4 November 2013

Pahang Juara Setelah 21 tahun


SHAH ALAM: Pahang berjaya menjulang trofi Piala Malaysia selepas 21 tahun dengan menewaskan Kelantan 1-0 pada aksi akhir di Stadium Shah Alam, di sini malam tadi (Ahad).


Anak buah Dollah Salleh mencatat kemenangan tipis hasil jaringan tunggal penyerang kelahiran Argentina, Matias Conti pada babak kedua permainan.
Kejayaan ini pastinya memusnahkan impian pasukan Kelantan untuk mempertahankan trofi ini yang dijulang tahun lalu.
Pada aksi perlawanan ini, keadaan padang yang basah menyaksikan permainan sedikit terencat memandang semua pemain kelihatan berhati-hati dalam melakukan gerakan.
Namun barisan pemain-pemain Pahang mula melakukan serangan selepas sepuluh minit permainan.
Minit ke-20 rembatan kencang Azamuddin melambung tinggi, sebelum kapten Kelantan Badri Radzi (m-25) menyempurnakan sepakan percuma namun terbias ke benteng pertahanan.
Peluang Pahang untuk mencatat jaringan sulung hadir pada minit ke-27, namun Conti gagal menanduk hantaran tinggi daripada Gopinathan.
Minit ke-35 Norfarhan cuba melakukan serangan kencang namun berjaya ditepis penjaga gol Pahang, Khairul Azhan.
Kedua-dua pasukan gagal mencari sebarang gol pada separuh masa pertama dengan mempamerkan permainan yang seimbang.
Bersambung ke babak kedua, Pahang bangkit dengan corak serangan cuba mengucar-kacirkan benteng pertahanan Kelantan dan menguji gawang Khairul Fahmi Che Mat.
Conti, 23, berjaya memecah kebuntuan gol pada minit ke-58 melalui tandukannya yang gagal ditepis Khairul Fahmi.
Pasukan Kelantan di bawah bimbingan Bojan Hodak kelihatan gagal menguasai posisi tengah, ditambah pula dengan kawalan ketat setiap pemain yang menyukarkan pergerakan mereka.
Percubaan skuad Kelantan untuk mencari gol penyamaan gagal dilakukan biarpun banyak peluang terbaik dicipta di depan gol lawan.
Pahang kekal dengan kedudukan 1-0 sehingga permainan berakhir.
Kejayaan ini juga merupakan trofi ketiga Pahang selepas turut mencatat kemenangan pada tahun 1983 dan 1992, manakala aksi ketujuh skuad Tok Gajah ini di pentas akhir.
Senarai Pemain
Kelantan: Azizi Mat Rose, Nik Mohd Shahrul Azim, Mohd Farisham Ismail, Zairo Anuar Zalani, Mohd Shakir Shaari, Mohd Nor Farhan Mohamamad, Mohd Badhri Mohd Radzi, Khairul Fahmin Che Mat, Dickson Nwakaeme, Indra Putra Mahayuddin, Zairul Fitree Ishak
Pahang: Khairul Azhan Khalid, Jalaluddin Jaafar, Damon Deland Stewart, Mohd Amirulhadi Zainal, R.Surendren, Matias Ruben Conti, Azamuddin Mohd Akil, Mohd Razman Roslan, Mohd Shahrizan Salleh, Mohd Hafiz Kamal, R.Gopinathan

17 pusat mengundi dibuka 8 pagi

YAN - Sebanyak 17 pusat mengundi di kawasan Dun Sungai Limau dibuka bermula pukul 8 pagi ini bagi membolehkan 27,222 pemilih berdaftar melaksanakan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya kecil Dun itu.

Pusat-pusat mengundi itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Buloh; SK Sungai Dedap; Sekolah Menengah Agama Nahdzah; SK Bukit Besar; SK Simpang Tiga Sungai Daun; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Aik Min; SK Haji Kassim Jasin; SK Sungai Daun Tengah; SK Sungai Limau; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Limau.

SK Sungai Kering; SK Ulu Sedaka; SMK Batu 17, Padang Lumat; SK Padang Lumat; SJKC Pei Hwa Batu 17, Gurun; SK Dulang dan SMK Dulang.

Semua pusat pengundian akan ditutup pada 5 petang ini dan pengiraan undi dijangka bermula 6 petang di pusat penjumlahan undi di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan di sini.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertembungan antara calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS Mohd Azam Abdul Samat.    Kerusi Dun Sungai Limau kosong berikutan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang merupakan wakil rakyat kawasan itu sejak 1995.

Dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei lepas, Azizan menang dengan majoriti 2,774 undi dalam pertandingan empat penjuru.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh dilapor berkata lebih 90 peratus pengundi dijangka keluar mengundi hari ini, berbanding 89 peratus pada PRU13.

Beliau berkata kadar peratusan yang positif itu berdasarkan kepada semangat yang dilihat sepanjang tempoh berkempen yang berkonsepkan kekeluargaan.

SPR juga menjangkakan keputusan pilihan raya kecil itu dapat diketahui selewat-lewatnya 10 malam ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan tiada hujan di sebelah pagi namun ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang. - Bernama

2 November 2013

PANAS..PANAS!! GAMBAR YANG UMNO TAK PERNAH BUAT, TAPI PAS BUAT!

Bukti kejahilan PAS di Sungai Limau, hanya undi yang mahukan dari pengundi, selama memerintah, ini yang pengundi dapat..cerita dari rakan bloger menunjukan apa yang pas buat..

GAMBAR INI MEMBUKTIKAN...Penduduk Sg Limau sudah Serik, termasuk ahli PAS sendiri mula menyatakan kekesalan dan akan menghukum mereka (PAS) di hari Mengundi @PRK yang tak berapa hari lagi. Daif memang DAIF penduduk Sg Limau... nasib mereka semakin daif sekali pun sudah 5 penggal memberi ruang kepada PAS melunaskan janji..

Sekali pun arwah Ustaz Azizan Razak juga merupakan bekas Menteri Besar, nampaknya tidak banyak janji tertunai. Apa lagi sebelum Arwah meninggal ketika nazak nyata ada pendedahan perihal kepincangan atau berpuak bila akhirnya memperlihatkan bagaimana yang sebenarnya hari ini dalam PAS sendiri berebut kuasa atau berpuak mencari dan berpuak untuk menjadi YB bagi mengantikan Arwah. Malah sudah berkira-kira mencari ruang peluang pengganti Arwah ketika kritikal lagi.


Perlumbaan mencari kuasa dengan segala bapak siri pembohongan demi meraih kuasa muka dilihat atau dikesan oleh rakyat. Bosan dengan perlumbaan mencari kepentingan kuasa lebih diutamakan sementara rakyat hidup dalam kemiskinan dan kedaifan tanpa pembelaan... Rata-rata kita boleh melihat betapa jauh lebih mundur, ketinggalan, miskin, tiada kemudahan, keperluan dan banyak lagi janji kepada rakyat Sg Limau yg dibohongi tidak ditunaikan...
Kita tunggu pembalasan dari rakyat yg cukup-cukup bersabar... PAS TIPU KAMI, TAU LA HANGPA NANTI lagu mana  Langit tinggi rendah!!!

Lagi IC Palsu

Ekoran daripada kes pengawal keselamatan menembak mati pegawai Ambank, sekali lagi kes rompakan melibatkan menggunakan idnetiti palsu. Dimanakan ketirisan dan tapisan yang dibuat sebelum seseorang itu menjadi penawal keselamatan bersenjata. Muda sangat, seolah-olah nak jadi pengawal keselamatan hanya isi borang dan masuk kerja. Dimanakah SOP yang di ikuti?


Pengawal Keselamatan Rompak Kedai Emas di Setapak Guna IC Palsu
Pengawai polis menemubual beberapa orang pekerja kedai emas yang dirompak di Setapak, Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan pengawal keselamatan yang merompak sebuah kedai emas di KL Festive City Mall, di Setapak pada Khamis menggunakan kad pengenalan (IC) palsu.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh berkata semakan ke atas suspek mendapati dia menggunakan nombor kad pengenalan milik individu lain.
"Kami sedang menyiasat latar belakang suspek dan syarikat kawalan keselamatan yang mengambilnya bekerja. Setakat ini kita sedang menyiasat bagaimana dia diambil bekerja serta sama ada suspek memiliki lesen untuk membawa senjata api atau tidak," kata SAC Amar.
Suspek yang dikenalipasti sebagai Hikman Jacob (900328-12-5725) berasal dari Kampung Bingkor, Sabah mengacukan pistol kepada majikannya ketika mahu memulakan perniagaan kedai emasnya pada pukul 9.30 pagi Khamis.
Dia kemudiannya meninggalkan kedai emas tersebut dengan membawa dulang berisi 100 utas rantai leher yang tidak dapat dipastikan nilainya.
Suspek dilaporkan baru dua bulan bekerja di kedai emas tersebut.
Pengurus cawangan kedai emas tersebut, Robert Lourdusamy berkata walaupun pihaknya berkali-kali mendesak suspek menunjukkan kad pengenalannya kepada majikan namun suspek tidak pernah berbuat demikian.
"Semalam (Rabu), dia hanya menunjukkan salinan kad pengenalannya. Ia nampak sama seperti kad pengenalan biasa, namun ia sangat lembut dan rasanya sama seperti sekeping kadbod," kata Robert.
"Saya beritahu dia perlu menunjukkan kad pengenalannya yang asli hari ini (Khamis) kerana kami mahu membuatkan kad perakam waktu untuknya," katanya.
Menurut laman web, Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), bekas Ketua Polis Negara merupakan ahli lembaga pengarah dalam firma yang mengambil suspek bekerja.
Ketika dihubungi syarikat kawalan keselamatan berkenaan, enggan mengulas sama ada mereka ada menyemak latar belakang atau suspek memiliki lesen membawa senjata api yang sah.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pihak kementerian akan menyiasat bagaimana suspek diambil bekerja dan belum ada tindakan selanjutnya yang diambil terhadap firma keselamatan tersebut sehingga siasatan selesai dijalankan.
"Saya sedang meneliti sistem bagaimana untuk mengetatkan prosedur, pengambilan pekerja serta garis panduan mengenai latar belakang individu yang akan diambil untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan," katanya.
Sementara itu, mengenai pengawal keselamatan yang menembak mati seorang pegawai bank sebelum melarikan diri dengan wang tunai berjumlah RM450,000 dari Ambank cawangan Subang Jaya minggu lalu, Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata polis yakin mereka dapat menangkap suspek tidak lama lagi namun beliau enggan mengulas lanjut mengenainya kerana bimbang ia boleh menggangu siasatan

1 November 2013

Gara-gara kecewa, seorang lelaki potong zakar sendiri kerana tiada teman wanita

Macam-macam perkara pelik berlaku di China,

JIAXING - CHINA. Gara-gara kecewa kerana tidak mempunyai kekasih, seorang lelaki China nekad memotong zakarnya dan berbasikal ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, sejurus tiba di hospital, doktor mengarahkan Yang Hu, 26, pulang semula ke rumah untuk mengambil zakar yang tertinggal bagi membolehkan ia dirawat.


Lebih malang lagi, doktor memaklumkan penyambungan itu mustahil dilakukan kerana kecederaan pada zakarnya amat serius menurut Daily Mail.

Yang mengalami tekanan teruk selepas dia dipaksa bekerja dalam jangka masa panjang sehingga tiada peluang mencari pasangan.


Sinar Harian

Mcam-macam, Berbual, sikat rambut mayat isteri 36 hari

Kajang: Bagi membuktikan cintanya kepada isteri, seorang lelaki tidak sanggup berpisah, malah tetap menyimpan selain melayan mayat wanita kesayangannya. 

Beliau bukan saja menyembunyikan kematian isterinya selama 36 hari, malah dia turut menyikat rambut mayat itu setiap hari kerana menyintai wanita itu. 

Kematian Lim Ah Tee, 42, disembunyikan daripada pengetahuan anak tunggal mereka lebih sebulan dengan menyatakan ibunya sakit dan berehat di dalam bilik di tingkat atas kediaman mereka di Taman Damai Perdana di sini.

Perbuatan terbongkar 

Bagaimanapun, perbuatan lelaki itu terbongkar selepas abang Ah Tee berkunjung kediaman mereka Sabtu lalu dan menasihatkan adik iparnya melaporkan kejadian kepada pihak polis. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata suami Ah Tee, Wong Tuck Wei, 40, membakar banyak setanggi, membuka kipas dan tingkap bilik selain meletakkan tuala basah di sekeliling tubuh mayat bagi menghilangkan bau busuk. 

“Apa yang peliknya tiada ulat ditemui pada mayat ketika pemeriksaan forensik dibuat. Hanya seekor kumbang ditemui. Keadaan mayat sudah mereput dan daging tertanggal daripada kulit sehingga tinggal tengkorak. 
“Namun, keadaan rambutnya kemas dan cantik kerana disikat setiap hari,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. 

Katanya, dalam keterangannya Tuck Wei mendakwa bersembang dengan mayat itu yang diletakkan di atas kerusi menghadap ke luar tingkap setiap hari sambil menyikat rambutnya.

31 October 2013

PRK DUN Sungai Limau: Pas terdesak,minta kerajaan naik subsidi padi

YAN: PAS meminta Kerajaan Pusat mempertimbang cadangan menaikkan subsidi padi daripada RM248.10 satu tan kepada RM372.10 satu tan bagi meringankan beban serta mengukuhkan ekonomi pesawah.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar, berkata kenaikan subsidi itu dijangka melibatkan RM200 juta setahun akan dapat memberi kelegaan kepada kira-kira 144,958 keluarga petani seluruh negara dengan keluasan bendang sekitar 300,000 hektar. 

"Kali terakhir subsidi padi dinaikkan ialah sekitar tahun 1990...dari RM164.40 setan kepada nilai subsidi terkini.

"Selepas lebih 23 tahun subsidi harga padi masih belum disemak semula. Jadi dicadangkan dinaikkan sebanyak 50 peratus," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Turun Bendang dan Doa Awal Musim Padi di Pulau Timbun dekat sini hari ini.

Turut hadir, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Ahli Dewan Undangan Negeri Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah dan calon PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat.

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau pada 4 November ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan Mohd Azam. - BERNAMA