8 January 2014

Gempak!! 350 Polis dipecat

Gempar, 350 polis dipecat. Bagaimanapu ia bukan berlaku di Malaysia. 
Turki pecat 350 polisErdogan pada sidang media di Istanbul, baru-baru ini. REUTERS
Ankara: Turki memecat sekurang-kurangnya 350 pegawai polis di ibu negara Ankara dalam tempoh 24 jam semalam, ekoran siasatan rasuah yang menyasarkan orang yang dekat dengan kerajaan, demikian menurut laporan.

Kira-kira 250 orang, kebanyakannya dari luar ibu negara Turki itu, dilantik menggantikan tempat pegawai yang disingkirkan itu, yang akan menjalankan tugas di jabatan polis trafik dan balai polis daerah, lapor berita penyiaran NTV. 

Harga Petrol RON97 naik lagi?


Heboh diperkatakan harga petrol RON97 naik 5 sen berkuatkuasa hari ini..

Kenaikan gaji 6 peratus munasabah

Kenaikan gaji 6 peratus munasabah

Kenaikan gaji minimum enam peratus setahun adalah munasabah bagi membantu pekerja menangani beban kos sara hidup yang tinggi di Malaysia pada masa ini. 

Rakan Pengurusan KPMG Malaysia baharu dilantik, Johan Idris, berkata enam peratus adalah permulaan baik terutama selepas (mengambil kira) faktor seperti pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), tarif baru elektrik, pemotongan subsidi petrol dan kadar baru tol. 


“Kenaikan gaji pekerja sebanyak enam peratus itu adalah munasabah selepas mengambil kira anggaran kenaikan kadar inflasi yang akan ditolak oleh faktor kenaikan harga,” katanya. 



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran edisi kedua penerbitan laporan ‘Kaji Selidik Pengarah Bukan Eksekutif 2013 Profil dan Gaji’ yang dijalankan bersama KPMG dan Institut Jawatankuasa Audit Malaysia (ACI) di Kuala Lumpur, semalam. 

Hadir sama Rakan Kongsi KPMG Malaysia, Peter Ho, Lee Min On dan Mohd Khaidzir Shahari. 

Mengenai pelaksanaan GST, Johan berpendapat ia tidak boleh dielakkan kerana Malaysia adalah sebuah negara sedang membangun. 

Ganjaran purata 



Sementara itu, kaji selidik KPMG Malaysia ACI mendedahkan ganjaran purata untuk pengarah bukan eksekutif (NED) di 300 syarikat terbesar di Bursa Malaysia berdasarkan permodalan pasaran, meningkat 37 peratus kepada RM122,000 setahun setakat 30 Jun 2013 daripada RM89,000 setahun pada 2009. 

Johan berkata, syarikat di tangga ke 201 hingga 300 menunjukkan peningkatan terbesar, dengan ganjaran NED meningkat sekali ganda kepada RM65,000 setahun daripada RM32,000 setahun. 

“Bagaimanapun, hasil kaji selidik itu tidak harus dilihat atau dibincangkan tanpa mengambil kira pelbagai perubahan dalam landskap korporat,” katanya sambil menambah ganjaran itu adalah lebih rendah berbanding pasaran maju seperti Hong Kong dan Singapura. 

7 January 2014

Air naik kerana ais

Shah Alam-  Pengusaha restoran tiada pilihan dan  terpaksa menaikkan harga minuman berikutan kenaikan harga ais.

Presiden Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed berkata, kenaikan tidak dapat dielakkan.

“Kami faham pengeluar ais terpaksa menaikkan harga disebabkan tarif elektrik naik. Mangsanya ialah pengguna akhir iaitu pengusaha restoran.

“Sebelum ini, kami sudah banyak kali menyerap kos akibat kenaikan harga gula dan sebagainya. Namun, kali ini kami tidak boleh tahan dan terpaksa menaikkan harga minuman dan makanan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
 
Katanya, tindakan itu bukan bertujuan mengaut untung, sebaliknya bagi menampung kos kenaikan harga barang mentah.

“Ais naik harga 20 peratus, tetapi kita tidak naikkan harga minuman dengan kadar sama.

"Sebagai sebuah persatuan yang bertanggungjawab, kita akan pantau ahli-ahli agar tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya.

“Kita juga takut pelanggan lari, jadi kita kena hati-hati. Kita tidak mahu pelanggan berfikir kita sengaja menaikkan harga,” katanya.

Menurutnya, pengusaha restoran terpaksa membeli ais daripada pembekal kerana harga lebih murah berbanding membuat ais sendiri.

“Mesin buat ais berharga RM5,000. Itu belum termasuk kos penyelenggaraan dan elektrik.

“Malah, ketika musim panas, pengumpulan air akan berkurangan. Jadi, lebih baik kita dapatkan daripada pembekal ais kerana mereka mengeluarkannya secara besar-besaran,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan tidak mengumumkan kenaikan lagi dalam masa terdekat.

“Sebagai peniaga, kami turut terasa dengan kenaikan yang berlaku. Malah, ada peniaga tidak beretika yang menunggu peluang ini untuk menaikkan harga barang.

“Jadi, kita harap kerajaan dapat menangguhkan kenaikan lain kerana akan memberi kesan kepada perniagaan kami,” katanya.

UTUSAN: Rumah, kereta YDP Majlis Daerah Besut ditembak


Tidak puas hati: Tukang Kebun dibelasah

Seorang tukang kebun di sebuah agensi kerajaan negeri tidak menyangka tindakannya ‘bersuara’ di dalam mesyuarat sebuah parti politik yang dihadiri membawa padah apabila teruk dibelasah oleh sekumpulan lelaki.

Kejadian berlaku di hadapan Pejabat Penyelaras Umno Dun Jerteh, Gong Kemuntong, Jerteh, Besut, kira-kira jam 1.50 petang, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, sebelum kejadian, mangsa, 47, dikatakan telah menghadiri mesyuarat kecil yang dianjurkan sebuah parti politik di lokasi berhampiran.

“Bagaimanapun difahamkan semasa mesyuarat tersebut, telah berlaku pertengkaran mulut disebabkan ada yang tidak berpuas hati berhubung beberapa perkara berbangkit yang dibincangkan dan berlarutan sehingga tamat mesyuarat, katanya kepada pemberita, semalam.

Manoharan berkata, mangsa yang dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Tok Raja, Jerteh, Besut, selepas mesyuarat tersebut telah disekat oleh beberapa lelaki yang menaiki Mercedes di lokasi kejadian.

“Mangsa dibelasah teruk dipercayai dengan objek tumpul dan akibat kejadian, dia mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kota Bharu, Kelantan.

“Bagaimanapun dia dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya.

Jelas Manoharan lagi, identiti suspek utama telah dikenal pasti dan kini usaha memburunya giat dijalankan.


SINAR HARIAN

Kehebatan Nasi Bungkus Orang Kelate: Masak di Kelate Jual di KL


naik pesawat
PASIR PUTEH – Tidak terfikir bagaimana warga ibu kota Kuala Lumpur yang ‘dihidangkan’ dengan aneka pilihan sarapan pagi masih memilih nasi bungkus daripada Kelantan setiap hari.
Sebanyak 2,000 nasi bungkus dari Kampung Banggol Pak Esah dekat sini, diterbangkan dengan pesawat kargo Malaysia Airline Sistem (Mas) dari Lapangan Terbang Sultan Ismail ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setiap pagi bagi membolehkan pelanggan tetap di sana menikmatinya setiap pagi.
Nasi kerabu, nasi lemak, nasi berlauk dan nasi dagang resipi tradisi Mohamad @ Mohd Nor Zakaria, 68, (Pok Nor) dibungkus seawal jam 11 malam bagi membolehkan ianya tidak terlepas dari jadual penerbangan awal di Pengkalan Chepa.
Pengurus Nasi Bungkus Pok Nor, Azrin Mohamad, 34, bersama adiknya, Abdul Ghafar Mohamad, 30, mendapat idea meluaskan pasaran selepas mendapati produk itu mendapat sambutan luar biasa.
“Selepas berjaya memasarkan 1,500 nasi bungkus ke seluruh Kelantan, kami berjaya membawa produk ini lebih jauh tapi masih berbaloi walaupun menampung kos penghantaran tinggi.
“Di Kuala Lumpur, nasi bungkus ini diambil agen untuk dihantar kepada penjual di sekitar Putrajaya, Puchong dan Shah Alam yang menjualnya pada harga RM4 sebungkus. Nasi untuk pasaran tempatan mulai dibungkus jam 3 pagi dan dijual pada harga RM2.50 sebungkus,” katanya.
Beliau berkata, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang diusahakan itu memberi peluang pekerjaan kepada 36 wanita yang kebanyakannya ibu tunggal dan dibahagikan kepada dua syif, 22 orang untuk pembungkusan bagi pasaran Kuala Lumpur dan selebihnya untuk pembungkusan bagi pasaran tempatan.
Nasi Bungkus Pok Nor katanya, akan dikembangkan kerana beliau kini merancang membuka kilang di kampung itu dan membuka kedai kopi sendiri di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.
“Dalam masa sama, kami melancarkan grup Facebook Nasi Bungkus Pok Nor bagi mempromosikan produk selain menerima pendapat pelanggan bagi meningkatkan kualiti serta melicinkan urusan pemasaran.
“Sekiranya usaha ini terus berkembang maju, ia sudah tentu memberi manfaat secara berterusan kepada ibu tunggal dan agen-agen kami di Kelantan dan Kuala Lumpur,” katanya.
SUMBER- SINAR HARIAN