Macam-macam berlaku, Selepas seorang penoreh getah diserang beruang dan menyebabkan kecederaan, kini di Marang seorang warga emas nyaris cedera diserang biawak air.
MARANG - Seorang suri rumah, Kalsom Mohamad, 60-an, melalui detik cemas dan nyaris cedera selepas diserang seekor biawak air atau nama saintifiknya Vavanus salvator sepanjang 2.5 meter ketika berada di depan rumahnya di Rambai Jantan di sini.
Pengerusi JKKK Bukit Jejulung, Razak Mamat, 55, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, wanita terbabit juga merupakan kakak iparnya sedang bersiar-siar di kawasan rumah.
Menurutnya, keadaan bertukar cemas apabila Kalsom menyedari terdapat seekor biawak merenung tajam ke arahnya sebelum bertindak melarikan diri masuk ke dalam rumah kerana takut haiwan itu menyerang.
“Ketakutannya itu menjadi nyata apabila biawak seberat hampir 70 kilogram itu mula menyerang dan mengejarnya sehingga ke dalam rumah dengan mulut terbuka luas namun tidak sempat menggigitnya,” katanya di sini, semalam.
Difahamkan ketika kejadian itu berlaku, Kalsom bersama suaminya Awang Mamat, 60-an serta seorang anak mereka yang berusia 30-an berada di dalam rumah berkenaan.
Razak yang lebih dikenali penduduk sebagai Pak Jak berkata, suami Kalsom juga merupakan abangnya, terus menghubunginya untuk meminta bantuan sebelum dua penduduk diminta ke rumah berkenaan untuk membantu keluarga mangsa.
Menurutnya, dua lelaki terbabit mengambil masa setengah jam untuk menangkap biawak itu sebelum berjaya mengikatnya dan kejadian itu kemudiannya dimaklumkan kepada pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah Marang.
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Marang, Md Shubir Md Isa mengesahkan menerima panggilan sebelum lima anggota diketuai ketua operasinya, Mohd Azizuddin Ayub bergegas ke tempat kejadian untuk menangkap haiwan itu.
“JPAM Daerah Marang terima panggilan kira-kira jam 4.30 petang daripada ahli keluarga mangsa sebelum lima anggota terbabit bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.
Baca juga Kepala dalam Mulu Beruang ke yang berlaku di Besut
No comments:
Post a Comment