10 October 2015

SUSPEK LARI DENGAN MOTOSIKAL

Bekas Adun Alur Limbat maut ditembak
MARANG - Seorang penduduk terdengar bunyi letupan seperti mercun sebelum melihat kelibat dua orang menaiki sebuah motosikal meninggalkan kawasan rumah bekas Adun Alor Limbat, Alias Abdullah, 51.
   
Abdul Wahab Muhammad, 35, berkata beliau ketika itu bersama empat lagi rakannya berada di sebuah bangsal tidak jauh dari tempat kejadian.
   
"Bila saya keluar dari bangsal, saya lihat seseorang bertubuh besar dan memakai topi keledar berlari dalam keadaan tergopoh gapah ke arah rakannya yang sedang menanti di atas motosikal.
   
"Mereka naik motosikal tanpa nombor plat. Saya terus kejar kedua-duanya dengan motosikal berserta beberapa orang lagi. Bila sampai dekat Kampung Batu 12 (kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian), mereka pun hilang," katanya.
   
Beliau berkata, sebelum itu beliau ternampak kedua-duanya sedang menghala ke rumah Alias.

Alias dipercayai ditembak pada jarak dekat di rumahnya di Kampung Alor Limbat Bukit Payong di sini selepas pulang daripada solat Jumaat.
   
Beliau kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Bukit Payung oleh jirannya, namun disahkan meninggal dunia.
   
Fazil Yusof, 32, yang merupakan kenalan Alias berkata beliau berjumpa Allahyarham pada tengah hari di sebuah kedai kopi berhampiran selepas mangsa dikatakan pergi melawat saudaranya yang akan membuat majlis kenduri.
   
Sementara itu Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman ketika ditemui di Klinik Kesihatan Bukit Payung mahu pihak polis menjalankan siasatan segera.
   
"Kita minta kes ini disiasat secara terperinci dan individu yang bertanggungjawab dapat dikenal pasti dan diheret ke muka pengadilan.

"Ini (kematian Alias) merupakan satu kehilangan besar dalam dunia politik Terengganu kerana Allahyarham merupakan seorang yang berpengalaman dan pernah menjadi wakil rakyat. Kehilangan ini amat dirasai," katanya.
   
Adun Alor Limbat, Ariffin Deraman berkata Allahyarham merupakan seorang yang cukup dihormati dan disegani walaupun tidak lagi bergelar wakil rakyat.
   
Alias menjadi Adun Alor Limbat selama dua penggal mulai 2004 sebelum kalah kepada calon PAS pada pilihan raya umum ke-13.
   
Jawatan terakhir beliau ialah sebagai Ketua Umno Cawangan Alor Limbat.
   
Allahyarham pernah bertugas sebagai Ketua Unit Pendakwaan Negeri Terengganu (Timbalan Pendakwa Raya/Peguam Kanan Persekutuan) dari 1 Mei 1997 hingga 18 November 1999).
   
Allahyarham meninggalkan isteri Noreha Mohamad, 45, dan empat orang anak.
   
Jenazahnya akan dikebumikan di Tamah Perkuburan Islam Kampung Alur Limbat selepas solat Isyak malam ini.
   
Sementara itu pihak polis telah melancarkan Ops Tutup bagi mengesan dan menjejaki suspek.
   
Ketua Polis Daerah Marang, Suhaimi Mohd Ali yang ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah di mana mayat Allahyarham ditempatkan berkata motif kejadian juga sedang dikenal pasti.

- Bernama-

26 February 2015

Isu Parking kereta LGE: Disaman selepas kecoh di Media Sosial??

Kereta Guan Eng jadi viral

Kereta rasmi Ketua Menteri, Lim Guan Eng jenis Mercedes Benz S300L dengan nombor pendaftaran PG1, sekali lagi menjadi viral dalam media sosial, semalam.Namun kesalahan tersebut telah disaman oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPP) setelah kecoh di media sosial.

Pengguna laman Facebook mengecam tindakan pemandu kereta terbabit kerana ia diparkir bersebelahan pili bomba di Lebuh King.

Difahamkan, gambar yang dimuat naik itu dikongsikan ribuan pengguna laman sosial yang turut mengaitkan tindakan ketua menteri itu sebagai salah guna kuasa selaku ketua menteri.

Sebelum ini, kereta beliau pernah menjadi viral kerana diparkir di lorong basikal di hadapan Depoh Hin Bus di Jalan Gurdwara.

Tindakan itu turut dikecam hebat pengguna laman sosial  dan didesak untuk dikenakan tindakan undang-undang.

Sumber

24 February 2015

Siapakah 'Syaitan' Dalam PAS??

Mohamad Fauzi Hussin

[Video]Perwakilan Dewan Ulama Pas Kedah, Mohamad Fauzi Hussin menggesa kepimpinan Pas Pusat segera membersihkan parti itu daripada unsur pengkhianatan yang disifatkannya sebagai 'syaitan dalam jemaah'.

Beliau berkata kewujudan pengkhianat itu adalah mereka yang tidak memberi ketaatan atau wala' kepada kepimpinan parti yang hanya memecahbelahkan parti gerakan Islam itu.

"Dalam konteks kita berjemaah, jika dalam masjid ada syaitan, maka dalam jemaah ini (Pas) berapa banyak syaitan yang wujud.

"Tak sempurna Islam kalau kita tidak berada dalam jemaah, melainkan kita dalam jemaah, tidak ada jemaah jika tiada kepimpinan.

"Sebab itu wala' kepatuhan ketaatan dalam jemaah merupakan persoalan pokok," katanya ketika membahas ucapan dasar Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yakob pada Multaqa Ulama Semalaysia II di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar Kelantan itu mendakwa perbuatan tidak taat kepada pimpinan tertinggi bermakna seseorang itu telah menempah dosa kerana telah melanggar baiah yang telah di ikat antara dirinya dan ALLAH SWT.

Katanya lagi perbuatan tidak taat kepada pemimpin juga disifatkan sebagai pengkhianatan kepada parti.

Bagaimanapun tegasnya, ketaatan itu bukan untuk memperbodohkan ahli bawahan dan mendewakan pimpinan Pas membuta-tuli.

Soalnya memang dalam PAS ramai 'syaitan-syaitan' yang cuba menghancurkan PAS, cuma Orang kuat PAS hanya butakan mata dan pekakan telinga je!!

SUMBER

MH370 dibawa ke Antartika?

MH 370 dengan pendaftaran 9M-MRO

BUKTI baru mengenai kehilangan Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 akan didedahkan dalam sebuah dokumentari menyiasat misteri kehilangan pesawat malang berkenaan.

Dalam dokumentari tersebut, pakar mendedahkan pesawat MH370 dikatakan telah sengaja dilencongkan oleh seseorang yang berada di dalam kokpit ke Antartika.

Ia juga akan mendedahkan maklumat data satelit yang menunjukkan pesawat berkenaan telah terbang selama berjam-jam selepas terputus hubungan dengan menara kawalan.

Pakar - pakar penerbangan akan membentangkan teori-teori mereka dalam siaran dokumentari National Geographic yang bertajuk Malaysia 370: What Happened? yang akan bersiaran pada 8 Mac ini.

Mereka percaya, pesawat berkenaan telah melakukan tiga lencongan selepas terputus hubungan dan bergerak menuju ke arah Antartika.

Pakar penerbangan, Malcolm Brenner, berkata kehilangan pesawat ini telah menarik perhatian dunia dan tidak pernah menyaksikan kejadian seumpama ini sepanjang kerjaya 40 tahunnya dalam penerbangan.

Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam, 8 Mac tahun lepas.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) Martin Dolan yang mengetuai misi pencarian pesawat ini berharap dan menjangka akan ada penemuan terbaru menjelang bulan Mei.

"Seperti yang saya sering katakan, kami tidak ada kepastian tentang apa-apa, cuma ada keyakinan bahawa ia akan ditemui suatu hari nanti,” katanya.

"Ia adalah perkara yang agak kompleks sekarang dan kita menjangka untuk mempunyai maklumat terkini tetapi kami tidak meletakkan harapan untuk mengesan bangkai pesawat", katanya dipetik Mirror.uk

SUMBER

IDRIS JUSOH BETUL, LIP DAN ONG TIDAK PATRIOTIK

APABILA Menteri Pendidikan kedua, DS Idris Jusoh menyatakan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia, ia mendapat respon kelam-kabut daripada pemimpin-pemimpin DAP. Mereka kata mereka hendak ketawa. Saya percaya ketawa mereka adalah ketawa politik, tetapi saya bimbang mereka akan ketawakan diri mereka sendiri.

Soalan pertama, adakah mereka guru, pelajar universiti atau pensyarah di IPTA? Adakah mereka terlibat dalam perkembangan dan transformasi sistem pendidikan negara? Ternyata mereka orang politik yang tidak boleh dipercayai sepenuhnya.

Dalam bidang perubatan, negara kita kini berjaya mengeluarkan lebih kurang 5,000 doktor perubatan setiap tahun (The Star). Doktor-doktor keluaran Univerviti Malaya (UM) danUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertebaran bukan sahaja di Singapura, Australia, Arab Saudi malah di United Kingdom. 

Dalam pada itu, doktor-doktor perubatan dari luar negara seperti Indonesia, Arab Saudi, Thailand, Burma, Vietname malah daripada Amerika dan United Kingdom menghantar doktor-doktor mereka untuk membuat attachment kerjasama dengan univerisiti-universiti di Malaysia dengan Institut Jantung Negara (IJN).

Dalam bidang-bidang yang lain seperti sejarah, pendidikan, ekonomi dan farmasi anda boleh perhatikan di univerisiti-universiti tempatan seperti UPM, USM, UKM dan UM dipenuhi pelajar-pelajar dari luar negara. Mereka tidak akan datang jika kualiti pendidikan negara tidak bertaraf dunia.

Setiap tahun, mereka (pelajar dalam dan luar negara) berlumba-lumba untuk memasuki IPTA malangnya tempat tidak mencukupi. Adakah ini bukan gambaran kepada kualiti pendidikan di negara kita?

Isu Sebenar Mereka Tidak Patriotik
Adakah pemimpin-pemimpin DAP belajar di dalam negara ketika di universiti? Rujukan saya mendapati Ong Kian Ming tidak pernah belajar di Universiti dalam negara, maka tidak hairanlah dia memiliki Patriotisme yang tipis kepada pendidikan negara?

Begitu juga Lim Lip Eng, jika dia hanya belajar di United Kingdom dan tidak pernah merasai pendidikan di Universiti dalam negara, maka tidaklah menghairankan Patriotismenya kepada pendidikan dalam negara amat tipis!

Sebab itulah sebelum kita melanjutkan pelajaran ke luar negara, kita perlu melalui persediaan-persediaan awal di Biro Tatanegara (BTN) untuk memantapkan Patriotisme kepada negara. BTN tidak melatih kita untuk taat kepada Kerajaan sebagaimana dogma segelintir pihak, tetapi BTN membuka minda kita supaya menghormati Kerajaan-Kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat sendiri. Yakni menghormati Kerajaan DAP di Pulau Pinang, menghormati Kerajaan PAS di Kelantan, Kerajaan PKR di Selangor dan Kerajaan Persekutuan. 

Semasa di BTN, kita akan diperkenalkan sejarah pendidikan negara, kenegaraan dan perkembangan sosioekonomi serta isu-isu semasa. Tujuannya sangat mudah, supaya cintakasih dan Patriotisme kepada negara akan bertambah kukuh. Apabila berada di luar negara kelak, tidaklah terpengaruh kepada agenda musuh seperti komunis, IS, pengganas, lgbt dan sebagainya.

Adakah Lim Lip Eng dan Ong Kian Ming pernah mengikuti perbincangan-perbincangan bersama BTN. Jika tidak pernah, maka YB Tian Chua lebih bagus daripada mereka.

Semasa saya berkhidmat dengan BTN dahulu, saya mendengar dengan teliti idea-idea YB Tian Chua mengemukakan ideanya mengenai kenegaraan semasa sesi meja bulat anjuran BTN (2010). Pada pagi itu, kenderaan Tian Chua mengalami kemalangan di Jalan Persekutuan, tetapi ianya tidak menghalang Tian Chua menghadirkan diri dalam sumbang-saran itu.

Perbezaannya, Tian Chua memahami kepentingan negara manakala Ong Kian Ming dan Lim Lip Eng hanya melihat kepentingan politik DAP sahaja. 

Apabila saya melawat beberapa sekolah dan universiti di negara Amerika Syarikat ini, maka secara jujur saya perhatikan pendidikan di negara kita ada banyak kelebihan dan pembaharuan yang lebih baik.

Insha Allah saya akan terus memberikan anda berita-berita terbaik untuk negara semasa lawatan-lawatan saya seterusnya antaranya akan ke Iowa UniversityHarvard University di Boston dan Washington University. Oleh kerana saya tidak mempunyai penajaan dari mana-mana pihak, ianya pasti akan mengambil masa, yang penting saya tidak akan berhenti membantu negara saya.

Salam hormat,

Philly, Penns, USA.
Febuari, 23, 2015.

*Bacaan ulangan anda di sini

Sumber: jentayuabaka.blogspot.com

22 February 2015

Panass!!..panass nenek di tangkap Khalwat Dengan Mat Bangla

Nenek khalwat bersama warga asing

Panass..panass!! seorang wanita berumur 58 tahun yang lazimnya sudah bergelar nenek, ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) selepas didapati berkhalwat dengan seorang lelaki Bangladesh dalam Ops Limau di Taman Ungku Tun Aminah.

Wanita itu mengakui hubungannya dengan lelaki warga asing berusia 30 tahun berkenaan sekadar kawan selepas disoal anggota dan pegawai penguatkuasa.

Namun, mengejutkan apabila dia mengakui mereka masuk bilik hotel berkenaan sekitar jam 11 pagi dan sudah melakukan seks meskipun pada mulanya, lelaki Bangladesh terbabit menafikan perkara itu.

Ketika diminta untuk memaklumkan kepada keluarga atau waris berhubung penahanan dan bagi proses jaminan, wajah wanita terbabit kelihatan sugul dan enggan berbuat demikian.

Mereka bagaimanapun memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah bagi proses dokumentasi sebelum ke Jaij untuk tindakan lanjut.