22 February 2015

Panass!!..panass nenek di tangkap Khalwat Dengan Mat Bangla

Nenek khalwat bersama warga asing

Panass..panass!! seorang wanita berumur 58 tahun yang lazimnya sudah bergelar nenek, ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) selepas didapati berkhalwat dengan seorang lelaki Bangladesh dalam Ops Limau di Taman Ungku Tun Aminah.

Wanita itu mengakui hubungannya dengan lelaki warga asing berusia 30 tahun berkenaan sekadar kawan selepas disoal anggota dan pegawai penguatkuasa.

Namun, mengejutkan apabila dia mengakui mereka masuk bilik hotel berkenaan sekitar jam 11 pagi dan sudah melakukan seks meskipun pada mulanya, lelaki Bangladesh terbabit menafikan perkara itu.

Ketika diminta untuk memaklumkan kepada keluarga atau waris berhubung penahanan dan bagi proses jaminan, wajah wanita terbabit kelihatan sugul dan enggan berbuat demikian.

Mereka bagaimanapun memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah bagi proses dokumentasi sebelum ke Jaij untuk tindakan lanjut.

20 February 2015

projek Kidex dibatalkan kerana Projek kerajaan Persekutuan??

Penduduk kecewa projek Kidex dibatalkan
Pembatalan projek Kidex oleh MB Azmin Ali (gambar) mengecewakan penduduk sekitar Petaling Jaya kerana pembinaan lebuh raya itu dilihat mampu mengurangkan kesesakan trafik di kawasan berkenaan.
SHAH ALAM: Pembatalan projek Lebuhraya Damansara-Kinrara (Kidex) sepertidiumumMenteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali semalam, mengecewakan penduduk sekitar Petaling Jaya kerana pembinaan lebuh raya itu dilihat mampu mengurangkan kesesakan trafik di kawasan berkenaan.

Seorang penduduk di Jalan Gasing, Ajit Johl, 45, berkata tindakan pembatalan itu menunjukkan kerajaan negeri tidak prihatin dengan kesengsaraan penduduk yang terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas teruk setiap hari.

Katanya kerajaan Selangor sepatutnya melihat dengan lebih teliti keputusan tersebut kerana jika projek lebuh raya itu diteruskan, ia boleh membawa lebih banyak kebaikan kepada rakyat.

Menurutnya pertambahan jumlah kenderaan setiap hari pada masa akan datang, akan lebih memburukkan lagi kesesakan lalu lintas di kawasan itu apabila Kidex dibatalkan, malah pergerakan ambulan atau kenderaan kecemasan juga terbatas terutama pada waktu puncak.

"Penduduk di sini sudah sengsara dengan kesesakan trafik sejak sekian lama dan jika kerajaan negeri batalkan projek ini, beritahu rakyat apa perancangan lain yang boleh mereka buat untuk bantu menyuraikan kesesakan ini?

"Saya harap menteri besar (Mohamed Azmin) jangan politikkan pembinaan Kidex ini dan jangan jadikan rakyat sebagai mangsa kerana penduduk di sini amat perlukan jalan alternatif lain," katanya kepadaBernama.

Sehubungan itu, Johl menggesa kerajaan negeri menyemak semula keputusan pembatalan projek tersebut dan sekiranya wujud cadangan lebih baik daripada pembinaan Kidex, menteri besar diminta segera mengemukakannya kepada rakyat.

Bagi Mohamad Rafiq Fazaldin, 59, penantian penambahan jalan alternatif lain di Petaling Jaya sejak 50 tahun lepas, musnah apabila projek Kidex dibatalkan dan beliau menyifatkan kerajaan negeri 'memandang sepi' keperitan rakyat yang terpaksa berdepan kesesakan lalu lintas di kawasan itu.

Mohamad Rafiq yang menetap di Seksyen 5 sejak 20 tahun lepas, berkata desakan dan rintihan penduduk di kawasan itu yang mahukan jalan tambahan bagi mengurangkan kesesakan trafik selama ini, tidak menjadi keutamaan kerajaan Selangor walaupun pelbagai surat permohonan agar pembinaan lebuh raya itu diteruskan, telah dihantar kepada Mohamed Azmin.

"Bagi projek Kidex ini, bukan kerajaan negeri perlu keluarkan perbelanjaan pun tetapi risiko terletak pada syarikat konsesi. Jika ada pihak yang bantah Kidex dibina, jangan lalu jalan itu. Biar kami yang tak sanggup hadapi kesesakan ini yang guna," katanya.

Mohamad Rafiq berkata pembatalan projek Kidex itu akan terus menyusahkan seluruh penduduk di kawasan terlibat terutama golongan ibu bapa yang terpaksa menghantar anak ke sekolah pada awal pagi.

Beliau turut berharap kerajaan negeri dapat menimbang semula keputusan pembatalan pembinaan lebuh raya tersebut kerana projek itu pastinya telah dirancang dengan baik sebelum ini, untuk kemudahan rakyat pada masa depan.

Sementara itu, Faekah Hussin, Pegawai Khas kepada bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pembatalan projek Kidex bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri kerana ia merupakan projek kerajaan persekutuan.

Beliau berkata Mohamed Azmin seharusnya lebih berhati-hati dengan 'perkataan' yang digunakan kerana rakyat mengetahui kuasa kerajaan negeri hanya membabitkan pemberian kebenaran untuk merancang.

Faekah berkata seandainya syarikat konsesi Kidex Sdn Bhd tidak mematuhi syarat yang ditetapkan seperti yang didakwa Mohamed Azmin, pengendali lebuh raya itu hanya perlu menyelesaikan masalah tersebut dengan kerajaan persekutuan.

"Kerajaan negeri hanya boleh beri kebenaran kepada syarikat (konsesi) untuk bina lebuh raya atau tidak dan bukan batalkan projek berkenaan.

"Pada pendapat saya, syarat-syarat (pembatalan) yang digunakan itu tidak sesuai malah pengendali Kidex mungkin boleh kenakan tindakan terhadap kerajaan negeri sebab mereka (kerajaan negeri) tidak terlibat untuk batalkan projek kecuali tidak memberi kebenaran untuk pembangunan," katanya.

Mohamed Azmin dalam kenyataan media semalam, menjelaskan bahawa pembatalan dibuat kerana pihak konsesi gagal mematuhi tiga syarat khusus yang ditetapkan kerajaan negeri sehingga tamat tempoh pada Sabtu lepas.
   
Tiga syarat yang gagal dipatuhi itu ialah penyediaan Penilaian Impak Lalu Lintas yang bebas, Penilaian Impak Sosial dan Penilaian Impak Alam Sekitar.

Selain itu, pemegang konsesi Kidex turut gagal mendedahkan kadar tol sepanjang tempoh konsesi termasuk segala kenaikan tol yang ditetapkan, selain tidak menyatakan anggaran rasmi jumlah tol yang akan dikutip termasuk kadar pulangan kepada pelaburan.

Pemegang konsesi Kidex juga tidak mendedahkan perjanjian konsesi sepenuhnya untuk mematuhi dasar kerajaan Pakatan Rakyat yang menegaskan ketelusan dan kebertanggungjawaban.

18 February 2015

Tempang pun masih nak mencuri

Memang tidak sedar diri, seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang tempang kaki  kanan dan buta mata kiri bersama teman wanitanya yang dipercayai aktif memecahkan  tabung masjid di sekitar daerah ini berakhir apabila ditahan berhampiran Plaza Tol Bukit Besi, Dungun
Suspek berusia 25 tahun dan pasangannya seorang ibu tunggal berusia 22 tahun ditahan jam 4.30 pagi oleh anggota unit kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu selepas hampir 40 kilometer (km) dikejar pihak berkuasa.
Gerakan memburu pasangan berkenaan dijalankan selepas polis menerima laporan jam 3.40 pagi mengenai kejadian tabung Masjid Bukit Diman dan Masjid Kampung Durian Kassim, Ajil, pada malam Jumaat lalu dipecahkan penjenayah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir berkata, anggota MPV yang dimaklumkan mengenai kejadian terbabit terserempak Perodua Viva berwarna putih di plaza tol Ajil yang menghala ke arah Bukit Besi, Dungun, jam 4 pagi.
Beliau berkata, suspek yang menyedari kehadiran polis menghimpit kereta peronda bagi mengelak ditahan dan tindakan agresif itu menyebabkan anggota polis mengekorinya hampir 40km kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku.

SUMBER

17 February 2015

RAHSIA PULAU MAYAT

BIARPUN sejarahnya masih dalam kajian, nama Pulau Mayat yang merupakan antara pulau kecil di sekitar Pulau Wan Man akan menarik perhatian setiap pelancong yang berkunjung ke situ untuk menaiki River Cruise.

Menurut Eksekutif Taman Tamadun Islam (TTI) River Cruise, Mohd Nazir Mat Tahir, pulau berkenaan yang kini dikenal sebagai Pulau Che Yok dinamakan Pulau Mayat kerana suatu ketika dahulu terdapat banyak mayat terdampar di situ.

Katanya, faktor geografi dan laluan air menyebabkan banyak mayat, kebanyakan adalah mangsa lemas dari bot nelayan asing yang dibawa arus terdampar di pulau itu.

“Disebabkan banyak mayat mangsa lemas terdampar itulah lantas diberi nama Pulau Mayat oleh penduduk sekitar suatu masa dahulu,” katanya.

Mohd Nazir berkata, Pulau Mayat yang keluasannya kira-kira 0.8 hektar tidak berpenghuni, namun suatu ketika dahulu, ada seorang individu dikenali sebagai Che Yok merupakan satu-satunya penghuni di pulau itu.

Menurutnya, sehingga kini, tiada siapa tahu salasilah keluarga Che Yok sama ada dia mempunyai cucu cicit atau keturunannya yang masih ada.

“Selepas Che Yok, memang tiada orang berani tinggal di pulau yang asalnya hutan paya bakau itu. Tiada yang berani ke situ terutama pada waktu malam kerana kawasan itu gelap gelita. Yang pernah singgah di pulau itu setakat ini hanyalah nelayan tempatan.

“Dahulunya, setiap pulau di sekitar Pulau Wan Man mempunyai bangsal untuk membuat gula melaka termasuklah di Pulau Mayat. Tak tahu mengapa, mungkin ada sebab selepas era kegemilangan pembuatan gula melaka sekitar 1980-an, pulau itu sudah tidak berpenghuni,” katanya.
Kelibat wanita tahan perahu

Mohd Nazir berkata, berdasarkan cerita dari mulut ke mulut, pulau itu sebenarnya berpenunggu dan disebabkan itulah tiada yang berani ke situ.

“Ada cerita saya dengar daripada orang dulu-dulu, sekiranya lalu kawasan itu, akan ada wanita menahan perahu sambil minta ditumpangkan ke seberang (ke daratan). Anehnya, setelah perahu sampai ke daratan, wanita itu tiada (hilang).

“Mungkin cerita-cerita yang didengar itu menguatkan lagi kepercayaan bahawa pulau tersebut mempunyai penunggu. Kesahihan cerita di sebaliknya masih lagi dalam kajian dan misteri itu tidak terungkai sehingga kini,” katanya.

Menurut Mohd Nazir, selain Pulau Mayat, terdapat lima pulau kecil  berhampiran Pulau Wan Man iaitu Pulau Sekati, Pulau Besar, Pulau Haji Siah, Pulau Duyong dan Pulau Pasir.

Katanya, Pulau Sekati adalah pulau yang agak besar dengan kepadatan penduduk sekitar 300 orang, manakala Pulau Besar pula tiada penduduk dan hanya ada sebuah padang yang dikunjungi anak muda tempatan untuk bermain bola.

Asal-usul Pulau Haji Siah

“Pulau Haji Siah pula berasal daripada nama sebuah keluarga yang tinggal di pulau itu, malah sehingga kini terdapat keturunan Haji Siah yang masih menetap di sebuah rumah di pulau itu.

"Haji Siah sebenarnya adalah seorang wanita yang mula-mula menerokai kawasan pulau itu,” katanya.

Kata Mohd Nazir, Pulau Haji Siah yang seluas 17.6 hektar itu dua kali ganda lebih besar daripada Pulau Wan Man dan ia sebenarnya berasal dari Pulau Besar tetapi  terpisah disebabkan faktor keadaan geografi dan cuaca.

“Haji Siah ada meninggalkan anak setelah dia meninggal dan sehingga kini rumahnya masih ada di pulau itu dan keluarganya lah satu-satunya penghuni di pulau itu. Namun, ada cerita mengatakan sebahagian tanahnya telah dijual tetapi tidak pasti kepada siapa.

“Mungkin nama Haji Siah kedengaran pelik, tetapi bagi orang dahulu kala, gelaran haji juga diberikan kepada kaum wanita seperti yang biasa kita dengar nama Mak Aji dan seumpamanya,” katanya.

Katanya lagi, keluarga Haji Siah dahulunya giat mengusahakan pembuatan gula melaka dan kelapa salai, malah selepas wanita itu meninggal, dia mewariskan kepada anak-anaknya, namun kini pembuatan gula melaka dan kelapa salai sudah tidak diusahakan lagi.

Mengulas mengenai Pulau Pasir, Mohd Nazir berkata, sejarahnya ringkas sahaja kerana pulau itu asalnya tidak begitu besar, namun setelah kerja-kerja pendalaman Sungai Terengganu dan pasir dikumpulkan di pulau itu menyebabkan ia semakin luas.

Pulau Wan Man sempena nama peneroka

Ditanya pula mengenai nama Pulau Wan Man yang cukup dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa, Mohd Nazir berkata, ia berasal daripada nama seorang peneroka pulau bernama Wan Abdul Rahman.

Katanya, Pulau Wan Man yang berkeluasan 8.92 hektar itu sebenarnya adalah hutan paya bakau yang tidak mempunyai nama sehinggalah ia diteroka oleh Wan Abdul Rahman bersama seorang lagi rakannya yang tidak diketahui namanya sekitar 1970-an.

“Wan Abdul Rahman sebenarnya tidak tinggal di pulau ini, sebaliknya dia tinggal di Pulau Sekati dan di Pulau Wan Man ini dia mengusahakan pembuatan gula melaka atau lebih dikenal sebagai ‘menyadat nisan’ yang begitu terkenal suatu ketika dahulu.

“Pulau ini juga asalnya juga banyak pokok nipah yang boleh menghasilkan gula," katanya.

Menurutnya, pada mulanya tiada jalan untuk menghubungkan pulau berkenaan dengan daratan dan jalan perhubungannya pula berakhir di Kampung Losong Feri.

Sehinggalah pada 2005 katanya, setelah TTI dibina, jalan ditambak untuk menghubungkan pulau tersebut dengan daratan.

"Kalau dahulu untuk ke Pulau Wan Man terpaksa naik perahu dan setelah adanya jalan perhubungan, perahu tidak digunakan lagi.

“Pada peringkat awal, jalan untuk menghubungkan daratan dengan Pulau Wan Man hanyalah jalan kecil. Pada 1980-an, tanah pulau ini diambil alih oleh kerajaan dan pampasan dibayar kepada dua individu terawal yang menerokai pulau tersebut,” katanya.

Mohd Nazir berkata, Pulau Wan Man terbahagi kepada dua zon iaitu Zon A dan Zon B di mana  di Zon A terdapat taman monumen sebanyak 23 buah daripada  21 negara yang menceritakan mengenai sejarah ketamadunan Islam.

“Di Zon B pula, kawasan awam seperti Masjid Kristal, Pusat Konvensyen TTI, River Cruise yang berpusat di Jeti Tokku Paloh dan Laman Selera B'Benteng,” katanya.


Sinar Harian

AWAS 'ISIS MALAYSIA' MENGANAS??


Video 'Isis Malaysia' dikongsi ke Twitter KPN

Sebuah rakaman video amatur menampilkan empat pemuda berpakaian hitam lengkap bertopeng balaclava, empat botol disumbat kain putih seolah-olah 'molotov cocktail' dan salah seorang daripadanya memegang sekeping gambar Nora Danish dan video tersebut telah tersebar melalui aplikasi Whatsapp.

Video berdurasi satu minit bertajuk 'Amaran untuk meletupkan Mahkamah Malaysia' oleh pemilik akaun 'isis malaysia 69' di laman YouTube nyata mengundang pelbagai komen dan persoalan mengenai motif video tersebut dimuatnaik.

Kata-kata yang dilontarkan oleh jurucakap kumpulan pemuda itu bukan hanya mengandungi kritikan terhadap sistem perundangan negara, malah turut melontarkan kata-kata carut disertai simbol lucah di akhir video.

Antara kandungan ucapan tersebut adalah 'mereka' membantah sistem keadilan negara dan mengugut untuk meletupkan mercun di hadapan Mahkamah.

“Kami baru bermula, dan akan pergi jauh, semakin rosak demokrasi, semakin berkembang dan jauh cara kami menentang,” kata pemuda itu.

Sehingga berita ini ditulis, tujuan video dimuatnaik tidak dapat pastikan sama ada ianya bahan jenaka atau sebaliknya.

Sementara itu, beberapa pelayar berkongsi video tersebut dengan akaun Twitter @KBAB51 milik Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Setakat ini tiada respons dari Khalid.

SUMBER

Kerana RM 20 nenek Diperkosa

Berang enggan membayar hutang baju berjumlah RM20, seorang lelaki warga asing bertindak kejam apabila merogol seorang nenek berusia 75 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Cenderakasih, Luyang.
Kejadian jam 9 pagi, mangsa yang juga ibu tunggal enam anak dikatakan didatangi suspek berusia 30 tahun untuk menagih bayaran baju dibeli warga emas terbabit bernilai RM30.
Mangsa yang tidak mengesyaki sebarang perkara buruk mempelawa suspek masuk ke dalam rumah dipercayai untuk membincangkan mengenai bayaran hutang yang masih berbaki itu.
Menurut sumber, ketika perbincangan, mangsa mendakwa tidak mempunyai wang dan dikatakan hanya mampu membayar RM10.

Sumber: Harian Metro

16 January 2015

GST-UNTUK PENGELAK CUKAI YANG LARI

Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan mulai 1 April depan dilihat dapat  menangani golongan pengelak cukai tegar daripada terus lari daripada tanggungjawab mereka membayar cukai.

Hakikatnya kelak, hasil pelaksanaan GST pada kadar enam peratus bagi  menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan itu bakal memberi manfaat besar kepada rakyat dan negara.

Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Datuk Sharifuddin Musa berkata menerusi GST kerajaan dapat memantau syarikat-syarikat berdaftar untuk memastikan mereka membayar cukai ditetapkan.

"Misalnya sebelum ini kalau ada 10,000 peniaga yang sepatutnya membayar cukai mungkin hanya sebahagian bayar selebihnya akan lari daripada tanggungjawab itu," katanya kepada kepada Bernama di sini hari ini.

Pengerusi Biro Profesional Pemuda Umno Shahril Hamdan berkata pelaksanaan GST dilihat dapat mendisiplinkan pengelak cukai untuk melaksanakan tanggungjawab mereka membayar cukai.    

"Apabila kerajaan melaksanakan GST, ia bertujuan memanfaatkan kembali rakyat dan bukannya membebankan, cukai yang dikumpul digunakan untuk tujuan pembangunan demi keselesaan mereka.

"Pelaksanaan itu juga dapat membantu kerajaan mengurangkan golongan yang liat membayar cukai kerana mereka sentiasa dipantau dari semasa ke semasa," katanya.

Setakat 12 Januari lepas sebanyak 310,000 syarikat telah berdaftar untuk GST, mengatasi jumlah sasaran awal 150,00 syarikat.

Beliau menyifatkan tindakan pembangkang yang cuba mempengaruhi pemikiran rakyat sebagai tidak bertanggungjawab kerana cuba menghalang kerajaan menggunakan hasil kutipan cukai untuk disalurkan kembali kepada rakyat. 

"Mereka (pembangkang) dilihat cuba memberitahu rakyat bahawa GST itu membebankan sehingga menyebabkan sesetengah pihak liat untuk membayar cukai.  

"Tindakan itu sebenarnya hanya untuk mencapai hasrat politik mereka dan bukannya bertujuan untuk pembangunan negara, sebab itu wujudnya golongan enggan membayar cukai," katanya.

Sementara itu Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata GST dilihat lebih telus serta terancang.

Selepas ini, katanya kerajaan lebih mudah untuk mengesan peniaga yang selama ini tidak mendaftarkan syarikat mereka sebagai pembayar cukai.

"Sebab itu banyak negara mengamalkan GST kerana ia lebih memudahkan dan memastikan sistem percukaian dipungut dengan efisyen serta teratur, hasil itu kemudiannya dipulangkan semula kepada rakyat," katanya.

Bagaimanapun, kerajaan perlu bersedia sepenuhnya daripada aspek penguatkuasaan bagi memastikan peniaga tidak memanipulasi GST sebagai satu kaedah untuk menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya.  

"Itu yang dibimbangkan rakyat sebenarnya setakat ini belum nampak lagi penekanan terhadap perkara itu," katanya.

Sementara itu, Anggota Lembaga Pemegang Amanah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Muhammad Shaani Abdullah berpendapat rakyat khususnya golongan pengguna akan kerugian sekiranya GST tidak dilaksanakan mengikut tarikh ditetapkan.

"Sistem percukaian baharu ini menjanjikan kutipan cukai lebih efisyen oleh kerajaan sekali gus dapat meningkatkan pendapatan negara yang mana ia boleh digunakan untuk projek pembangunan dan sudah tentu lebih ramai golongan berpendapatan rendah dapat dibantu," katanya.

Justeru, beliau menegaskan pengguna perlu memahami GST melalui perspektif lebih meluas serta tidak hanya fokus kepada fenomena kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. 


- Bernama-