20 April 2013

PR berebut kerusi di DUN Kota Putera!

Selesai mengikuti proses penamaan calon bagi Parlimen Besut. Akhirnya PR bertanding dengan 2 calon dari pakatan rakyat  iaitu PKR dan PAS. Calon PAS diwakili oleh Ustaz Adam bin Mat Said manakala PKR diwakili oleh Mohamed Abdul Ghani bin Hj. Ibrahim menentang calon dari BN Mohd Mahdi bin Musa atau dikenali dikalanhgan penyokon dengan panggilan Abe Adi. Apa ke hal ni PR?nampak sangan mereka tidak sepakat dalam menempatkan calon mereka. Menurut sumber kerusi bag DUN Kota Putera adalah untuk PKR, namum mereka tiada kata sepakat baginilah jadinya...betul atau tidak admin tidak dapat kesahihan mengenai maklumat tersebut.
Calon PAS DUN Kota Putera

Calon PKR
Calon BN

17 April 2013

CALON BN BESUT



Berikut adalah calon bagi BN Parlimen Besut

P.33 Besut - Datuk Seri Idris Jusoh
N.1 Kuala Besut - Dr. A Rahman Mokhtar
N2. Kota Putera - Mohd Mahdi Musa (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Besut)-Muka Baru
N3.Jertih - Mohd Pehimi Yusof
N.4 Hulu Besut - Nawi Mohamad


Berikut senarai penuh calon BN di Terengganu:


P.33 Besut - Datuk Seri Idris Jusoh
N.1 Kuala Besut - Dr. A Rahman Mokhtar
N2. Kota Putera - Mohd Mahdi Musa (muka baharu)
N3.Jertih - Mohd Pehimi Yusof
N.4 Hulu Besut - Nawi Mohamad

P.34 Setiu - Che Mohamad Zulkifly Jusoh (muka baharu)
N.5 Jabi - Iskandar Jaafar (muka baharu)
N.6 Permaisuri - Datuk Mohd Jidin Shafiee
N.7 Langkap - Sabri Mohd Noor (muka baharu)
N.8 Batu Rakit - Bazlan Abdul Rahman (muka baharu)

P.35 Kuala Nerus - Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri
N.9 Tepuh - Muhammad Ramli Nuh
N.10 Teluk Pasu - Datuk Abdul Rahin Mohd Said
N.11 Seberang Takir - Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman
N.12. Bukit Tunggal - Ismail Nik (muka baharu)

P.36 Kuala Terengganu - Mohd. Zubir Embong (muka baharu)
N.13 Wakaf Mempelam - Wan Mahyuddin Wan Ngah (muka baharu)
N.14 Bandar - Datuk Toh Chin Yaw
N.15 Ladang - Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh
N.16 Batu Buruk - Datuk Che Mat Jusoh

P.37 Marang - Datuk Yahya Khatib Mohamad
N.17 Alur Limbat - Alias Abdullah
N.18 Bukit Payung - Zaidi Muda
N.19 Rhu Rendang - Nik Dir Wan Ku (muka baharu)
N.20 Pengkalan Berangan - A. Latif Awang (muka baharu)

P.38 Hulu Terengganu - Datuk Jailani Johari (muka baharu)
N.21 Telemong - Rozi Mamat
N.22 Manir - Yusof Awang Hitam (muka baharu)
N.23 Kuala Berang - Datuk Tengku Putera Tengku Awang
N.24 Ajil - Ghazali Taib (muka baharu)

P.39 Dungun - Datuk Rosli Mat Hassan
N.25 Bukit Besi - Roslee Daud (muka baharu)
N.26 Rantau Abang - Datuk Za'abar Mohd Adib
N.27 Sura - Zakariah Ali (muka baharu)
N.28 Paka - Datuk Matulidi Mat Jusoh

P.40 Kemaman - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
N.29 Kemasik - Ir. Rosli Othman
N.30 Kijal - Datuk Seri Ahmad Said
N.31 Cukai - Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid
N.32 Air Putih - Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar

Diharap bakal YB dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat nanti.

HIDUP UMNO
HIDUP BN



 

16 April 2013

Manifesto Tambahan BN Terengganu

Barisan Nasional (BN) Terengganu melancarkan manifesto tambahan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

  1.  pembinaan 10,000 unit rumah mampu milik 
  2. memberi peluang rakyat memiiki satu tapak rumah atau tapak pertanian, 
  3. - melanjutkan tempoh pajakan tanah individu daripada 30 tahu kepada 60 tahun 
  4. - memberi insentif khas melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan doktor falsafah
  5. - memperkasa program e-book
  6. - membina sekolah imtiaz setiap satu di Setiu, marang dan Kuala Nerus
  7. - memperkenalkan khairat dan insurans takaful rakyat
  8. - memperluas perkhidmatan pusat hemodialisis
  9. - Terengganu sebagai hab urusan haji dan umrah di Pantai Timur 
  10. - menaiktaraf institut al-Quran sebagai kolej universiti
  11. - menjadikan Terengganu sebagai pusat kecemerlangan ilmu Islam di Nusantara
  12. - dana pengurusan kepada pertubuhan belia dan NGO
  13. - sukan sebagai satu kerjaya
  14. - mewujudkan gelanggang futsal di setiap pusat daerah mengundi
  15. - menarik pelaburan lebih RM25 bilion dalam industri petrokimia, biotek dan
  16. keluli dengan 10,000 peluang pekerjaan
  17. - menjadikan Tasik Kenyir ebagai hab eko pelancongan dan kawasan bebas cukai
pengumuman itu  oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pada Majlis Akujanji BN Terengganu di Taman Tamadun Islam (TTI).

9 April 2013

JANGAN PINGGIRKAN GOLONGAN MUDA YANG MEMBANTU JENTERA BN

Penulis hendak berkongsi pengalaman bekerja dengan parti sepanjang beberapa PRU  dan pilihanraya kecil. Golongan muda begitu bersemangan bila tibanya Pilihanraya. Tidak kira pilihanraya kecil ataupun pilihanraya umum. Merekalah juga memasang bendera, menampal poster dan tidak ketinggalan juga mereka memanjat pokok untuk menaikan bendera besar ataupun poster calon. Penulis akui memang mereka ikhlas membuat kerja bukan kerana upah sebatang rokok dan kerana duit RM10. Keikhlasan mereka bukan setakat itu. Ada juga yang ambil peluang kerana minat dan ada juga yang suka-suka kerana sayang parti UMNO/BN yang keramat ini. 

Namum sejauh manakah kerj mereka dinilai oleh pucuk pimpinan parti?pengalaman seorang sahabat yang sejak sekian lama bekerja dengan paerti dan sanggup tinggal kerja kais pagi makan pagi, kais petang makan petang demi parti UMNO. Jangankan nedak mendapatkan tanah sekangkang kera, jauh sekali  nak dapat rumah yang agak selsesa untuk berteduh anak isteri. Saya juga berasa simpati, namun apakah daya kita hanya mampu memberi semangat sebagai seorang sahabat. Kalau ikutkan penulis ingin bersara dalam membantu dalam kerja parti. Tapi oleh kerana masih sayangkan UMNO, biarpun masuk angin keluar asap, perjuangan dteruskan juga. 

Bila tiba saat PRU ketika inilah mereka menjanjikan tanah, rumah dan macam-macam lagi. Bila menang PRU nanti kita akan bagi tanah tapak rumah kepada PEMUDA sebagai mengenangkan jasa membantu jentera parti. Tapi bila selepas PRU mereka sabar menunggu bilakah janji pada mereka akan tertunai. Sehinggalah tiba saat PRU pelbagai janji di beri. Sampai bila. Jangan sampai PEMUDA kita kecewa, merajuk untuk teruskan. Bila dengan usaha sendiri untuk mendapat sesuatu, barulah hendak terhegeh-hegeh nak membantu. Ketika itu sudah tiada makna.

PEMUDA buat kerja bukan kerana ingin mendapatkan projek. memang penulis akui ada juga yang mengambil kesempatan diatas usaha mereka membantu parti untuk melobi bagi mendapat projek. Bagi yang tidak memerlukan semua itu bagaimana?

INGATLAH, PEMUDA pun perlu keselesaan. Perlu wang untuk makan, perlu segalanya kemudahan asas yang difikirkan perlu pada masa sekarang.

Pengalaman penulis juga pernah memegang jawatan di peringkat Cawangan. hendak dapatkan borang rumah mesra rakyat dari Orang kanan YB pun susah. Pelbagai alasan diberi, tidak layaklah. Sedangkan kroni mereka tetap dapat, walaupun sudah mempunyai rumah Banglow. Apakah semua ini. Ingat PRU ini jika PEMUDA kita tidak mahu bekerja, apa akan jadi. Walalupun tenaga tidaklah sepenting mana jika dibandingkan dengan Tauke-tauke besar yang membantu Parti mencapai kemenagan. Namun kita haru ingat. Mereka adalah palapis pemimpin akan datang. Tidak mustahil mereka membawa haluan sendiri keran tidak sanggup menghadapi 'permainan politik' yang dicipta oleh kita sendiri.

Nota: Ini adalah pengalaman penulis sepanjang bekerja dengan parti bukanlah bermaksud untuk mengaibkan seisapa, tetapi sekadar berkongsi pengalaman dengan kita semua.

31 December 2012

GELOMBANG KEDUA BANJIR DIBESUT

Sehingga jam 10.30 malam,keadaan banjir di Hulu Besut semakin buruk. Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) sehingga kini 5 pusat pemindahan telah dibuka melibatkan 73 keluarga.
Setakat ini seramai 234 orang mangsa berada di pusat pemindahan.
Senarai Pusat pemindahan bajir di Bbesut,SK Kg Bukit payong ,Dewan Masjid Kg Keruak,SK.LKTP Tenang Masjid Kg La, dan Dewan serbguna Kg Apal
berita selanjutnya akan menyusul.

10 June 2012

Manifesto Khas BN Untuk Kedah Pada PRU-13

ALOR SETAR, 10 Jun (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) akan mempunyai manifesto khas bagi Kedah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti bagi mengetengahkan apa yang akan dilakukan BN jika dapat menawan semula negeri ini.

Pengerusi BN negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pada PRU-13 nanti, BN Kedah akan mempunyai dua manifesto iaitu manifesto di peringkat pusat dan manifesto khusus untuk Kedah.

"Kita akan bincang dengan (BN) pusat. Ia merupakan janji-janji kita jika menang di Kedah ini. Ia bukanlah janji kosong tetapi janji-janji yang memang kita sentiasa tunaikan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kedah di sini malam tadi.

Beliau berkata lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena program Jelajah Janji Ditepati di Kulim Jumaat lepas adalah bagi membolehkan rakyat Kedah melihat sendiri janji-janji BN yang ditunaikan.

Sementara itu, Ahmad Bashah meminta pemimpin dan anggota Umno serta parti komponen BN supaya tidak terlalu memikirkan peristiwa hitam PRU-12 yang menyaksikan BN kehilangan penguasaan ke atas Kedah.

 BERNAMA