24 February 2015

IDRIS JUSOH BETUL, LIP DAN ONG TIDAK PATRIOTIK



APABILA Menteri Pendidikan kedua, DS Idris Jusoh menyatakan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia, ia mendapat respon kelam-kabut daripada pemimpin-pemimpin DAP. Mereka kata mereka hendak ketawa. Saya percaya ketawa mereka adalah ketawa politik, tetapi saya bimbang mereka akan ketawakan diri mereka sendiri.

Soalan pertama, adakah mereka guru, pelajar universiti atau pensyarah di IPTA? Adakah mereka terlibat dalam perkembangan dan transformasi sistem pendidikan negara? Ternyata mereka orang politik yang tidak boleh dipercayai sepenuhnya.

Dalam bidang perubatan, negara kita kini berjaya mengeluarkan lebih kurang 5,000 doktor perubatan setiap tahun (The Star). Doktor-doktor keluaran Univerviti Malaya (UM) danUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertebaran bukan sahaja di Singapura, Australia, Arab Saudi malah di United Kingdom. 

Dalam pada itu, doktor-doktor perubatan dari luar negara seperti Indonesia, Arab Saudi, Thailand, Burma, Vietname malah daripada Amerika dan United Kingdom menghantar doktor-doktor mereka untuk membuat attachment kerjasama dengan univerisiti-universiti di Malaysia dengan Institut Jantung Negara (IJN).

Dalam bidang-bidang yang lain seperti sejarah, pendidikan, ekonomi dan farmasi anda boleh perhatikan di univerisiti-universiti tempatan seperti UPM, USM, UKM dan UM dipenuhi pelajar-pelajar dari luar negara. Mereka tidak akan datang jika kualiti pendidikan negara tidak bertaraf dunia.

Setiap tahun, mereka (pelajar dalam dan luar negara) berlumba-lumba untuk memasuki IPTA malangnya tempat tidak mencukupi. Adakah ini bukan gambaran kepada kualiti pendidikan di negara kita?

Isu Sebenar Mereka Tidak Patriotik
Adakah pemimpin-pemimpin DAP belajar di dalam negara ketika di universiti? Rujukan saya mendapati Ong Kian Ming tidak pernah belajar di Universiti dalam negara, maka tidak hairanlah dia memiliki Patriotisme yang tipis kepada pendidikan negara?

Begitu juga Lim Lip Eng, jika dia hanya belajar di United Kingdom dan tidak pernah merasai pendidikan di Universiti dalam negara, maka tidaklah menghairankan Patriotismenya kepada pendidikan dalam negara amat tipis!

Sebab itulah sebelum kita melanjutkan pelajaran ke luar negara, kita perlu melalui persediaan-persediaan awal di Biro Tatanegara (BTN) untuk memantapkan Patriotisme kepada negara. BTN tidak melatih kita untuk taat kepada Kerajaan sebagaimana dogma segelintir pihak, tetapi BTN membuka minda kita supaya menghormati Kerajaan-Kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat sendiri. Yakni menghormati Kerajaan DAP di Pulau Pinang, menghormati Kerajaan PAS di Kelantan, Kerajaan PKR di Selangor dan Kerajaan Persekutuan. 

Semasa di BTN, kita akan diperkenalkan sejarah pendidikan negara, kenegaraan dan perkembangan sosioekonomi serta isu-isu semasa. Tujuannya sangat mudah, supaya cintakasih dan Patriotisme kepada negara akan bertambah kukuh. Apabila berada di luar negara kelak, tidaklah terpengaruh kepada agenda musuh seperti komunis, IS, pengganas, lgbt dan sebagainya.

Adakah Lim Lip Eng dan Ong Kian Ming pernah mengikuti perbincangan-perbincangan bersama BTN. Jika tidak pernah, maka YB Tian Chua lebih bagus daripada mereka.

Semasa saya berkhidmat dengan BTN dahulu, saya mendengar dengan teliti idea-idea YB Tian Chua mengemukakan ideanya mengenai kenegaraan semasa sesi meja bulat anjuran BTN (2010). Pada pagi itu, kenderaan Tian Chua mengalami kemalangan di Jalan Persekutuan, tetapi ianya tidak menghalang Tian Chua menghadirkan diri dalam sumbang-saran itu.

Perbezaannya, Tian Chua memahami kepentingan negara manakala Ong Kian Ming dan Lim Lip Eng hanya melihat kepentingan politik DAP sahaja. 

Apabila saya melawat beberapa sekolah dan universiti di negara Amerika Syarikat ini, maka secara jujur saya perhatikan pendidikan di negara kita ada banyak kelebihan dan pembaharuan yang lebih baik.

Insha Allah saya akan terus memberikan anda berita-berita terbaik untuk negara semasa lawatan-lawatan saya seterusnya antaranya akan ke Iowa UniversityHarvard University di Boston dan Washington University. Oleh kerana saya tidak mempunyai penajaan dari mana-mana pihak, ianya pasti akan mengambil masa, yang penting saya tidak akan berhenti membantu negara saya.

Salam hormat,

Philly, Penns, USA.
Febuari, 23, 2015.

*Bacaan ulangan anda di sini

Sumber: jentayuabaka.blogspot.com

1 comment:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete