24 October 2013

PRK DUN SUNGAI LIMAU: MISI TAWAN HATI PENGUNDI

Jentera kempen Barisan Nasional (BN) kini mula memasuki gear lima bagi menawan hati pengundi sebaik selesai proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau hari ini. 

Kehadiran Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin mengiringi calon ke pusat penamaan di Dewan Dato' Madi di sini turut menyuntik semangat perjuangan di kalangan penyokong yang hadir untuk menyokong BN.

Dengan slogan "Berani Hijrah" sebagai strategi baharu parti komponen itu menawan pengundi DUN Sungai Limau, sekali gus untuk merampas semula kerusi DUN Sungai Limau yang kali terakhir dimenangi BN pada pilihan raya umum 1990 yang lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Mahathir bagaimanapun berharap kempen PRK itu dapat dijalankan secara berhemah bagi menghormati hubungan baik BN Kedah dengan bekas Menteri Besar yang juga penyandang kerusi DUN berkenaan, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang merupakan antara pemimpin PAS yang rapat dengan BN....lagi cerita 

Pegawai Bank Maut Ditembak Pengawal Keselamatan


Suspek dirakam kamera litar tertutup selepas dipercayai menembak Norazita Abu Talib di AmBank di Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya, Selangor, semalam. 
Seorang pegawai bank mati di tempat kejadian setelah ditembak oleh seorang pengawal keselamatan yang berkerja di bank yang sama tempat beliau berkerja, di Subang Jaya.

Mangsa, Norazita Abu Talib, dikatakan telah ditembak di kepala semasa membuka pintu bilik kebal oleh pengawal keselamatan yang bersenjata.


Suami mangsa.
Pengawal keselamatan terbabit yang turut bersama dengannya ketika membuka peti besi di bank itu berjaya meloloskan diri dengan sejumlah wang tunai.

Kejadian berlaku pukul 6.18 petang ketika mangsa, Norazita, 37, bersama suspek serta empat lagi kakitangan sedang membuka sebuah peti besi berisi wang sebelum suspek tiba-tiba melepaskan tembakan sejurus pintunya dibuka.

Tembakan menggunakan senjata api jenis pump gun itu tepat mengenai muka Norazita mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, suspek dikenali sebagai Ardi Hamza dan berasal dari Sabah itu kemudian mengambil sejumlah wang dan memasukkannya ke dalam sebuah beg berwarna hitam yang dibawanya

"Dia kemudian keluar menerusi pintu hadapan sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Abdul Rahim seterusnya memberitahu, polis kini memburu suspek yang dianggap kejam dan berbahaya itu kerana turut melarikan senjata api berkenaan.

"Kita telah mengenal pasti identiti suspek tetapi apabila diperiksa kad pengenalannya, dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Abdul Rahim memberitahu, pihaknya menyiasat sekiranya suspek berkemungkinan warga asing yang menggunakan kad pengenalan palsu.

"Sebenarnya suspek berkhidmat di Bank Muamalat yang terletak bersebelahan AmBank dan merupakan pengawal gantian di bank itu semalam.

"Kami telah mendapatkan maklumat dari syarikat keselamatan dan mereka memberitahu, suspek telah bekerja sebagai pengawal selama setahun dan telah bertugas di pelbagai bank," katanya.

Sementara itu, mangsa difahamkan telah 16 tahun bekerja di bank berkenaan dan mempunyai sepasang cahaya mata.

Suami kepada pegawai operasi bank, Norazita Abu Talib, 37, yang maut ditembak pengawal keselamatan bank berkenaan difahamkan baru beberapa minit menghubungi mangsa sebelum kejadian tembakan itu berlaku.

Difahamkan suami mangsa yang dikenali sebagai Wan itu menghubungi isterinya itu ketika hujan lebat pukul 6 petang.

Anak saudara mangsa, Mohd. Fakri Azad M. Azhar Syawal, 22, berkata, bapa saudaranya itu menghubungi telefon bimbit mangsa supaya isterinya berhati-hati memandu dalam hujan lebat.

"Ketika panggilan pertama Pakcik Wan sempat bercakap dengannya dan mengingatkannya supaya berhati-hati kerana hujan amat lebat petang tadi dan makcik saya ini pula seorang yang rabun.

"Selepas itu, Pakcik Wan menghubungi makcik saya sekali lagi namun panggilan tidak berangkat. Kemudian saya diberitahu pihak bank menghubungi pakcik saya selepas itu lalu menyuruh dia ke premis itu dengan segera.

"Mereka tidak memberitahu perkara sebenar dan hanya menyuruh pakcik saya datang dan melihat sendiri keadaan makcik saya," katanya.

Mangsa meninggalkan sepasang cahaya mata iaitu seorang perempuan berusia 10 tahun dan lelaki berusia 7 tahun.

PM akan umum bonus, esok??


Esok adalah hari-hari yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia, x kira miskin, kaya, penjawat awam mahupun golongan yang kapitalis. Adakah ada pengumuman keramat untuk kira-kira 1.4 juta kakitangan awam.
 Penjawat awam juga menunggu pengumuman mengenai cola diselaraskan disemua tempat bertugas.Cuepacs dilihat bersungguh-sungguh dan tidak kenal erti putus asa melancarkan serangan saat-saat terakhir kepada kerajaan dengan menuntut bonus sebulan setengah gaji untuk kakitangan awam.

Berdasarkan sumber perolehi dijangka penjawat akan mendapat saguhati RM500.

Apa pun kita tunggu pengumuman dari PM semasa perbentangan bajet 2014 nanti.

23 October 2013

CUEPACS Tuntut Bonus Sebulan Setengah Gaji dalam bajet 2014


Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan kepada kerajaan supaya bonus sebulan setengah gaji diberikan kepada 1.4 juta penjawat awam selain mengkaji semula kadar faedah pinjaman perumahan sedia ada dalam pembentangan Bajet 2014.
Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng berkata, pihak kongres sepakat untuk membuat tuntutan bonus sebanyak sebulan setengah pada tahun ini iaitu sekurang-kurangnya sama seperti yang dibentangkan pada Bajet 2013.
“Permohonan CUEPACS itu wajar dipertimbangkan kerana memikirkan keperluan kewangan tinggi kakitangan awam terutama menjelang musim perayaan,” katanya.

Brunei Laksana Hukum Hudud


Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, hari ini mengumumkan penguatkuasaan hukum Hudud di negara Brunei, termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina.
Jelasnya, undang-undang yang dikenali sebagai Kod Penal Syariah itu, diwartakan, hari ini selepas beberapa tahun diteliti dan dikaji.
Sebelum ini, Sultan Hassanal dalam ucapannya pada satu majlis tertutup di Bandar Seri Begawan pada 10 Oktober lalu berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berlandaskan Syariah itu bakal dikuatkuasakan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh enam bulan.
Peraturan lain yang bakal dilaksanakan termasuk hukuman sebat ke atas pesalah yang melakukan pengguguran dan minum arak.
“Dengan rahmat Allah, mudah-mudahan penguatkuasaan undang-undang ini akan memenuhi tanggungjawab kita kepada Allah swt.
“Saya berharap undang-undang ini boleh mengukuhkan pengaruh Islam di Brunei yang majoritinya didiami penduduk Islam,” katanya.
Negara yang kaya dengan sumber minyak itu dihuni kira-kira 400,000 penduduk dan 70 peratus daripada mereka merupakan penganut Islam dan selebihnya Kristian, Buddha dan agama lain.
Brunei sebelum ini menguatkuasakan gabungan dua sistem peraturan iaitu mahkamah berdasarkan undang-undang Britain untuk kes sivil dan undang-undang Syariah bagi kes peribadi dan isu keluarga.
Kerajaan Brunei turut melarang penjualan dan pengambilan alkohol serta menyekat aktiviti keagamaan dan perayaan agama lain daripada diadakan secara terbuka.

Penamaan Calon pilihanraya N20 Sungai Limau Hari ini

Penamaan calon bagi pilihan raya N20 Sungai Limau akan berlangsung di Dewan Datuk Madi Yan, Kedah pagi ini.

Pencalonan akan bermula jam 9.00 pagi dan penyokong BN serta Pakatan Rakyat dijangka mula berkumpul di pusat penamaan calon seawal jam 8.00 pagi.
Pemimpin tertinggi Pakatan, termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden PKR Tian Chua dan Pengarah Pilihan Raya PAS DUN itu Datuk Mahfuz Omar kelihatan turut bersama dengan calon PAS.

Jika semuanya berjalan seperti dirancang, pekan Sungai Limau akan menyaksikan pertembungan dua penjuru di antara calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52 tahun menentang calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat, 37 tahun.

Sohaimi dilihat mempunyai profil yang lebih menonjol sebagai bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Azam pula seorang penolong kanan ko-kurikulum di sebuah sekolah agama di Kedah.


Kempen PRK ini akan berlangsung selama 12 hari dan hari mengundi jatuh pada 4 November depan.

Kerusi Sungai Limau terletak dalam Parlimen Jerai kosong berikutan kematian anggota ADUN negeri merangkap bekas menteri besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 26 September.

Pada pilihan raya 5 Mei lalu, Azizan menewaskan Fazillah Mohd Ali daripada BN dengan majoriti 2,774 undi.

Azizan menang dengan 13,294 undi berbanding 10,520 yang dimenangi BN - dan calon-calon bebas memperolehi 100 dan 84 undi.

22 October 2013

Calon PRK DUN Sungai Limau


Nampaknya kedua-dua parti yang bertanding sudah pun mengumumkan calon mereka bagi merebut kerusi di DUN Sungai Limau.

Calon PAS, Ketua Pemuda PAS Jerai, Mohd Azam Abdul Samat, dinamakan sebagai calon parti itu untuk pilihan raya kecil itu.

Mohd Azam, 37, dari Taman Markisa di Guar Chempedak di sini, dikatakan merupakan 'pengikut politik' bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini, malam Isnin.
Turut hadir pada majlis tersebut penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali.
Sementara Bekas Pensyarah Kanan UPSI, Prof Dr Suhaimi Lazim, 52, yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jerai, calon Barisan Nasional (BN). 
Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Gerakan PRK BN di Sungai Lentang, Yan, Kedah pada petang Isnin.
Muhyiddin berkata pemilihan Ahmad Sohaimi, 52, adalah berdasarkan kelebihan beliau yang mempunyai kelulusan tinggi selain pernah terlibat dalam parti termasuk kini sebagai Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Jerai dan aktiviti kemasyarakatan.
Katanya pemilihan dibuat berdasarkan oleh penilaian oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau sendiri dan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.
"Mohon kerjasama pengundi untuk memberi peluang kepadanya. Jika terpilih segala perkara yang perlukan perhatian akan disampaikan kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman itu.
Ahmad Sohaimi yang merupakan pensyarah kanan Jabatan Pengajian Kemasyarakatan, Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI berasal dari Kampung Titi Batu, Guar Chempedak di sini.
Ditanya mengenai pandangan sesetengah pihak bahawa BN perlu meletakkan calon yang mempunyai latar belakang agama untuk merampas semula kerusi DUN Sungai Limau yang dikuasai PAS dalam lima pilihan raya umum sejak 1995, Muhyiddin berkata apa yang penting, calon BN itu mempunyai kelulusan dan boleh menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan baik.
Mengenai dakwaan PAS bahawa kemenangan BN pada PRK Sungai Limau ini tidak membawa banyak kesan kepada kerajaan negeri Kedah yang diterajui BN kerana masih gagal mencapai dua pertiga kerusi DUN, Muhyiddin berkata BN berharap untuk menang supaya dapat melakukan perubahan besar dalam soal pembangunan di DU NSungai Limau.
"Kita tak boleh nafikan Sungai Limau kubu kuat PAS. Lima kali pilihan raya mereka menang tetapi kemenangan BN adalah untuk menentukan satu perubahan besar, anjakan baharu. Saya percaya wakil kita (jika menang) boleh lakukan tugas.
"Kerajaan pusat dan kerajaan negeri di bawah parti yang sama. Jika wakil rakyat di sini BN lebih mudah (untuk membuat perubahan). Ini yang kita tawarkan," katanya.
Muhyiddin berkata BN akan menumpukan kepada soal-soal positif pada pilihan raya kecil ini kerana baginya PAS dan Umno mempunyai banyak persamaan.
Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Muhyiddin berkata BN memutuskan untuk bertanding atas faktor demokrasi walaupun ada beberapa pihak yang meminta supaya BN dan Umno memberi laluan mudah kepada PAS dengan tidak bertanding sebagai menghormati bekas Adun Sungai Limau Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah.
"Proses demokrasi benarkan kita tawarkan diri kita lagi. Tak banyak beza antara PAS dan Umno. Umno berjuang untuk Islam begitu juga dengan PAS. Umno perjuang Ummah begitu juga dengan PAS," katanya.
Katanya BN menawarkan diri untuk bertanding kerana mahu suara masyarakat di Sungai Limau didengari daan memastikan Sungai Limau maju.
Turut hadir pada majlis itu ialah Mukhriz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga Ketua Umno Bahagian Jerai, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 4 November ini sebagai hari pengundian PRK Dun Sungai Limau manakala 23 Oktober sebagai hari penamaan calon.
Kerusi DUN Sungai Limau kosong berikutan kematian Azizan pada 26 September lepas.