SUASANA pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sepi selepas Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman oleh mahkamah kerana kes liwatnya. Kalau tidak, 'panas' dibuatnya.
Di Balingian, Mukah juga demikian juga. Senario menjelang PRK di situ juga sunyi. Tidak ada sebarang isu setempat di bekas kawasan Tan Sri Abdul Taib Mahmud itu. Ia kerusi tradisi BN, kata orang tempatan.
Di Balingian, Mukah juga demikian juga. Senario menjelang PRK di situ juga sunyi. Tidak ada sebarang isu setempat di bekas kawasan Tan Sri Abdul Taib Mahmud itu. Ia kerusi tradisi BN, kata orang tempatan.
Pada hari penamaan calon di Dewan Suarah Mesra Mukah semalam tidak ada sepanduk, poster dan bendera dinaikkan. Pengalaman beberapa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya yang ada di situ, kata mereka, esok dan lusa naiklah bahan-bahan kempen itu. Itupun secara berperingkat-peringkat. Bahang pilihan raya kecil di Balingian tidak tampak secara fizikal. Mungkin kalau diadakan di bandar, meriah namun Balingian yang dikategorikan kawasan luar bandar, tidak ketara kehangatannya.
Lebih kurang sama dengan Balingian, di Kajang juga tidak ternampak agresif kempen PRKnya yang telah masuk hari ketujuh. Keadaan ini disebabkan sebahagian besar pengundi Kajang berkongsi perasaan sama dengan seluruh rakyat Malaysia dan merata dunia terhadap kehilangan pesawat MH370. Kalau adapun isu yang dilagukan pakatan pembangkang di pentas ceramah di Kajang dalam seminggu ini hanyalah berkisar dakwaan kononnya Anwar 'teraniaya'. Malahan, calon PKR di situ, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bukanlah sangat orang politik. Dari segi ketaatan seorang isteri, dia terpaksa menggantikan Anwar untuk bertanding. Namun, peluang Barisan Nasional (BN) untuk menang di Kajang yang menampilkan calonnya, Datin Paduka Chew Mei Fun masih 30 peratus. Underdog. Melainkan, suatu keajaiban yang disertai kerja keras jitu yang mana jentera mesti berkempen habis-habisan. Bukan sekadar menjadikan Kajang tempat berkumpul. Hakikat besar yang perlu dilepasi adalah
memperhebatkan aktiviti di pusat-pusat daerah mengundi (PDM) yang kebiasaannya tidak banyak bergerak. Tetapi apabila melibatkan acara-acara rasmi Perdana Menteri atau menteri terlibat, ketara pula kelibat mereka yang berkenaan. Kempen secara mikro di seluruh PDM,
baik di Kajang dan Balingian, perlu difokuskan kepada pertemuan bersemuka dalam kumpulan kecil.
Dan kalau diambil kira peratusan pengundi di Kajang, separuh daripadanya adalah wanita yang mewakili hampir 20,000 pengundi (50.09 peratus). Justeru, wanita BN perlu digerakkan
secara agresif bergabung dengan Puteri UMNO dan Puteri MIC untuk meraih sokongan. Bagi menarik golongan belia pula, wujudkan unit kesukarelaan. Bukannya terlalu menumpukan kepada 'belia mat motor', yang hiruk-pikuk dicetuskan mereka semasa kempen boleh
menyebabkan orang lain menyampah. Tumpukan kepada belia yang pergi ke masjid misalnya.
Pelbagaikan taktik berkempen dan pokoknya, jentera parti pemerintah mesti bekerja keras, meskipun Balingian terutamanya, merupakan kubu kuat BN.
Apa pun, suasana PRK di DUN Kajang dan Balingian sepi. Tidak seperti PRK Sungai Limau dan Kuala Besut tempoh hari.
Muram - sesepi hati seluruh rakyat Malaysia yang sedang menanti penuh debar akan nasib 239 penumpang MH370.
No comments:
Post a Comment