Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

2 July 2013

PRK DUN KUALA BESUT: PKR BUAT ONAR LAGI, AKAN BERTANDING CALON BEBAS JIKA PAS TIDAK BERI LALUAN

Bekas Ketua Perhubungan Negeri PKR Terengganu, Mohd Padeli Jusoh sedia bertanding atas tiket Bebas sekiranya Pas sebagai rakan dalam PR tidak memberi laluan kepada PKR untuk meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Besut yang kini kosong, LAPOR SINAR HARIAN ONLINE.

Beliau dalam satu kenyataannya kepada Sinar Harian berkata, kerusi Dun Kuala Besut yang kini kosong berikutan kematian wakil rakyatnya sepatutnya menjadi milik PKR untuk menggantikan tiga kerusi Dun, masing-masing Kota Putera, Bukit Besi dan Seberang Takir yang difahamkan diambil Pas pada PRU13.

Beliau berkata, kali ini Pas seharusnya memberi laluan kepada PKR untuk meletakkan calonnya berikutan dalam PRU13 baru-baru ini PKR telah memberi laluan kepada Pas biarpun tiga kerusi Dun berkenaan telah diperuntukkan kepada PKR.

"Jadi tiada sebab kenapa Pas tidak boleh beri laluan kepada kita untuk hanya satu Dun sahaja,” katanya.

Mohd Padeli berkata, sudah sampai masanya Pas membuat keputusan sebagai satu pasukan dalam PR, dan bukannya membuat keputusan sendiri seperti yang berlaku pada PRU13 di Terengganu baru-baru ini.

Katanya, sebagai rakan dalam PR, Pas seharusnya bersikap lebih setiakawan dan sanggup berkorban demi kejayaan rakan lain dalam PR.

“Walaupun PKR Terengganu merupakan organisasi yang kecil dalam PR berbanding Pas, namun impak dan peranannya cukup relevan dalam menjayakan agenda PR di negeri Terengganu.

"Jika pandangan ini tidak diterima atau dipandang sepi oleh pemimpin PR, mungkin saya akan bertanding di situ sebagai calon Bebas,” kata Padeli lagi yang merupakan ahli PKR cabang Dungun.

1 July 2013

PR BEREBUT KERUSI DI DUN KUALA BESUT

'KAH KAH NAK TERGELAK ADMIN BILA DAPAT TAHU PR BEREBUT KERUSI DI DUN KUALA BESUT. PADA PRU 13 YANG LALY PR MELETAKAN 2 CALON PR NYA  DI DUN KOTA PUTERA. PAS PUN BERTANDING PKR PUN NAK BERTANDING. JANGAN DUN KUALA BESUT PUN JADI MACAM TU. BEREBUT KERUSI, INGAT DUN KUALA BESUT HANYA SOKON BN SAHAJA. PAS DAN PKR TAK PAYAH BERANGAN-ANGAN NAK MENJADI DUN KUALA BESUT MILIK MEREKA. PENGALAMAN PRU 1999 MEMBUATKAN PENGUNDI DI KUALA BESUT SERIK DENGAN KERENAH PEMBANGKANG. PENGUNDI DI DUN KUALA BESUT LEBIH CERDIK DAN PR TIDAK PAYAH MENIPU PENGUNDI'

-Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, PKR mempunyai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan tersebut yang sebelum ini ditandingi calon Pas, Napisah Ismail-

“Saya yakin Pas akan pertimbangkan calon daripada PKR. Bagi memperbaiki kedudukan di Terengganu, adalah baik Pas beri pertimbangan calon PKR di situ,” katanya.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali semalam berkata, kerusi Kuala Besut pernah dimenangi oleh PKR pada tahun 1999.

Arwah Dr A rahaman menang pada pru 13 .menang dengan kelebihan undi sebanyak 2434 mengalahkan napisah ismail dari pas.

HIDUP UMNO, HIDUP BN

Pastikan DUN KUALA BESUT KEKAL MILIK BN

20 April 2013

PR berebut kerusi di DUN Kota Putera!

Selesai mengikuti proses penamaan calon bagi Parlimen Besut. Akhirnya PR bertanding dengan 2 calon dari pakatan rakyat  iaitu PKR dan PAS. Calon PAS diwakili oleh Ustaz Adam bin Mat Said manakala PKR diwakili oleh Mohamed Abdul Ghani bin Hj. Ibrahim menentang calon dari BN Mohd Mahdi bin Musa atau dikenali dikalanhgan penyokon dengan panggilan Abe Adi. Apa ke hal ni PR?nampak sangan mereka tidak sepakat dalam menempatkan calon mereka. Menurut sumber kerusi bag DUN Kota Putera adalah untuk PKR, namum mereka tiada kata sepakat baginilah jadinya...betul atau tidak admin tidak dapat kesahihan mengenai maklumat tersebut.
Calon PAS DUN Kota Putera

Calon PKR
Calon BN