8 December 2013

Microsoft cipta baju dalam pintar

Washington: Pelbagai peranti pelbagai guna semakin mendapat tempat dalam pasaran barangan elektronik pengguna termasuk jam pintar yang diperkenalkan Samsung Galaxy Gear, Nike Fuel Band dan Google Glass. 

Malah, alat itu juga boleh mengawal corak pemakanan dengan menghantar isyarat kepada telefon pintar sekiranya pemakai terlebih makan. 

Terkini Microsoft turut menyertai saingan dengan membangunkan ‘smart bra’ atau ‘baju dalam pintar’ yang boleh mengukur keadaan emosi seseorang.



Baju dalam pintas berkenaan dipasang pengimbas yang mengukur kadar jantung dan pernafasan, keadaan kulit malah pergerakan si pemakainya. 

Semua data kemudian dihantar kepada aplikasi telefon mudah alih melalui Bluetooth. 

Dalam penyelidikan mereka, saintis Microsoft menerangkan bahawa baju dalam menjadi pilihan kerana ia membenarkan sensor atau alat pengimbas dekat dengan jantung. 

Ia dipasang pada pad penyerap yang akan berada di tengah-tengah bahagian dada pengguna, setiap satu di sebelah tulang rusuk mereka selain dalam cawan coli terbabit di bawah buah dada. 


Sistem memujuk 

Saintis kemudian dapat mengaitkan data masa sebenar dengan maklumat sejarah mengenai emosi corak pemakanan si pemakai dan menggerakkan penggera ke telefon mudah alih sebelum mereka mula makan dengan selesa. 

Reka bentuk coli terbabit didedahkan oleh sepasukan saintis dalam kertas penyelidikan mereka di Pusat Penyelidikan Microsoft bertajuk Food and Mood: Just-in-Time Support for Emotional Eating. 

Kajian terbabit memberi tumpuan kepada pembinaan satu sistem memujuk ketika makan dengan beremosi. 

Peserta diminta memakai sistem pengesan baju dalam terbabit dan melaporkan emosi mereka untuk 4-6 jam sehari sepanjang kira-kira empat hari. 

Saintis mengakui bahawa kajian itu membosankan kerana peserta perlu memakai prototaip yang perlu dicaj semula setiap 3-4 jam yang memerlukan mereka membuka baju dalam terbabit. 

“Berdasarkan keputusan, kami merumuskan bahawa sistem ini boleh dilaksanakan. 

“Bagaimanapun kami akan terus meneroka untuk membina sistem sebenar yang boleh menghadapi cabaran setiap hari tanpa menghadapi masalah bateri, keselesaan dan sesuai untuk lelaki dan wanita.” - AGENSI

Bantuan RM500 Kepada Setiap Keluarga Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bantuan kewangan RM500 diberikan kepada setiap keluarga yang terlibat dengan musibah banjir.
"Sebagai tanda keprihatinan kerajaan, saya faham bila kena banjir sebab saya ahli Parlimen (Pekan) kawasan yang selalu kena banjir. Saya tahu susah payah, penderitaan mereka.
"Sebagai tanda kasih dan prihatin kerajaan maka saya nak umumkan pembayaran RM500 kepada setiap keluarga yang terlibat banjir," katanya dalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Sabtu.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut menyarankan semua bank di negara ini untuk membenarkan mangsa-mangsa banjir menangguhkan sementara bayaran balik pinjaman mereka.
"Saya mengalu-alukan cadangan malah langkah pertama dan dibuat oleh Malayan Banking supaya (bayaran balik) hutang bank bagi mangsa banjir ditangguhkan sementara.
"Saya sebagai Menteri Kewangan sarankan semua bank mengikut langkah menangguhkan bayaran balik untuk sementara waktu," katanya.
Presiden Umno itu melahirkan rasa simpati kepada rakyat Malaysia yang berdepan dengan masalah banjir khususnya di negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung.
"Timbalan perdana menteri dah turun melawat dan sebagai pengerusi jawatankuasa banjir negara telah mengeluarkan arahan yang tegas kepada semua jabatan, agensi kerajaan bantu mangsa banjir dengan bersungguh-sungguh,"katanya.
Banjir yang melanda Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan membabitkan puluhan ribu mangsa terpaksa dipindahkan.
Perdana Menteri juga telah bergegas ke Pahang untuk meninjau lebih dekat masalah rakyat susulan banjir, selepas merasmikan Perhimpunan Agung Umno di sin iKhamis.-BERNAMA

5 December 2013

KAWASAN YANG TERLIBAT BANJIR DI BESUT

kawasan
)KG. LA
2)KG. SEBERANG LA
3)KG. KERUAK
4)KG. PENGKALAN NANGKA
5)KG. PADANG BALOH
6)KG. LAMPU
7)KG. RENEK
8)KG. JABI
9)KG. AMER HILIR
10)KG. AMER HULU
11)KG. GONG KEMUNTONG
12)KG. ALOR LINTAH
13)KG. AIR TAWAR
14)KG. BAHARU
15)KG. GONG SURAU
16)KG. PAROH / PADANG TAPONG
17)KG. PADANG LANDAK
18)KG. TEMBILA
19)KG. KUBANG IKAN
20)KG. ALOR KELADI
21)KG. ALUR SELISING
22)KG. PULAU RIBU
23)KG. GONG PASIR JABI
24)KG. PANCHOR
25)KG. MATA AIR
26)KG. TOK DOR
27)KG. DEREDAP
28)KG. DARAU/AWEK
29)KG. APAL
30)KG. CHEGAR BATANG/ GONG RESAM
31)JERTEH

TERKINI, PUSAT PEMINDAHAN YANG DIBUKA DI BESUT SEHINGGA PAGI TADI

Besut
Bil
Keterangan
Bil Mangsa
Bil Keluarga
Tarikh Kemaskini
1
BALAIRAYA KG RENEK
4
2
05-Dec-2013 04:08 AM
2
DEWAN SERBAGUNA KG PADANG BUAL
40
7
05-Dec-2013 04:09 AM
3
DEWAN SIVIK PASIR AKAR
10
2
05-Dec-2013 04:09 AM
4
SK LKTP TENANG
33
9
05-Dec-2013 04:09 AM
5
SURAU KAYU KELAT
6
2
05-Dec-2013 04:09 AM
6
SURAU KG BUKIT MALI
9
2
05-Dec-2013 04:09 AM
JUMLAH
102
24


4 December 2013

Terkini !! Senarai Pusat Pemindahan Yang Terlibat Banjir

Senarai Pusat Pemindahan Yang Terlibat Banjir sehingga jam 9.45pg tadi

HULU TERENGGANU

 DUNGUN

KEMAMAN
 

Maklumat Lanjut Sila Layari: http://etindakan.terengganu.gov.my/


Angkara Anak, Ibu bapa kena tangkap!!



Gambar Hiasan

BESUT - Polis menahan sepasang suami isteri dipercayai bersubahat dengan anaknya menjual air ketum di Kampung Lay Out Gerai Muda, dekat Jerteh, di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, pasangan suami isteri berusia 55 dan 52 tahun itu diberkas dalam serbuan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, kira-kira 8.30 pagi di rumahnya yang turut dijadikan tempat memperoses dan membungkus air ketum.

Menurutnya pasangan itu diberkas ketika berada di ruang tamu rumah mereka dan pemeriksaan lanjut polis menemui satu bungkusan plastik besar yang di dalamnya mengandungi 50 bungkus kecil air, dipercayai air ketum.

"Siasatan ke bahagian belakang rumah suspek pula, turut menemui satu guni lagi daun berwarna hijau seberat 15kg dipercayai daun ketum yang belum diproses", katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kamaruddin berkata, polis turut menemui 50 lagi bungkusan kecil air ketum di belakang rumah itu yang menjadikan keselurahan air ketum yang dirampas berjumlah 100 bungkus.   

Beliau berkata, siasatan mendapati daun ketum berkenaan dijual dengan harga RM25 sekilogram manakala sebungkus air ketum yang dirampas dijual dengan harga RM2.50 sebungkus.

Katanya, suspek utama yang terbabit memproses daun ketum tersebut adalah anak lelaki pasangan suami isteri berkenaan yang tiada di rumah ketika serbuan dijalankan.

Pasangan tersebut ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.


 - Bernama-

TARIF ELEKTRIK NAIK, RAKYAT TIDAK PUAS HATI

Harga naik: Ramai tak puas hati
UALA LUMPUR - Walaupun kerajaan sudah berusaha memberi alasan kenapa kadar tarif elektrik perlu dinaikkan awal bulan depan, banyak pihak masih tidak puas hati dengan tindakan itu.

Apakah perasaan pihak-pihak yang membantah itu, yang meliputi NGO dan pemerhati, boleh dipandang remeh atau diperlekehkan?

Daripada pengalaman lalu, apa yang mereka luahkan ada logiknya dan adalah sesuatu yang wajar sekiranya cadangan mereka diberi perhatian.

Perlu diingat, selepas PRU13 pada 5 Mei lalu, beberapa perubahan telah berlaku.

Yang paling awal dan tentunya yang paling menimbulkan keresahan banyak pihak adalah pemotongan subsidi yang menyebabkan RON95 naik 20 sen seliter.

Kenaikan harga petrol itu mempengaruhi peniaga dan pengusaha kenderaan dan lain-lain perkhidmatan segera menaikkan harga barang dan tambang atau meminta kenaikan setengah harga barang dan tambang dipertimbangkan.

Kenaikan harga gula tidak lama lepas itu memaksa banyak lagi peniaga dan pengusaha menaikkan harga barang dan caj perkhidmatan.

Ia tidak berhenti di situ sahaja. Keazaman kerajaan untuk menyuburkan ekonomi melihat penglibatannya dengan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dengan 11 negara, termasuk Amerika Syarikat (AS) dan penguatkuasa sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

TPP akan dibincangkan di taraf muktamat di Singapura pada 7 Disember ini, sementara GST sudah diumumkan perdana menteri akan dilaksanakan mulai April 2015.

Dengan rancangan itu yang dikhuatiri menambah beban rakyat, apakah mereka boleh dipersoalkan apabila bertanya kenapa harga barang dan caj perkhidmatan perlu dinaikkan?

Maka dengan apa yang berlaku, mereka boleh dimaafkan apabila menjadi bimbang dan meminta kerajaan kaji semua segala yang disusun ini.

Dalam kenaikan kadar tarif elektrik, banyak pihak meminta kerajaan mengkaji semula perjanjian dengan pengeluar tenaga persendirian (IPP) untuk pastikan tindakan yang diambil syarikat-syarikat gergasi yang tidak berpihak kepada pengguna digubal semula.

Apakah setengah NGO yang mewakili pengguna tidak wajar mempersoalkan slogan ‘Rakyat Didahulukan’ atau menyifatkan tindakan menaikkan kadar tarif yang akan membebankan ramai pengguna sebagai tamparan hebat kepada rakyat selepas PRU13?.

Sementara itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) bantah kenaikan kadar tarif elektrik yang diumumkan kerajaan, dengan mendakwa ia akan terus menekan rakyat golongan bawahan yang sudah pun terpaksa berdepan dengan kos sara hidup semakin tinggi.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pelaksanaan tarif baharu mulai 1 Januari 2014 itu tidak selari dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan’ yang sering dibawa oleh kerajaan BN.

Mereka memandang serius perlaksanaan kadar tarif elektrik baharu 15 peratus atau 4.99 sen per kilowatt jam seperti diumumkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kelmarin.

“Kami pandang serius kenaikan 14.9 peratus tarif elektrik. Ini satu tamparan besar kepada rakyat selepas PRU13.

“Ternyata slogan ‘Rakyat Didahulukan’ gah dicanangkan BN adalah pisau bermata dua,” katanya kepada media di lobi Parlimen, semalam.

Katanya, mereka mempersoalkan dengan pengurangan subsidi dalam banyak sektor masih tidak cukup untuk menampung sikap belanja tidak berhemah oleh kerajaan.

“Jika jawapannya ya, maka pihak kerajaan perlu bertanggungjawab. Jangan salahkan rakyat jika mereka mengelak cukai walhal pengkhianat sebenar boros berbelanja.

“AMK maklum kerajaan pernah uar-uarkan kajian terperinci akan dibuat berkaitan tarif elektrik ini. Maka dengan pengumuman kenaikan itu,  kami menggesa kerajaan dedahkan dapatan kajian itu kepada umum,” katanya.

Katanya, seorang timbalan menteri kewangan memberitahu Parlimen baru-baru ini, kadar tarif elektrik kekal berikutan kestabilan harga minyak dunia.

“Ia jelas bertentangan dengan kenyataan Datuk Seri Maximus Ongkili kadarnya dinaikkan sebagai rasionalisasi subsidi untuk kukuhkan kedudukan kewangan negara, selain kesan penyelarasan harga gas domestik, gas asli cecair, arang batu dan semakan tarif asas TNB,"katanya.

Sinar Harian