23 July 2013

Kalau pengundi BN Macam Kambing, Pengundi PAS macam apa?



Kalau pengundi BN Macam Kambing, Pengundi PAS macam apa? itulah yang dikatakan oleh penceramah PAS  Dato’ Nasuruddin Daud (ADUN Pas Meranti, Kelantan) yang gaya ala-ala kambing gurun semasa berceramah. Dia berkata dalam satu siri ceramah PRK Kuala Besut.

Dalam ceramahnya  di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut, beliau yang juga dikenali sebagai Ustaz Nusuruddin Kambing berkata, kalau ada yang beri ayam atau kambing (merujuk kepada bantuan BN) heret kambing itu.

Wakil rakyat pas yang bergelar ustaz boleh berkata demikian dan menyamakan saudara seagama sebagai kambing, itukah yang  parti yang dikatakan memperjuangkan Islam?

Beberapa penduduk ketika ditemui amat kecewa dan sedih dengan kenyataan beliau. Ini kerana, sebagai pengundi yang berhak memilih kerajaan yang dikehendaki, tindakan seorang Ustaz melabelkan mereka “bodoh seperti kambing” menunjukkan PAS sendiri tidak mengamalkan demokrasi malah memperlekehkan dan menghina mereka yang memilih Barisan Nasional demi kemajuan Kuala Besut.
BN sebelum ini telah memenangi N01 dalam PRU13 dengan majoriti yang tinggi dari pengundi-pengundi Kuala Besut dan harapan PRK kali ini BN menang dengan majoriti lebih besar.

Minyak PAS bagi, Undi bagi BN!

Hari terakhir kempen PRK DUN Kuala Besut, PAS bukan sahaja menabur risalah-risalah fitnah, malah program untuk ‘merasuah’ pengundi berlaku secara berleluasa, pandanglah, lihatlah..



JENTERA PAS BALIK AWAL

Hanya sehari lagi berbaki sebelum hari pengundian PRK DUN Kuala Besut, gayanya PAS seperti sudah berputus asa apabila sudah kedengaran khabar berita beberapa kumpulan jentera pilihan raya PAS khususnya dari daerah lain di Terengganu beransur pulang ke tempat masing-masing.
Turut terbabit ialah beberapa kumpulan kecil dipercayai dari PAS Negeri Pahang dan Kedah. Setakat ini tiada kenyataan rasmi yang menjelaskan sebab musababnya kecuali satu penafian oleh PAS yang mendakwa jenteranya masih solid.
Menurut beberapa sumber yang rapat dengan PAS Terengganu, kebanyakan yang mengambil langkah pulang awal ini berbuat demikian sejak pagi dan tengahari semalam terutama selepas Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tampil dalam dua ceramahnya di Kuala Besut pada malamnya (21 Julai) atas jemputan Naib Presiden PAS, Husam Musa.
Barangkali tindakan ini dilakukan kerana tidak mahu bersekongkol dengan sikap hipokrit Anwar yang sejak lebih dua bulan lalu kuat menghentam SPR yang dituduhnya tidak telus atau mungkin juga kerana merasakan PRK DUN Kuala Besut sudah ‘diKelatekan’ oleh geng Husam.
Kehadiran Anwar pada malam itu walau pun sambutannya sedikit baik dari ceramah Presiden PAS, Hadi Awang namun sebahagian besar dari kira-kira 500 dan 600 pendengarnya di dua tempat berasingan itu merupakan penyokong dan jentera PAS yang diimport dari Kelantan.
Dalam ceramah tersebut Hadi Awang langsung tak kelihatan meskipun sepatutnya digandingkan bersama bagi memperlihatkan Presiden PAS itu masih dianggap sebagai tuan rumah kepada pemimpin PAS dan PKR dari luar Terengganu. Tapi ia tidak terjadi demikian.
Atau mungkinkah kegagalan Husam memberi muka kepada Presiden sendiri untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan Anwar menjadi punca sebahagian jentera PAS dari beberapa daerah di Terengganu pulang awal? Sukar dipastikan walau pun ada kedengaran rungutan sebegitu.
Waktu ini kebanyakan markaz dan pos PAS lebih banyak diduduki jentera PAS dari Kelantan, sebab itu tidak sukar untuk melihat banyak kenderaan plet pendaftaran D atau pun sesetengahnya terpapar bendera Kelantan atau logo Royalti berwarna merah di bumper atau badan kenderaan.
Pun begitu, masih ada lagi segelintir sahaja ahli dan penyokong PAS tempatan terutama dari Kawasan Besut serta satu dua kawasan lain yang masih membantu kempen saat akhir barangkali sekadar menunjukkan muka.
Namun demikian, jika keadaan ini berlarutan sampai selesai tempoh berkempen jam 12 malam nanti, maka ia mengulangi peristiwa pemulauan oleh jentera PAS sama seperti yang pernah berlaku di PRK DUN Tenang, Kerdau dan Merlimau sebelum ini.
Yang pastinya, apa yang sedang berlaku di Kuala Besut tika ini membabitkan jentera PAS ia seperti memberi isyarat jelas yang PAS bakal berdepan dengan kekalahan yang mungkin lebih bteruk berbanding PRU-13 baru-baru ini.
Apa pun, ini bukannya satu keadaan di mana BN dan UMNO sudah boleh berpeluk tubuh sambil menggoyang kaki, selagi mana belum tepat jam 12 tengah malam nanti selagi itulah kempen tersusun dari rumah ke rumah tetap perlu diteruskan supaya esoknya ramai-ramai keluar mengundi BN.
Paling penting, pastikan segala kemudahan pengangkutan untuk pengundi disediakan, jangan sesekali diabaikan walau seorang pun pengundi. Selagi mana dapat dikesan kedudukan mereka yang belum keluar mengundi maka usahakanlah hingga hampir pengundi BN menunaikan tanggungjawabnya.

Che Long Tertekan Angkara PAS


Che Long tertekan angkara PAS sendiri, kesian Che Long diperkudakan oleh PAS.
Satu SMS diterima seorang rakan. SMS yang didakwa dihantar oleh Endut@Azlan Bin Yusof  (Che Long) Calon PAS PRK Kuala Besut.
SMS ini menunjukkan Azlan begitu tertekan dengan apa yang berlaku sepanjang beliau menjadi calon PAS di PRK . Antara lain sms ini berbunyi:-
“Ambo kalu ikut ko ati, ambo tarik diri jah (Kalau ikut hati saya tarik dari sahaja dari bertanding), Hok yang dedah ambo isap dadah ni takdok lain, set2 PAS jugok. Demi Khianat ke ambo. takpe la….. demo sene kalu ambo mapuh keras kejung (Yang mendedahkan isu menghisap dadah, tidak lain orang PAS jugak. Dia orang khianat pada saya… dia senang kalau saya mati)”
Azlan juga mendakwa Husam Musa mengkhanati beliau. Beliau kesal kerana di minta “zip mulut” sedang wang ringgit beliau habis di kikis parti. Dia seolah kesal kerana masuk bertanding.

Hot...Pas Rasuah Pengundi DUN Kuala Besut


Usah BPO mengulas lanjut, terang-terang PAS cuba sogok pengundi,biar gambar berbicara.

WAJARKAN CALON PRK BEKAS PENAGIH?

WAJARKAH calon yang bertanding dalam PRK DUN Kuala Besut ini  semasa zaman remajanya adalah seorang penagih dadah maka pengundi kurang selesa untuk memberi undi kepadanya, maka atas nama parti yang mendakwa memperjuangkan agama tanpa selidik dulu calonya?
Persoalanya kenapa kalau sudah tahu ada masalah peribadi di zaman remaja masih juga mahu menawarkan diri sebagai calon atau dipaksa oleh partinya atau sudah ketiadaan calon yang layak?
“Tetapi rasanya kalau paksa sekalipun dia terpulang kepada dirinya sendiri sama ada hendak masuk calon atau tidak,” kata seorang nenek yang mengenali calon itu sejak calon itu zaman remaja dan tamat sekolah setakat tingkatan 5 sahaja.
Mak Cik tua itu amat mengenali calon berkenaan berkata,  semua orang kampung tahu dulu dia dulu hisap dadah, tetapi itu zaman dulunya, sekarang tidak lagi. Adakah tidak lagi?
Difahamkan lelaki yang menjadi calon PRK Kuala Besut ini telah diasuh dan di didik semula dan 'dibaik pulihkan' untuk kembali ke pangkal jalan dan cenderung kepada hal hal keagamaan.
Mungkin kerana mahu diminta menebus dosa-dosa yang lalu, calon ini dipaksa oleh partinya berkhidmat kepada orang kampungnya dan lain-lain kampong sekitar dalam Dun Kuala Besut, bukan atas kehendak dirinya, kerana dia sendiri ternyata tidak berminat.
Atau suatu kesilapan besar bagi partinya yang tidak terlebih dahulu membuat tapisan dan siasatan rapi tentang zaman-sebelum dipilih menjadi calon. Ataukah kerana kekayaannya kini, maka ia dipilih oleh pemimpin partinya untuk menjadi calon.
Kesianlah, bila jadi calon segalanya akan terlondeh kerana hakikatnya rakyat mahu pemimpin yang bersih dan berakhlak mulia tanpa mempunyai sejarah hitam di zaman remajanya.

FAKTA YANG PENDUDUK KUALA BESUT PERLU TAHU

Tempoh berkempen yang tidak sampai sehari je lagi diharap pengundi DUN Kuala besut bijak dalam memilih wakil rakyat mereka. Pengundi juga diharap tidak mensia-siakan peluang dan mengulangi sejarah tahun 1999 dimana PAS memerintah Terengganu dan ketika itulah pengundi baru tahu temberang PAS yang hanya pandai menabur berjanji.

BN telah membuktikan membawa pembangunan di Terengganu khususnya di Kuala Besut amnya. Banyak perubahan yang telah dibawa ke Kuala Besut dimana terkenal sebagai hub pelancongan terkenal iaitu Pulau Perhentian. BN telah mengubah DUN Kuala Besut menjadi maju dengan infrastruktur seperti pusat perniagaan, stesen bas, jeti pelancongan dan bermacam-macam lagi. Tambahan pula pembinaan pangsapuri dan perumahan kos rendah di Kg Gong Tengah bagi menempatkan penduduk Kuala Besut.

Keupayaan BN jelas terbukti dengan menepati janji dan sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat sama ada menerusi prasarana yang dibina, mahupun bantuan secara langsung. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah memperuntukkan RM4.4 juta sejak 2010 hingga kini untuk menaiktaraf prasarana pembangunan luar bandar di kawasan DUN Kuala Besut. Diantaranya ialah 28 projek seperti menaik taraf dan melebar jalan kampung, membina gelanggang permainan, membaik pulih balai raya, perparitan dan pencegahan banjir serta pembinaan unit rumah.

BPO berharap pengundi di DUN Kuala Besut supaya tidak terlalu taksub dengan fahaman politik dibawa sesetengah pihak kerana ia hanya akan memecah belah masyarakat.

Kerajaan telah pun meluluskan projek untuk faedah rakyat iaitu mendalamkan muara sungai Besut untuk kepentingan nelayan bernilai RM250 juta dan terbarunya Empangan Lowvier bernilai RM35 juta untuk para petani, khususnya penamam padi di Pengkalan Nangka dan sekitarnya. Projek ini akan menjadikan pekan Kuala Besut lebih maju dan terkenal, pusat-pusat perniagaan baru dan lain-lain kegiatan ekonomi akan membawa peluang pekerjaan kepada penduduk Kuala Besut. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan projek perumahan rumah mampu milik di Kampung Lay Out Tok Saboh untuk penduduk berpendapatan rendah, tidak berkemampuan dan miskin, satu lagi kebangaan kepada orang Kuala Besut.

Bagi sektor pendidikan sebuah sekolah baru akan di bina di Kg Alor Peroi bernilai RM28 juta bagi menempatkan pelajar dikawasan sekitarnya. Dengan adanya kemudahan itu, pelajar tidak perlu berulang-alik dengan jarak yang jauh dan meringankan beban ibu bapa mereka menghantar anak mereka.

Harapan BPO pengundi menghargai jasa-jasa kerjaan yang banyak membantu mereka dalam mensejahterakan rakyat khusunya di DUN Kuala Besut.