Sebuah rakaman video amatur menampilkan empat pemuda berpakaian hitam lengkap bertopeng balaclava, empat botol disumbat kain putih seolah-olah 'molotov cocktail' dan salah seorang daripadanya memegang sekeping gambar Nora Danish dan video tersebut telah tersebar melalui aplikasi Whatsapp.
Video berdurasi satu minit bertajuk 'Amaran untuk meletupkan Mahkamah Malaysia' oleh pemilik akaun 'isis malaysia 69' di laman YouTube nyata mengundang pelbagai komen dan persoalan mengenai motif video tersebut dimuatnaik.
Kata-kata yang dilontarkan oleh jurucakap kumpulan pemuda itu bukan hanya mengandungi kritikan terhadap sistem perundangan negara, malah turut melontarkan kata-kata carut disertai simbol lucah di akhir video.
Antara kandungan ucapan tersebut adalah 'mereka' membantah sistem keadilan negara dan mengugut untuk meletupkan mercun di hadapan Mahkamah.
“Kami baru bermula, dan akan pergi jauh, semakin rosak demokrasi, semakin berkembang dan jauh cara kami menentang,” kata pemuda itu.
Sehingga berita ini ditulis, tujuan video dimuatnaik tidak dapat pastikan sama ada ianya bahan jenaka atau sebaliknya.
Sementara itu, beberapa pelayar berkongsi video tersebut dengan akaun Twitter @KBAB51 milik Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Setakat ini tiada respons dari Khalid.
SUMBER
No comments:
Post a Comment