2 August 2013

    Maznah direman

Wanita ni Islam ke apa?sanggup menghina Agama sendiri?apa kes la dia ni..

Wanita yang mencetuskan kontroversi menerusi video '1  Hari Di Hari Raya' yang disiarkan di YouTube di internet direman bermula semalam hingga hari ini.

Tahanan reman ke atas Maznah Mohd Yusof, 38, yang turut dikenali sebagai Chetz Yusof dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Segamat Mohd Anuar Ostadi di sini, semalam.

Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, Inspektor Osthman Mantaha memohon tempoh tahanan reman selama empat hari, namun peguambela Maznah, G Visvanathan membantah dengan alasan anak guamannya sudah ditahan di Bukit Aman sejak kelmarin.

Dia dibawa oleh sepasukan anggota IPD Segamat ke mahkamah majistret di sini pada jam 10 pagi semalam.

Polis menahannya selepas didakwa membuat video kontroversi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama tiga ekor anjing dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Ia berikutan satu laporan polis yang dibuat oleh orang awam berkaitan klip video terbabit di IPD Segamat pada 30 Julai lalu.

Dalam klip video yang berdurasi 1 minit dan 44 saat itu menunjukkan seorang individu memakai baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah-olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintenden Mohd Kamil Sukarmi berkata, pengadu yang juga peniaga berusia 23 tahun buat satu laporan polis pada 30 Julai di IPD Segamat kerana tidak berpuas hati dengan Maznah.

“Pengadu membuka laman sosial Facebooknya di kediamannya di sekitar daerah ini pada jam 10 pagi, 30 Julai lalu.

“Pengadu melihat klip video mengandungi rakaman orang berwuduk disamakan dengan membersihkan anjing dan berlatarbelakangkan laungan takbir raya. Pengadu kemudiannya buat laporan polis kerana hina agama Islam,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

BALUN SAJA CINA NI!!!

Penyanyi rap, Namewee mencetuskan kontroversi lagi apabila dia memuat naikkan videonya mengkritik penangguhan filem tempatan, The New Village dengan mendakwa tindakan itu menunjukkan sikap 'double standard'.
Dalam video bertajuk 017 Double Standard yang dimuatnaik di laman sosial Youtube pada Khamis, Namewee mengkritik gesaan beberapa pihak yang mahukan Lembaga Penapisan Filem (LPF) membuat penelitian semula terhadap jalan cerita filem itu sebelum ia ditayangkan.
Namewee yang juga seorang pelakon dan pengarah berkata, ia adalah tindakan yang tidak munasabah kerana filem The New Village itu menjelaskan mengenai sejarah komunis di negara ini.
"Anda tidak boleh mengharamkan filem tersebut kerana sesetengah pihak mengadu mengenainya. Ia adalah tindakan tidak munasabah," katanya dalam video itu.
Katanya, jika sejarah bersifat kontroversi adalah satu isu, maka Tanda Putera yang akan menceritakan insiden berdarah 13 Mei 1969 juga tidak harus ditayangkan.
Namewee turut mendakwa tindakan untuk meneliti semula filem tersebut apabila skrip sudah diluluskan sebelum penggambaran bermula adalah tidak betul.
Video tersebut diterbitkan dalam bahasa Mandarin dengan sarikata bahasa Melayu dan Inggeris.
Beberapa pihak menggesa filem tersebut dikaji semula selepas ia didakwa memuatkan unsur-unsur pro komunisme.
The New Village diarahkan oleh Wong Kew Lit dan diterbitkan oleh Astro Shaw berkisar tentang darurat di Tanah Melayu pada sekitar 1949 serta mempaparkan PKM dan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) sebagai pejuang kemerdekaan.
Ia turut menyentuh kehidupan masyarakat Cina ketika darurat dan Rundingan Damai Baling.
Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin membangkitkan mengapa filem The New Village diberikan pelepasan mudah oleh LPF sedangkan tayangan Tanda Putera ditangguhkan selama setahun.
Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa filem itu yang dijadualkan ditayang pada 22 Ogos ini, ditangguh sementara untuk penelitian semula.

Bonus RM500 Untuk Kakitangan Kerajaan Terengganu

mb-terengganuKerajaan negeri Terengganu hari ini mengumumkan pemberian bonus khas RM500 kepada kira-kira 20,000 penjawat awam negeri sempena Aidilfitri tahun ini, membabitkan perbelanjaan RM7 juta.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said ketika mengumumkan berita baik itu berkata bonus khas itu yang turut meliputi kakitangan badan-badan berkanun akan dibayar esok.
“Bayaran khas kewangan ini kepada kakitangan kerajaan negeri yang terlibat dengan kos berjumlah RM3,397,500.
Ini tidak termasuk dengan kakitangan badan-badan berkanun di mana kita belanja hampir RM7 juta keseluruhannya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kuala Terengganu semalam.
Menurutnya ia mengikut langkah kerajaan persekutuan memberikan bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam.
Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata kerajaan negeri tidak perlu mencari pengganti bagi jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri kerana yakin timbalannya Mahdi Musa mampu menggalas jawatan tersebut.

Rogol Gadis Lembam depan Isteri

Tidak menghormati bulan puasa, seorang suami durjana tergamak merogol seorang gadis lembam di depan isteri dan anak tunggalnya yang berusia tiga tahun di sebuah rumah di Jalan Masjid, Kanchong Darat.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, mangsa berusia 19 tahun berkenaan merupakan anak kepada kakak angkat suspek dan perbuatan terkutuk itu dilakukan ketika suspek membawa isteri dan anak mereka singgah ke rumah mangsa untuk berehat sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Menurutnya, kejadian itu berlaku pada jam 5 petang dan suspek berusia 24 tahun itu dikatakan rapat dengan keluarga mangsa serta sering mengunjungi rumahnya untuk berehat.

"Mangsa yang tidak bekerja tinggal berseorangan pada hari kejadian kerana ibunya keluar bekerja manakala adiknya tiada di rumah.

“Menurut mangsa, ketika kejadian suspek dan keluarganya berehat di ruang tamu sementara menunggu ibunya pulang," 

Nordin berkata, suspek membaringkan mangsa di atas tilam yang tersedia di ruang tamu sebelum merogolnya di depan isterinya yang sedang leka bermain dengan anak.

Katanya, mangsa memaklumkan perbuatan jijik suspek itu kepada ibunya dan wanita itu segera membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.

“Mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk pemeriksaan lanjut.

“Suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pusat latihan di Morib ditahan Isnin lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurutnya, isteri suspek difahamkan turut mempunyai masalah lembam.


Sumber

TUDM akan Miliki Pesawat Airbus A400M

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menempah empat A400M, jet pejuang ketenteraan terbaharu, dengan penyerahan pesawat pertama pada 2015.

A 400M mampu terbang lebih tinggi, cepat dan lebih jauh dan pada masa yang sama mudah dikendalikan.

Diperkasakan oleh empat enjin turbo-prop 11,000shp TP400, pesawat A400M mampu membawa 116 anggota payung terjun dengan kelengkapan penuh atau 37 tan muatan, dan boleh digunakan sebagai pesawat untuk mengisi minyak udara ke udara bagi jet, pesawat besar dan helikopter, katanya.

Pesawat  A400M juga dibeli oleh Tentera Udara Perancis dan sudanpun menerima pesawat pertamanya. Pesawat yang diserahkan kepada Perancis itu pada peringkat awal akan digunakan untuk melatih anak kapal sebelum menjadi sebahagian daripada kumpulan pengangkutan operasi tentera udara negara itu.

NS pecah monopoli 'tauke ayam'







Negeri Sembilan menawarkan beberapa penyelesaian untuk memecahkan monopoli penternakan ayam dalam negara ini bagi memastikan harganya kekal stabil dan lebih realistik.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau amat kecewa dengan sikap tamak syarikat penternak ayam dalam negara ini, yang mana dengan sengaja meningkatkan kos kehidupan rakyat secara melampau.

''Pada mesyuarat Exco semalam, kita telah membincangkan cara untuk mengurangkan beban yang ditanggung rakyat, terutama dalam menangani hal berkaitan memerangi kos yang telah meningkatkan kehidupan rakyat, yang mana sepatutnya tidak wajar berlaku," katanya di sini hari ini.

Tegas beliau, salah satu yang telah dikenal pasti membebankan rakyat ialah peningkatan harga ayam yang melampau serta barangan keperluan lain terutama pada musim perayaan.
''Kita mendapati apa yang berlaku itu berpunca daripada kurangnya bekalan ayam dari dua syarikat penternakan ayam terbesar negara yang sedang memonopoli pasaran itu," katanya sambil memberitahu bahawa pengambilan keuntungan melampau daripada mereka turut berlaku.

Oleh itu, kata Mohamad, kerajaan negeri mahu membetulkan corak perniagaan yang tidak sihat ini, yang mana tidak akan membenarkan kegiatan memonopoli pasaran ayam itu terus berlaku dalam kalangan dua syarikat besar tersebut yang telah mengambil keuntungan dan membebankan rakyat.

''Kerajaan negeri mahu memecahkan monopoli itu dan bersetuju untuk mengkaji secara serius berdasarkan beberapa kajian kes, memikirkan insentif membantu mana-mana syarikat yang berhasrat membuka ladang ternakan ayam moden dan tertutup di negeri ini," jelas beliau.

Mohamad memberitahu, hanya syarikat penternakan baharu yang moden serta berkemampuan mengurangkan kerosakan kepada alam sekitar akan dipertimbangkan untuk menyertai tawaran baharu ini.
Katanya, insentif itu termasuklah tawaran lebih murah untuk kos tapak atau secara percuma sehingga 15 tahun selepas kajian itu selesai dibuat dalam waktu terdekat.

''Ini akan mengurangkan kos produksi atau pengeluarannnya, sekali gus dapat mengurangkan harga ayam itu bagi keperluan pengguna.


''Kita juga boleh mempelawa Felda dan Lembaga Tabung Haji di negeri ini untuk menggunakan produk berkaitan minyak sawit untuk menghasilkan pemakanan bagi ayam ternakan, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada bahan import. Ini juga dapat mengurangkan harga dalam pasaran," tegasnya.

Tegas beliau lagi, semua tawaran terbaharu itu akan dikaji dengan teliti dan hanya terbuka kepada syarikat baharu dan hendaklah mengutamakan kepentingan rakyat, selain jaminan harga baik untuk mereka.


Sumber: Facebook

petisyen

PAS terpaksa akur dengan keputusan Mahkamah Pilihanraya gara-gara tidak puas hati dengan keputusan PRU 13 baru-baru ini.

Mahkamah Pilhanraya pada hari in itelah meolak petisyen yang dibuat oleh PAS terhadap kemenangan Barisan Nasional di DUN Kuala Berang dan Hulu Besut telah di tolak dengan kos sebanyak RM50 ribu setiap DUN

PAS yang telah menghantar petisyen tersebut atas alasan wujudnya elemen rasuah  namun mahkamah mendapati ianya tidak mempunyai asas yang kukuh.

Calon Barisan Nasional iaitu YB Encik Nawi Bin Mohammad  telah mengalahkan calon PAS iaitu Shalahuddin Bin Jaafar dengan majoriti sebanyak 1570 undi. Manakala di DUN Kuala Berang , Calon Barisan Nasional  YM Dato Tengku Putera Bin Tengku Awang telah mengalahkan calon PAS iaitu Muhyiddin Bin Abdul Rashid dengan majoriti sebanyak 449 undi.

Mahkamah telah memutuskan kemenangan Barisan Nasional di DUN Kuala Berang dan Hulu Besut adalah sah.

Dengan keputusan ini, hasrat Pas kononnya untuk berkuasa semula di Terengganu hanyalah tinggal harapan kerana kedudukan kerusi Dun kekal 17 (BN) dan Pas (15).