Besut terus mencipta kecermelangan dalam pelbagai aspek. Terbaru Tabika KEMAS An-Nur telah mengharumkan nama Besut dengan menjadi johan keseluruhan. Tabika An-Nur menjadi johan dalam kategori luaran kelas (RM800), kategori dapur (RM800) dan tempat kedua kategori dalam kelas (RM500) sekali gus berjaya membawa pulang hadiah wang keseluruhan berjumlah RM7,100 dalam Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Tadika Peringkat Negeri Terengganu 2011/2012.
Kejuaraan itu berdasarkan kemenangan berganda yang diraih, tiga daripada lima kategori yang dipertandingkan iaitu kebersihan dan kecerian luaran kelas, dalam kelas, dapur, landskap dan tandas. Tabika KEMAS An-Nur menjejaki langkah yang sama bagi pertandingan itu bagi tahun lepas.
Puan Saedah yang pernah menerima anugerah Guru Inovatif KEMAS Peringkat Kebangsaan pada 2007, kelas itu mula beroperasi pada 2003 dan pertama kali menyertai pertandingan tersebut.
“Kemenangan ini meningkatkan komitmen saya sebagai tenaga pengajar, ibu bapa dan masyarakat tempatan untuk melakukan lebih baik pada masa akan datang khusus untuk generasi kecil ini menimba ilmu,” katanya.
No comments:
Post a Comment