17 June 2014

Akibat Cemburu, seorang lelaki makan hati kekasih

Macam-macam berlaku di Dunia, terbaru berlaku di Cape Town.

Seorang lelaki yang cemburu, menikam kekasih baru teman wanita, memotong mayat mangsa dan mengeluarkan hatinya sebelum memakannya.
Polis bergegas ke tempat kejadian di sebuah rumah di bandar Gugulethu, di sini semalam selepas menerima aduan daripada jiran yang ketakutan. “Di tempat kejadian, mereka menemui suspek, warga Zimbabwe, sedang asyik memakan hati mangsa dengan mengguna pisau dan garpu,” kata jurucakap polis Frederick van Wyk kepada akhbar Cape Times.
Wanita yang menjadi tumpuan dalam cinta tiga segi itu memberitahu polis, kekasih lamanya datang ke rumah yang didiaminya bersama kekasih baru dan mereka berbual sebelum dia memberinya duit dan menyuruhnya membeli arak.
Van Wyk berkata, sekembalinya ke rumah, dia terkejut mendapati kekasihnya Mbuyiselo Manona, 62, terlantar kerana ditikam.
Jiran yang menyedari kekecohan di rumah itu berkata, mereka mengintai menerusi tingkap dan ternampak suspek memotong hati mangsa dan memakannya.
“Kami tidak percaya melihat apa yang berlaku. Kami menjerit menyuruhnya dia berhenti tetapi dia tidak mengendahkannya. “Polis yang tiba juga takut untuk masuk ke dalam rumah itu,” katanya. - AFP
myMetro

16 June 2014

Hidup bersama 100,000 lipas

Guangzhou: Seorang wanita warga Guangdong mendedikasikan hidupnya dengan menternak 100,000 lipas dan menganggap serangga itu anaknya.
Pembiakan lipas untuk tujuan perubatan dan kosmetik adalah antara industri yang berkembang pesat di China ketika ini.
Tetapi tiada siapa yang begitu tekun seperti Yuan Meixia, 37, yang menjadi terkenal di Guangdong kerana mempunyai lebih 100,000 lipas.
Dia memelihara lipas itu di sebuah rumah lama berhampiran hutan berhampiran hutan di kampungnya.
“Lipas yang sering anda dilihat ialah Blattella Germanica, tetapi baka yang saya biak ialah Periplaneta Americana.
“Ia penggemar makanan kanji dan manisan,” katanya.
Foto
LIPAS yang diternak hanya memakan manisan dan makanan berkanji.
Bahagian siling dan dinding rumah lipas itu ditutup dengan konkrit. Ketika cuaca panas terik, Yuan menyejukkan suhu dengan menyiram air pada dinding rumah berkenaan. Apabila keadaan terlalu sejuk, dia memanaskan bilik itu menggunakan api dapur.
“Lipas paling aktif pada waktu malam. Ia akan mencari makanan dan pasangan,” katanya.
Yuan menyediakan makanan untuk serangga itu dan mengasingkan anak dengan lipas dewasa, kemudian meletakkan mereka ke dalam kotak serta papan kayu pada jam 6 petang setiap hari.
Menurut Yuan, lipas akan mula mengawan selepas makan dan lipas jantan mati sejurus selepas itu.
Selain membiak lipas, Yuan mempunyai kerja tetap sebagai kerani farmasi.
“Tahun lalu, saya menonton program mengenai seorang wanita di wilayah Anhui yang membiak lipas untuk tujuan perubatan. “Saya menghabiskan ribuan yuan selama seminggu di sana untuk belajar memberi lipas makan. Saya juga menghabiskan 10,000 yuan (RM5,200) untuk membeli telurnya. Sekarang saya mempunyai 100,000 lipas dan menternaknya adalah tugas kedua saya,” katanya.
Yuan berkata, setelah lipas dewasa, ia akan melemaskannya di dalam air, mengering dan membungkusnya ke dalam plastik sebelum menjualnya di kilang farmasi di Anhui. - Agensi

15 June 2014

Ada lagi kena tertipu...

Aduhai rakyat Malaysia, mudah sangat ditipu...
Seorang pesara kerajaan mendakwa kerugian RM93,050 diperdaya seorang rakan yang dikenali menerusi laman sosial.
Foto
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Habsah, 59, pada mulanya meminta bantuan rakan dikenali sejak lebih setahun lalu itu untuk menolong seorang rakannya yang muflis. 
Habsah yang berasal dari bandar raya ini menyedari dirinya tertipu selepas beberapa kali diminta memasukkan sejumlah wang dalam tempoh Januari sehingga Jun bagi mendapatkan bantuan kewangan sebanyak RM300,000 melalui kaedah lelongan bangunan. 

Menurutnya, dia mengenali rakannya itu sebagai Gabriel Alexander berusia 50-an melalui e-mel dan turut berhubung melalui WhatsApp dan laman sosial Facebook serta pernah beberapa kali berjumpa.
“Saya ada menerima beberapa mesej melalui WhatsApp daripada dia yang bersetuju membantu dan meminta berurusan menerusi seorang lagi rakannya yang bekerja di syarikat perkhidmatan kurier dikenali sebagai Jonas Martin.

“Dia (Gabriel) memberitahu wang akan dihantar menerusi kiriman bungkusan dan selang dua hari berikutnya, saya dihubungi Martin memaklumkan berkenaan kiriman. 

“Saya sangat terkejut apabila dimaklumkan bungkusan dihantar itu sebenarnya berjumlah AS$300,000 (RM963,000) dan dia meminta saya menjelaskan beberapa bayaran termasuk cukai kastam berjumlah RM2,550,” katanya. 

Habsah berkata, walaupun pada mulanya dia agak musykil dengan jumlah dikirim rakannya itu, namun dia tetap membayar beberapa bayaran yang diminta kerana sangat mempercayai rakannya itu kerana pernah beberapa kali bertemu dan selalu berhubung. 
myMetro

14 June 2014

Kuasa Allah..Kambing berkepala dua

Semua boleh berlaku dengan hanya izin Allah. Perkara pelik tersebut belaku di negera Arab Saudi.

Jazan: Satu perkara pelik yang jarang terjadi di Arab Saudi berlaku apabila seekor kambing dilahirkan dengan dua kepala.
Menurut akhbar tempatan, kambing itu dilahirkan di sebuah ladang di Jazan, selatan negara itu dengan satu badan tetapi dua kepala.
Menurut pemiliknya, Abdo Jarab, ia kejadian yang jarang ditemuinya.
Foto

“Ia mempunyai satu badan tetapi dua kepala yang sempurna, dengan setiap kepala lengkap dengan dua mata dan mulut,” katanya kepada wartawan, semalam. - Agensi

Penyelia asrama disamun di perkarangan masjid Gerai

Penjenayah berada dimana-mana...terbaru berlaku dikawasan masjid Gerai.
Seorang wanita penyelia asrama sebuah sekolah di Besut disamun dua lelaki menggunakan senjata kelewang ketika sedang menunggu  rakannya ke tandas di sebuah masjid di Kampung Gerai dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata sebelum kejadian wanita berumur 31 tahun itu bersama rakannya singgah di Masjid Al-Hafiz dan dia menunggu di dalam kereta sementara rakannya itu ke tandas.

Beliau berkata sebuah Perodua Myvi tiba-tiba berhenti di sebelah kereta mangsa dan dua lelaki keluar dari kereta itu lalu terus meluru ke kereta  mangsa dan memaksanya membuka pintu dengan mengetuk-getuk cermin kereta menggunakan sebilah kelewang selain cuba membuka pintu itu.

Selepas berjaya membuka pintu, suspek menampar dan memukul mangsa sebelum melarikan beg tangan kepunyaannya, katanya kepada  pemberita di sini hari ini.

Kamaruddin berkata orang awam yang berada di masjid berkenaan cuba membantu namun suspek berjaya melarikan diri bersama beg tangan  mangsa dan hasil siasatan polis percaya kereta suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu AJQ 390.

Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Besut oleh orang ramai untuk mendapatkan rawatan pesakit luar. Usaha menjejak suspek dilancarkan  dengan bantuan polis Kelantan.
 - Bernama-

11 June 2014

Gempar!! Mayat wanita ditemui dalam keadaan bogel

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang wanita tempatan berusia 22 tahun ditemui mati dalam keadaan bogel dalam sebuah bilik hotel bajet di Kelana Jaya, di sini , hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada kira-kira 4.30 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian. 

Beliau berkata mangsa dikatakan mendaftar masuk dengan teman lelakinya pada 4 petang semalam (Isnin) sebelum lelaki terbabit menghilangkan diri tengah hari tadi.

"Hasil siasatan mendapati, terdapat kesan lebam di leher mangsa dipercayai dicekik. Bagaimanapun, tiada sebarang senjata ditemui di bilik tersebut," katanya di sini hari ini.
Fadil berkata mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan setakat ini, motif pembunuhan bukan kerana samun. 

Beliau berkata polis sedang mengesan teman lelaki mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

10 June 2014

Rahsia Sujud Di Dalam Solat (Ayuh Sebarkan!!!)


Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-

Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll.


Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?
Sebenarnya:-


1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)

Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:

Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.

“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,(HR Muslim)

Firman Allah SWT yang bermaksud:-

” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)

Dari Sudut Tasawuf

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.


Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah
( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.

Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.

Sumber