9 March 2014

Apa yang kita tahu dan tidak mengenai MH370!!

Penerbangan MH370 masih lagi hilang lebih 24 jam dengan 239 penumpang dalam pesawat, pihak berkuasa memperluaskan usaha mencari dan menyelamat ke seluruh Laut Cina Selatan dan termasuklah Selat Melaka.
Pesawat Malaysian Airlines (MAS) Boeing 777-200ER berlepas pada 12.40 pagi pada Sabtu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tetapi gagal tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Di bawah adalah apa yang kita tahu mengenai MH370:
* Penerbangan Malaysia Airlines terputus hubungan selepas berlepas dan lokasi terakhir yang diketahui adalah di luar Kota Baru.
* Tiada isyarat kecemasan atau tanda cuaca buruk.
* Penerbangan KL-Beijing membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.
* Dua penumpang dalam penerbangan menggunakan identiti palsu.
* Dua lagi penumpang mempunyai identiti yang tidak dapat disahkan.
* Juruterbang pesawat berpengalaman.
* Pesawat tersebut menjalani pemeriksaan 10 hari lalu.
* Pesawat tersebut akan kehabisan minyak sekitar jam 8 pagi pada Sabtu.
Apa yang kita tidak tahu mengenai MH370:
* Di mana pesawat tersebut hilang?
* Apa yang berlaku apabila pesawat tiba-tiba terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara?
* Mengapa transponder kecemasan tidak berfungsi?
* Adakah ia berada di perairan Malaysia atau di lokasi lain?
Berikut berita tidak disahkan yang boleh dikaitkan dengan MH370:
* Apakah kesan tumpahan minyak dan kepulan asap dikesan oleh tentera laut Vietnam?
* Perbualan dengan industri minyak berkata pekerja di pelantar minyak Talisman Energy sekitar Blok PM-3 CAA melihat sesuatu terhempas ke dalam laut.
* Adakah pasport yang dicuri dikaitkan dengan pengganas? – 9 Mac, 2014.

Dua penumpang Eropah dengan identiti meragukan dalam pesawat MH370??

Pasukan keselamatan yang bertugas di KLIA bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan terkawal sepanjang tempoh krisis mengenai kehilangan pesawat MH370. - Gambar The Malaysian Insider, 9 Mac, 2014.
Pihak berkuasa masih belum mengesahkan identiti dua orang lagi penumpang Eropah dalam penerbangan MH370 dan menambah dua lagi individu yang menggunakan pasport curi bagi mengikuti penerbangan dengan Malaysia Airlines (MAS) yang hilang di sempadan maritim Malaysia-Vietnam sejak pagi Sabtu.
The Malaysian Insider difahamkan keempat-empat individu berkenaan membeli tiket penerbangan dari China Southern Airlines, rakan kongsi kod MAS bagi laluan Kuala Lumpur- Beijing.
"Pemeriksaan latar belakang dengan kedutaan sedang dilakukan tetapi kedua-duanya masih belum disahkan," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider, sambil menambah mereka dari negara sama.
Wartawan The Daily Telegraph di Beijing, Malcolm Moore menulis di dalam laman mikro Twitter bahawa syarikat penerbangan China menjual tiket kepada penerbangan yang membawa 239 orang penumpang  termasuk 12 krew apabila ia hilang.
Lebih separuh daripada penumpang  atau lebih tepat lagi, 153 adalah warganegara China. Terdapat 13 warganegara lain dalam pesawat Boeing 777-200, termasuk 38 orang rakyat Malaysia.
Pihak berkuasa Malaysia memandang ringan individu yang didapati menaiki pesawat dengan pasport curi, dengan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata malam tadi, mereka tidak boleh mendedahkan terlalu banyak maklumat berhubung soal keselamatan.
"Kami melihat rakaman video televisyen litar tertutup berkaitan penumpang dan bagasi mereka."
"Setakat ini, kami berpuas hati dengan segala-galanya," kata Aziz sambil, menambah pihak berkuasa tidak menolak sebarang kemungkinan pada masa ini.
Ketua Pegawai eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya maklum terhadap spekulasi ke atas identiti suspek.
"Ini adalah laporan yang kita perlu buat. Setakat apa yang kita maklum, ia hanya satu laporan.
"Kami sedang berusaha dengan kedutaan asing untuk memastikan kita boleh mengesahkan laporan itu.
"Spekulasi bermula sejak pagi ini dan setiap spekulasi itu berjaya dipatahkan," kata beliau yang dipetik daripada portal Malaysiakini.
Pesawat Boeing 777-200 milik MAS berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi dan dijangka mendarat di Beijing pada jam 6:30 pagi iaitu perjalanan sejauh 3,700 km tetapi ia tidak tiba.
Pada masa kehilangan, pesawat berkenaan membawa kira-kira bekalan bahan api bagi perjalanan selama 7.5 jam, menurut kenyataan rasmi MAS.
MAS dianggap sebagai salah satu syarikat penerbangan paling selamat di dunia, dipandu juruterbang berpengalaman.
Berusia 53 tahun, Kapten Zaharie Ahmad Shah mempunyai 18,365 jumlah jam penerbangan dan menyertai MAS pada 1981.
Pembantu juruterbang, Fariq Ab.Hamid , 27, pula mempunyai jumlah penerbangan sebanyak 2,763 jam dan menyertai MAS pada 2007.
Pesawat berusia 11 tahun, B777 -200 ini adalah salah satu daripada 15 pesawat yang dimiliki MAS.
CNN melaporkan jika pesawat ini terhempas, ia akan menjadi satu tragedi dahsyat sejak November 2001 apabila kapal terbang milik syarikat penerbangan Amerika Syarikat, Airbus A300 terhempas di Belle Harbor, Queens, tidak lama selepas berlepas dari Lapangan Terbang JFK.  Ia mengorbankan 265 orang termasuk lima penduduk di daratan. – 9 Mac, 2014.
SUMBER

8 March 2014

MUTAKHIR Pesawat MAS ke Beijing dilapor hilang

Pesawat MAS ke Beijing dilapor hilang
KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini. 

Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak ka
pal. 

SEPANG: Laporan media yang mendakwa pesawat Malaysia Airlines terhempas ke dalam Laut China Selatan kira-kira 120 batu nautika dari Kota Bharu masih belum dapat disahkan.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kesahihan maklumat itu sedang disahkan oleh pihak Tentera Laut Diraja Malaysia dengan tentera laut Vietnam.

"Kita sedang tunggu pengesahan dari pihak tentera kita yang sekarang ini sedang menghubungi tentera laut Vietnam untuk mendapat pengesahan," katanya dalam sidang media.

Menurut Hishammuddin, maklumat itu juga tidak disahkan oleh Jabatan Penerbangan Awam dan Wisma Putra.

Sebuah akhbar Vietnam sebelum ini memetik kenyataan Laksama Tentera Laut negara itu yang mengatakan radar tentera mengesan lokasi terakhir penerbangan MH370 itu iaitu di kawasan perairannya sebelum ia dilaporkan hilang.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang mengirimkan kapal lautnya KM Segantang, KM Amanah and KM Langkawi ke kawasan terakhir pesawat Boeing 777-200 itu dikesan oleh radar namun tidak menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan pesawat berkenaan.

Astro AWANI juga difahamkan beberapa syarikat cari gali minyak yang beroperasi di kawasan berdekatan telah menyertai operasi mencari dan menyelamat yang digerakkan oleh pihak berkuasa Malaysia dengan kerjasama Vietnam dan China.

Dalam pada itu, Hishammuddin mengesahkan tidak menerima sebarang maklumat tentang penemuan sebarang bangkai pesawat di kawasan carian.

“Kita juga tidak menerima maklumat tentang pesawat yang dikaitkan dengan bom atau pengganas," katanya, merujuk kepada spekulasi yang tersebar di kalangan orang ramai.

“Walau bagaimanapun, kami sedang meninjau semua kemungkinan,” tambahnya.

Hishammuddin berkata Jabatan Penerbangan Awam akan menjadi pusat untuk mendapatkan maklumat dan sidang media akan diadakan setiap dua jam untuk member maklumat terkini kepada orang ramai.

Penerbangan MH370 itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara di Subang pada 2.40 pagi kira-kira dua jam selepas berlepas. Lebih 12 jam selepas kehilangannya, ia masih belum dapat dikesan.

Pesawat itu membawa 227 penumpang, dua daripadanya bayi dan 12 anak kapal. Ia berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.

Dalam pada itu, penganalisis bebas penerbangan Gerry Soejatman memberitahu AFP operasi mencari dan menyelamat perlu dilakukan dalam masa 24 jam.

"Kita tidak boleh membuat andaian tidak ada yang terselamat, dan sekiranya ada, adalah mustahak untuk menyelamatkan mereka dalam masa sehari atau peluang untuk hidup akan jadi semakin tipis," katanya yang ditemubual di Jakarta oleh agensi berita itu.

Tetapi sebelum itu operasi mencari harus mengenal pasti dengan tepat kawasan terlibat bagi memperkecilkan kawasan carian.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari Yahya berkata
pihaknya sudah menghubungi lebih kurang 80 peratus keluarga penumpang dan anak kapal penerbangan MH370.

Beliau juga memberitahu MAS akan menghantar pegawainya ke Beijing untuk memberikan sebarang bantuan yang diperlukan.

Ahmad Jauhari juga berkata kehilangan pesawat itu tidak menjejaskan operasti dan perkhidmatan syarikat penerbangan itu.

6 March 2014

Suspek rosakkan al-Quran berjaya ditahan di Besut

KUALA TERENGGANU: Polis berjaya menyelesaikan kes al-Quran dicampak di dalam masjid dan lubang tandas di Masjid Limbongan dan Masjid Nasaruddin Shah, Kampung Raja dengan tertangkapnya suspek lelaki berusia 27 tahun di Besut, jam 5 petang semalam. 

Perkara itu disahkan Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa. 


B.Harian

Sumber Gambar: FB


5 March 2014

Gempar!! Siapa punya angkar? Naskhah al-Quran Masjid Limbongan dirosakkan

Naskhah al-Quran Masjid Limbongan dirosakkan


BESUT - Penduduk gempar dengan insiden al-Quran dan Yasin di Masjid Limbongan serta Masjid Nasaruddin Shah dekat Kampung Raja, di sini, dicampak ke dalam mangkuk tandas, diselerakkan dan dibuang ke luar masjid, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria mengesahkan kejadian dan memaklumkan polis sedang menjalankan siasatan lanjut.

Menurutnya, kejadian di Masjid Limbongan yang jaraknya lima kilometer dari Masjid Nasaruddin Shah paling teruk apabila suspek bertindak membuang al-Quran di dalam lima mangkuk tandas lelaki, selain di atas singki dan beberapa tempat lain.

“Kejadian di Masjid Limbongan disedari anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang membuat rondaan di sekitar masjid itu pada jam 2.30 pagi semalam apabila mendapati sejumlah al-Quran berselerak di atas lantai depan tangga masjid.

"Sedangkan sebelum itu kira-kira jam 1 pagi, anggota terlibat ada meronda, namun tiada al-Quran di sekitar kawasan tersebut," katanya.

Menurut Kamaruddin, anggota terbabit turut mendapati beberapa al-Quran dibuang di dalam mangkuk tandas lelaki dan beberapa lokasi lain, termasuk diselerakkan di dalam masjid.

Kata beliau, penceroboh juga dipercayai memecahkan cermin pintu gelongsor bahagian dalam masjid untuk membuka pintu, malah terdapat kesan darah di lantai dipercayai akibat kecederaan dialami suspek ketika memecahkan cermin tersebut.

“Selepas memasuki ruang utama masjid, suspek dipercayai ambil al-Quran dan Yasin dan bertindak menyelerakkan dan buangnya, selain turut merosakkan dua kipas dinding yang terdapat di luar ruang utama masjid.

"Susulan itu, anggota SRS dan jawatankuasa masjid termasuk Adun Kota Putera, Mohd Mahdi Musa membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja," katanya.

Ceroboh dua masjid

Sementara itu, pada malam sama, Masjid Nasiruddin Shah (Masjid Kampung Raja) turut dicerobohi di mana suspek bertindak menyelerakkan dan membaling al-Quran di ruang utama masjid serta ruang solat jemaah perempuan.

Kamaruddin berkata, kejadian itu disedari bilal ketika datang ke masjid itu untuk menunaikan solat Subuh pagi semalam dan beliau tidak menolak kemungkinan kejadian di kedua-dua masjid tersebut dilakukan orang yang sama.

Menurutnya, motif kejadian belum diketahui dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan individu atau pihak terlibat sekali gus menangkap suspek terbabit.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu mencemarkan tempat solat dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, beliau menafikan kejadian sama turut berlaku di dua masjid lain iaitu Masjid Ulu Albab dan Masjid Hadhari Jertih.

Kata Kamaruddin, kejadian di Masjid Ulu Albab adalah kes kecurian membabitkan harta benda jemaah yang bersolat di masjid itu, malam kelmarin dan dipercayai dilakukan suspek berbeza.

Sebak lihat al-Quran berselerak

Seorang Ahli Jawatankuasa Masjid Limbongan, di sini, sebak sebaik sahaja melihat al-Quran yang sengaja dibuang ke dalam mangkuk tandas lelaki, selain ratusan lagi diselerakkan di dalam dan dibuang ke luar masjid.

Bendahari Masjid Limbongan, Che Rawi Rahim berkata, dia yang juga Pengerusi Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Limbongan terkejut apabila diberitahu mengenai kejadian kira-kira 2.30 pagi semalam.

Menurutnya, sebaik sampai di pekarangan masjid, dia mendapati terdapat al-Quran berada di atas jalan depan tangga masjid, serta lima al-Quran dalam mangkuk tandas lelaki, atas singki tandas dan tempat berwuduk.

“Ada al-Quran yang sengaja dibuka halamannya dan dimasukkan ke dalam mangkuk tandas. Sementara, sejumlah Yasin dibuang ke dalam tong sampah di depan tangga utama masjid, dalam kolah tempat berwuduk dan atas tanah,” katanya.

Menurut Che Rawi lagi, individu tidak bertanggungjawab dipercayai masuk terlebih dahulu ke dalam masjid selepas memecahkan cermin pintu bahagian dalam masjid, sebelum mengambil al-Quran dan Yasin untuk dibuang di sekeliling masjid.


Sinar harian Online

2 March 2014

Kejam !! Warga emas maut dijerut penjenayah

Tumpat: Seorang warga emas berusia 88 tahun ditemui mati dipercayai dijerut penjenayah dalam kejadian pecah rumah di Kampung Kutan Tengah, jam 3 pagi tadi.
Mayat Wan Mariam Wan Mahmud dikatakan ditemui oleh cucunya, Faizal Abdul Samad, 30, yang curiga apabila menerima panggilan tidak berjawab daripada telefon bimbit neneknya. 
Mayat dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk bedah siasat.
Mymetro