaminya, Salim Sidik, 58, sehingga menemui ajal ketika menghidupkan enjin kereta Perodua Kancil di hadapan rumahnya di Kampung Binjai, Utan Aji di sini pada pukul 7.45 pagi semalam.
Mayat suaminya ditemui di bawah kereta dalam keadaan tertiarap apabila menyedari ada benda tersangkut ketika hendak menggerakkan keretanya.
"Mak cik seperti nak pengsan apabila melihat suami mak cik berada di bawah kereta ketika hendak melihat apa benda yang tersangkut.
"Rupanya ketika dilanggar, dia (suami) sedang menggaul baja di hadapan kereta untuk ditabur ke sawah," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini semalam.
Menurut Che Su, sebelum memasuki kereta, dia sempat berbual dengan suaminya yang biasa akan ke sawah pada waktu itu.
"Tak sampai lima minit, mak cik lihat dia sudah hilang dan mak cik memang menyangka dia telah ke sawah sedangkan yang sebenarnya dia duduk di hadapan kereta dengan bajanya," ujarnya lagi.
Che Su berkata, melihatkan suami tertiarap di bawah kereta dan dia dalam keadaan cemas terus memanggil jiran untuk membantu.
Bagaimanapun, jelasnya, sebaik berjaya dikeluarkan dari bawah kereta, suaminya yang cedera di kepala sudah tidak bernyawa lagi.

Maut dilanggar kereta diundur bapa saudara

Beberapa kanak-kanak melihat tempat kejadian yang menyebabkan Nur Alya Izati Abdul Kadir maut akibat dilanggar kereta yang diundur bapa saudaranya di Kampung Cenderawasih, Sungai Miang, Pekan, Pahang kelmarin.

PEKAN 1 Ogos - Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini sudah tidak bermakna bagi seorang ibu apabila anak kesayangannya maut dilanggar kereta yang dipandu adiknya ketika mengundurkan kenderaan itu di Kampung Cenderawasih, Sungai Miang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang, Nur Alya Izati Abdul Kadir berumur satu tahun lima bulan disahkan meninggal ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ibu mangsa, Khadijah Abdullah, 38, berkata, ketika kejadian dia membancuh susu di dapur manakala anaknya bermain di ruang tamu rumah.

"Ketika itu anak saya bermain seorang diri. Saya tidak pasti masa bila dia keluar rumah dan berada di belakang kereta itu.

"Saya hanya mengetahui kemalangan itu setelah terdengar jiran menjerit dan memanggil saya. Saya bergegas keluar dan dapati Nur Alya Izati sudah berada di bawah kereta," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.
Khadijah memberitahu, dengan bantuan penduduk kampung, dia segera membawa anaknya ke Hospital Pekan untuk dirawat.

"Bagaimanapun kira-kira pukul 6 petang, anak saya terpaksa dipindahkan ke HTAA untuk mendapatkan rawatan berikutan keadaannya yang agak kritikal sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10 malam," katanya.

Menurut beliau, anaknya tidak menunjukkan perubahan sikap dan merupakan seorang kanak-kanak yang periang.

Katanya, Nur Alya Izati selamat dikebumikan di tanah perkuburan di kampung tersebut pada pukul 3 pagi ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Yahaya Othman berkata, kanak-kanak itu yang tinggal bersendirian di ruang tamu keluar bermain di belakang kereta itu yang sedang mengundur.

"Bagaimanapun, bapa saudaranya yang berusia 22 tahun tidak perasan anak saudaranya ada di belakang kereta menyebabkan dia melanggar kanak-kanak itu sebelum jirannya menjerit memaklumkan kejadian itu," katanya.

Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Oktober 2009- Kejadian berlaku di Kota Bharu, Seorang ibu terlanggar anak ketika berundur.

Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 1 di sini, maut selepas dilanggar oleh ibunya yang sedang mengundurkan kereta dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Gertak Kecupu di sini, semalam.
Macam-macam berlaku, jika di kronologikan memang banyak, kena lebih berhati-hati lagi weh.


9 October 2013

Calon Naib Pergerakan Wanita dan Calon Puteri


CALON-CALON YANG AKAN BERENTAP
 JAWATAN TERTINGGI DALAM PERGERAKAN PUTERI  BAHAGIAN BESUT


Calon Ketua Pergerakan Puteri
Mazimie binti Mohamad


Calon Ketua Pergerakan Puteri
Erni Salwanie binti Saidi


Calon Naib  Ketua Pergerakan Puteri
Nor Aini binti Ramli


Calon Naib  Ketua Pergerakan Puteri
Wan Ruhaida binti Wan Hussin


PERGERAKAN WANITA BAHAGIAN


Calon Naib Ketua Wanita Bahagian
Pn. Nooraini binti Mohd Zin


Calon Naib Ketua Wanita Bahagian
Hajjah Zainon binti Latif

Dijangka berlaku persaingan sengit kerana pengaruh masing-masing. Berjuanglah demi UMNO bukan kerana kepentingan diri.Apa pun kita tunggu pada 12 September ini di gelanggang penentuan.

Lata Tembakah ada penunggu?

Lata tembakah tempat keras, ada je mangsa yang akan menjadi korban setiap tahun. Adakah tempat ini berpuaka?

Pengalaman itu pernah diceritakan oleh pengawal keselamatan air terjun tersebut. 


Ikut ceritarakan mangsa:
Rakan mangsa lemas dakwa lihat objek pelik.

Sinar Harian
23 Nov 2010


Rakan mangsa lemas dakwa lihat objek pelik 

PASIR PUTEH - Rakan mangsa lemas, Allahyarham Ahmad Mustapha, 18, dari Kampung Kulim Hilir, dekat sini menceritakan beberapa kejadian aneh sebelum tragedi di Hutan Lipur Lata Tembakah, Besut, Sabtu lalu. 

Mohamad Hasan Al Basri Zakaria, 22, berkata, ketika menunggu operasi mencari mangsa, seorang pengawal keselamatan kawasan perkelahan itu datang kepadanya menunjukkan gambar yang dirakamkan dengan telefon bimbitnya di kawasan air terjun itu, Oktober lalu. 

Mohamad Hasan berkata, dia terkejut apabila melihat objek dalam gambar itu yang seakan lelaki berpakaian putih sedang menunaikan solat di permukaan air. 

“Saya seram sejuk apabila melihat gambar itu yang ditunjukkan kepada saya hanya beberapa ketika sebelum mayat rakan saya ditemui. 

“Saya menunjukkan gambar itu kepada seorang guru agama dan saya dinasihati supaya tidak mudah membuat tanggapan mengenainya kerana tiada siapa mengetahui kesahihan atau ketulenan objek tersebut,” katanya. 

Mohamad Hasan berkata, seorang pengunjung menceritakan kepadanya bagaimana seorang pengunjung perempuan hampir lemas apabila terperangkap ketika berlaku kejadian ‘kepala air’ di situ seminggu lalu. 

Menurutnya, kejadian itu berlaku agak pantas kerana ‘air besar’ tiba-tiba menuruni jeram yang menyebabkan paras air meningkat sehingga pengunjung tersebut tidak mampu ke tebing dan terpaksa duduk di atas batu di tengah sungai sehingga air surut semula dalam tempoh kira-kira dua jam. 

Dalam kejadian Sabtu lalu, Ahmad dilaporkan lemas ketika cuba menyelamatkan rakannya, Sallahuddin Ismail, 19, kira-kira jam 12.30 tengah hari dan mayatnya ditemui Unit Skuba Bomba kira-kira jam 3.45 petang. 

Serang lagi rakan mangsa, Mohd Zulhi Awang, 22, berkata, dia nekad terjun apabila mendapati Ahmad dan Sallahudin tenggelam. 

Menurutnya, dia menyelam ke dasar sungai sedalam hampir lima meter untuk menyelamatkan kedua-dua rakannya. 

Mohd Zulhi berkata, dia tidak mengesyaki apa-apa apabila arwah menyatakan hasrat untuk mandi di kawasan air terjun berkenaan untuk kali terakhir.


Peserta perkehmahan diserang Histeria

Pernah juga berlaku peserta perkemahan di kawasan air terjun tersebut diserang histeria. mangsa biasanya perempuan disampun dan meracau-racau. Dahulunya kawasan tersebut memang popular dengan kawasan perkemahan.

Admin juga diberitahu oleh seorang rakan, pernah diganggu oleh hantu galah dikawasan parkir kenderaan. Peristiwa itu berlaku semasa rakan admin menjadi urusetia program perkemahan suatu ketika dulu.




8 October 2013

Cari kaedah elak tragedi Lata Tembakah berulang

Kerajaan negeri memandang serius kejadian mati lemas membabitkan pengunjung Hutan Lipur Lata Tembakah dan akan berusaha mencari kaedah terbaik bagi membendung kejadian itu daripada berulang.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Mutimedia negeri, Datuk Mohd. Jidin Shafee berkata, pihaknya akan berbincang dengan pihak berkuasa untuk mengenal pasti tindakan serta langkah terbaik yang perlu diambil.

Beliau berkata, hasil perbincangan dan laporan termasuk pihak yang menguruskan kawasan hutan lipur itu akan diambil kira sebelum sebarang keputusan dibuat demi keselamatan dan kepentingan semua pihak.

"Oleh kerana hari Jumaat dan Sabtu merupakan cuti hujung minggu yang seringkali menjadi pilihan dan tumpuan pengunjung ke lokasi itu, kita perlu mencari kaedah sesuai bagi mengelak kejadian tidak diingini berulang," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri diminta mengulas kejadian lemas yang melibatkan tiga pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli di hutan lipur itu semalam.

Dalam kejadian itu, B. Vikneswaran, Janarthen Umabaithy dan Mohana Raja Madhandra yang kesemuanya berusia 21 tahun mati lemas ketika mandi bersama 15 rakan mereka yang menghabiskan cuti hujung minggu.

Mohd. Jidin berkata, untuk menempatkan pengawal bagi mengawasi kawasan itu pada cuti hujung minggu adalah tidak memadai memandangkan kawasan itu menjadi tumpuan ramai pengunjung.

"Apa yang penting pengunjung mengambil sikap berhati-hati sebelum mengambil keputusan untuk mandi atau menjalankan aktiviti masing-masing kerana kawasan itu sering terdedah kepada fenomena kepala air.

"Jika hujan, pengunjung perlu lebih peka kerana pada bila-bila masa boleh berlaku kejadian paras air yang meningkat dengan mendadak selain membawa arus deras yang boleh membahayakan pengunjung," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamarudin Mohd. Zakaria berkata, ketiga-tiga mayat mangsa lemas itu dituntut keluarga masing-masing untuk dibawa pulang ke negeri asal mereka di Perak, Kedah dan Negeri Sembilan awal pagi ini.

BPO: Wujudkan pengawal (life guard) bagi menjaga pengujung yang masuk ke kawasan larangan.

Article Penuh 
 

Air Terjun maut

Air terjunya memang cantik dan sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini memang terpesona dengan keindahan air terjun. Namun siapa sangka disebalik keindahan terselit kedukaan.

Air terjun maut, itu gelaran yang boleh diberikan kepada Air Terjun Lata Tembakah, Hulu Besut. Kes terbaru 3 pelajar UMK Kelantan. Kumpulan pelajar jurusan Teknologi Bioindustri tahun ketiga kampus UMK Jeli, Kelantan itu tiba tengah hari semalam, untuk menghabiskan cuti hujung minggu berkelah di kawasan air terjun berkenaan. Kes ini merupakan kes pertama bagi tahun ini.



Kejadian lemas terakhir dicatatkan berlaku di Lata Tembakah pada 9 Oktober tahun lalu babitkan seorang lelaki di tingkat ketiga.

Banyak kes mati lemas dilaporkan dan ia berlaku setiap tahun. Kebanyakan mangsa adalah dari luar daerah. Lazimnya berlaku di tingkat tiga serta empat. Walaupun papan tanda amaran telah terpacak dikawasan tersebut, namun penggungjung tetap degil dan salah faktor tersebut akibat kecuaian pengunjung selain faktor persekitaran air terjun tersebut.



Pada tahun 2010, Berita Harian melaporkan  Seorang remaja berusia 18 tahun lemas selepas terjun ke dasar Air Terjun tersebut. Ahmad Mustapha dari Kampung Kulim Hilir, Pasir Puteh, Kelantan, dikatakan terjun untuk menyelamatkan Salehuddin Ismail, 19, yang tergelincir kira-kira jam 12.30 tengah hari. 







Rakan mangsa, Mohd Zuhri Awang, 22, ketika ditemui di tempat kejadian berkata, mangsa bersama 13 rakan berkonvoi dari kampung mereka pada jam 10 pagi ke kawasan perkelahan itu sempena cuti hujung minggu.


Tahun berikutnya, pada bulan Jun 2011, berlaku juga kes lemas di air terjun ini. 

Sarmiela Mohamed, 20, yang berasal dari Kampung Keluat, Tanjung Pauh, Bachok, Kelantan dikatakan tergelincir ke dalam lubuk ketika sedang bermain air di tingkat tiga, kawasan perkelahan itu kira-kira jam 2 petang.

Patutkah air terjun ini ditutup? demi keselamatan dan agar tiada lagi yang akan menjadi mangsa seterusnya.

apa pun berhati-hati jika mengunjungi air terjun ini, banyak kes mitos dan kejadia pelik yang berlaku di kawasan tersebut.






7 October 2013

ibuabap tidak berhati perut, enam beradik ditinggal kelaparan

  • Enam beradik ditinggal kelaparan
KUALA SELANGOR - Hanya disebabkan tidak puas hati, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan enam anak mereka yang masih kecil bersendirian di sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram, kira-kira jam 1 pagi semalam dan hilang tanpa khabar berita.
Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir 'nyawa-nyawa ikan' akibat kelaparan.

Salah seorang penduduk di situ, Samsuri Sulaiman, 57, berkata, pada mulanya dia ternampak lima beradik berkenaan berjalan kaki sambil memikul beg baju tanpa arah tujuan di kawasan perumahan di situ.
"Apabila saya tanya, abang sulung yang berusia sembilan tahun memberitahu mahu balik ke Kelantan kerana 'emak dah mati'.
“Saya pelik melihat kelakuan mereka dan meminta ketua taman memeriksa keadaan rumah yang dihuni sejak setahun lalu, kalau-kalau kedua ibu bapa mereka ada di rumah.
“Namun, alangkah terkejutnya apabila saya sendiri ke rumah mereka, yang ada cuma bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan di sebuah kerusi kayu.
"Bayi itu adalah adik bongsu kepada kanak-kanak malang ini," katanya.

Menurut Samsuri, kawasan perumahan itu memang terletak jauh dari jalan besar dan jika mereka dibiarkan merayap, kemungkinan besar boleh hilang.

Terkenal sikap suka 'perang besar'

Dalam pada itu, seorang wakil penduduk, Daud Jaumar, 41, berkata, tidak mustahil bayi berusia tujuh bulan itu menghembuskan nafas terakhir jika tidak dijenguk oleh mereka.

“Saya cuba gerakkan badannya bila lihat terbaring begitu sahaja dan nasib baik matanya buka sedikit dan bergerak. Keadaan itu cukup melegakan hati.

“Saya terus menghubungi penghulu mukim kerana tidak tahu nak buat macam mana lagi. Ibu dan bapa budak itu tidak dapat dikesan," katanya.

Menurut Daud, ibu bapa kepada enam beradik itu memang terkenal dengan sikap mereka yang suka 'berperang' besar.

"Penduduk di sini pun selalu mengadu tentang perangai buruk mereka itu. Pernah juga mereka bergaduh besar sampai nak berparang, mujurlah kami sempat  campur tangan," katanya.

Bagaimana pun katanya, dia tidak sangka kedua-dua suami isteri itu mementingkan diri sendiri dan sanggup meninggalkan anak-anak kecil lebih sehari tanpa memikirkan makan minum mereka.

“Sebelum ini ada juga mereka 'hilang', tapi sekejap-sekejap dan jiran rumah selalu bagi anak-anak ini makan.

"Tapi kalau dah hilang lebih sehari sampai anak-anak hampir melarikan diri, saya rasa ini dah melampau. Apa nasib anak-anak ini nanti?" katanya.

Anak-anak tak banyak karenah

Seorang  jiran mereka, Jamilah Yusof, 53, memberitahu Sinar Harian, dia juga sering melihat-lihat keadaan enam beradik itu setiap kali ditinggalkan ibu bapa mereka selepas bergaduh besar.
“Saya sendiri yang menyambut kelahiran anak bongsu mereka di rumah itu. Memang kasihan, anak-anak itu pula tak banyak karenah apabila ditinggalkan seolah-olah faham masalah keluarga mereka.

"Tapi sangat menyedihkan apabila mereka tidak diberi makan dan minum lebih 24 jam.

“Ada ramai orang yang begitu mahukan anak tapi tak bernasib baik, mereka yang dikurniakan ramai 'amanah' ALLAH ini sanggup biarkan mereka begitu saja. Sampainya hati," katanya sebak.

Sementara itu, Penghulu Mukim Jeram, Kamarudin Abd Rahman berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada agensi yang bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.
“Keluarga ini saya kenal sejak rumah sewa mereka terbakar beberapa tahun lalu dan mereka sanggup tidur anak beranak di tepi pantai. Bila dapat tahu, saya tempatkan mereka di sebuah rumah sebelum ditempatkan di sini.

“Bila kita bantu, mereka pula buat perkara menyedihkan seperti ini. Bergaduh macam mana pun tak perlulah libatkan anak-anak yang tidak berdosa ini,” katanya.

3 October 2013

Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah 2013 Diluluskan

Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (PCA) 2013 walaupun ahli Parlimen pembangkang berusaha untuk menggagalkan kelulusan rang undang itu di Parlimen.
Usaha untuk menyekat pindaan rang undang-undang itu daripada dibentangkan ke peringkat akhir perbahasan gagal apabila ia diluluskan dengan suara majoriti susulan tercetusnya perbahasan hangat oleh sembilan ahli Parlimen ketika bacaan kali kedua.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memerintahkan undian dijalankan selepas Azmin Ali (PKR-Gombak) mendesak supaya ia dilakukan.
115 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bersetuju pindaan itu dibentangkan untuk bacaan kali ketiga manakala 66 Ahli Parlimen pembangkang lagi membantahnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengambil bahagian dalam undian itu.
Pada tengah malam Rabu, jam di dalam Dewan dihentikan bagi membolehkan perbahasan diteruskan pada hari yang sama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim membentangkan usul bagi menghentikan jam di dalam Dewan kerana masa terhad untuk menyelesaikan perbahasan berhubung rang undang-undang itu pada Rabu.
Rang Undang-Undang itu akhirnya diluluskan pada pukul 12.50 pagi Khamis.
Terdahulu, ketika mengulung perbahasan di peringkat dasar, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan yang menyatakan kerajaan tidak berbincang dengan Pejabat Peguam Negara dalam menghasilkan rang undang-undang itu.
"Adalah salah untuk mengatakan Peguam Negara tidak dirujuk memandangkan kita juga mengadakan pelbagai forum untuk mendapatkan maklum balas daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan semua pandangan dipertimbangkan oleh kementerian," katanya.
Beliau turut menegaskan rang undang-undang itu tidak akan digunakan ke atas mana-mana individu yang mempunyai ideologi politik yang berbeza.
"Perdana Menteri telah mengarahkan Peguam Negara menyebut perkara ini kerana kerajaan tidak mahu diimplikasikan berlaku salah guna kuasa menteri.
"Rang undang-undang ini juga lebih baik daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 kerana kuasa menteri disekat di bawah akta baru ini," katanya.