Penulis hendak berkongsi pengalaman bekerja dengan parti sepanjang beberapa PRU dan pilihanraya kecil. Golongan muda begitu bersemangan bila tibanya Pilihanraya. Tidak kira pilihanraya kecil ataupun pilihanraya umum. Merekalah juga memasang bendera, menampal poster dan tidak ketinggalan juga mereka memanjat pokok untuk menaikan bendera besar ataupun poster calon. Penulis akui memang mereka ikhlas membuat kerja bukan kerana upah sebatang rokok dan kerana duit RM10. Keikhlasan mereka bukan setakat itu. Ada juga yang ambil peluang kerana minat dan ada juga yang suka-suka kerana sayang parti UMNO/BN yang keramat ini.
Namum sejauh manakah kerj mereka dinilai oleh pucuk pimpinan parti?pengalaman seorang sahabat yang sejak sekian lama bekerja dengan paerti dan sanggup tinggal kerja kais pagi makan pagi, kais petang makan petang demi parti UMNO. Jangankan nedak mendapatkan tanah sekangkang kera, jauh sekali nak dapat rumah yang agak selsesa untuk berteduh anak isteri. Saya juga berasa simpati, namun apakah daya kita hanya mampu memberi semangat sebagai seorang sahabat. Kalau ikutkan penulis ingin bersara dalam membantu dalam kerja parti. Tapi oleh kerana masih sayangkan UMNO, biarpun masuk angin keluar asap, perjuangan dteruskan juga.
Bila tiba saat PRU ketika inilah mereka menjanjikan tanah, rumah dan macam-macam lagi. Bila menang PRU nanti kita akan bagi tanah tapak rumah kepada PEMUDA sebagai mengenangkan jasa membantu jentera parti. Tapi bila selepas PRU mereka sabar menunggu bilakah janji pada mereka akan tertunai. Sehinggalah tiba saat PRU pelbagai janji di beri. Sampai bila. Jangan sampai PEMUDA kita kecewa, merajuk untuk teruskan. Bila dengan usaha sendiri untuk mendapat sesuatu, barulah hendak terhegeh-hegeh nak membantu. Ketika itu sudah tiada makna.
PEMUDA buat kerja bukan kerana ingin mendapatkan projek. memang penulis akui ada juga yang mengambil kesempatan diatas usaha mereka membantu parti untuk melobi bagi mendapat projek. Bagi yang tidak memerlukan semua itu bagaimana?
INGATLAH, PEMUDA pun perlu keselesaan. Perlu wang untuk makan, perlu segalanya kemudahan asas yang difikirkan perlu pada masa sekarang.
Pengalaman penulis juga pernah memegang jawatan di peringkat Cawangan. hendak dapatkan borang rumah mesra rakyat dari Orang kanan YB pun susah. Pelbagai alasan diberi, tidak layaklah. Sedangkan kroni mereka tetap dapat, walaupun sudah mempunyai rumah Banglow. Apakah semua ini. Ingat PRU ini jika PEMUDA kita tidak mahu bekerja, apa akan jadi. Walalupun tenaga tidaklah sepenting mana jika dibandingkan dengan Tauke-tauke besar yang membantu Parti mencapai kemenagan. Namun kita haru ingat. Mereka adalah palapis pemimpin akan datang. Tidak mustahil mereka membawa haluan sendiri keran tidak sanggup menghadapi 'permainan politik' yang dicipta oleh kita sendiri.
Nota: Ini adalah pengalaman penulis sepanjang bekerja dengan parti bukanlah bermaksud untuk mengaibkan seisapa, tetapi sekadar berkongsi pengalaman dengan kita semua.
No comments:
Post a Comment