18 February 2015

Tempang pun masih nak mencuri

Memang tidak sedar diri, seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang tempang kaki  kanan dan buta mata kiri bersama teman wanitanya yang dipercayai aktif memecahkan  tabung masjid di sekitar daerah ini berakhir apabila ditahan berhampiran Plaza Tol Bukit Besi, Dungun
Suspek berusia 25 tahun dan pasangannya seorang ibu tunggal berusia 22 tahun ditahan jam 4.30 pagi oleh anggota unit kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu selepas hampir 40 kilometer (km) dikejar pihak berkuasa.
Gerakan memburu pasangan berkenaan dijalankan selepas polis menerima laporan jam 3.40 pagi mengenai kejadian tabung Masjid Bukit Diman dan Masjid Kampung Durian Kassim, Ajil, pada malam Jumaat lalu dipecahkan penjenayah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir berkata, anggota MPV yang dimaklumkan mengenai kejadian terbabit terserempak Perodua Viva berwarna putih di plaza tol Ajil yang menghala ke arah Bukit Besi, Dungun, jam 4 pagi.
Beliau berkata, suspek yang menyedari kehadiran polis menghimpit kereta peronda bagi mengelak ditahan dan tindakan agresif itu menyebabkan anggota polis mengekorinya hampir 40km kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku.

SUMBER

No comments:

Post a Comment