8 July 2013
PRK DUN KUALA BESUT: PAS SEMAKIN TERGUGAT
PELUANG PAS UNTUK MEMENANGI KEUSI DI DUN KUALA BESUT SEMAKIN TERGUGAT APABILA MENYALAHKAN SPR DALAM MENETAPKAN HARI PENGUNDI JATUH KEPADA HARI BEKERJA.
'Ketua Pemuda Umno Bahagian Besut, Mohd Mahdi Musa sebaliknya berkata, tarikh pengundian yang jatuh pada hari bekerja itu bukanlah masalah kerana ia bukan kali pertama berlaku dalam sejarah pilihan raya di negara kita'.
MEREKA JUGA MENDAKWA IA MENGHALANG 3,000 PENGUNDI MUDA DARI DUN KUALA BESUT DI LUAR TERENGGANU UNTUK BALIK MENGUNDI LAPOR SINAR HARIAN ONLINE
DUN KUALA BESUT MEMPUNYAI 17,683 PENGUNDI BERDAFTAR DAN DARIPADA JUMLAH ITU 55 % ADALAH TERDIRI DARI PENGUNDI BERUMUR 40 TAHUN DAN KEBAWAH.
7 July 2013
PRK: Usah biar kerajaan bersendirian, kata Idris
BESUT - Golongan guru disaran supaya memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut.
Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata ini bagi melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan yang banyak memperjuangkan kebajikan mereka.
"Tidak ada sebab guru membiarkan kerajaan bersendirian dan kini sampai masanya mereka membantu kerajaan untuk memastikan BN mengekalkan kerusi di Kuala Besut sebagai ucapan terima kasih mereka kepada kerajaan," katanya kepada pemberita semasa beramah mesra dengan penduduk Kampung Kemunting dekat Kuala Besut hari ini.
Sementara itu beliau yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil Kuala Besut berkata BN telah menetapkan slogan 'Kuala Besut Bertambah Biru' dengan menyasarkan peningkatan majoriti dari 2,434 undi kepada lebih 4,000 undi.
Tumpuan akan diberikan untuk mendampingi rakyat dari rumah ke rumah, katanya.
Idris mengingatkan pengundi di Kuala Besut agar menyedari bahawa pembangkang tidak mampu membawa kemakmuran kepada mereka. - Bernama
Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata ini bagi melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan yang banyak memperjuangkan kebajikan mereka.
"Tidak ada sebab guru membiarkan kerajaan bersendirian dan kini sampai masanya mereka membantu kerajaan untuk memastikan BN mengekalkan kerusi di Kuala Besut sebagai ucapan terima kasih mereka kepada kerajaan," katanya kepada pemberita semasa beramah mesra dengan penduduk Kampung Kemunting dekat Kuala Besut hari ini.
Sementara itu beliau yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil Kuala Besut berkata BN telah menetapkan slogan 'Kuala Besut Bertambah Biru' dengan menyasarkan peningkatan majoriti dari 2,434 undi kepada lebih 4,000 undi.
Tumpuan akan diberikan untuk mendampingi rakyat dari rumah ke rumah, katanya.
Idris mengingatkan pengundi di Kuala Besut agar menyedari bahawa pembangkang tidak mampu membawa kemakmuran kepada mereka. - Bernama
4 July 2013
2 July 2013
KERUSI DUN KUALA BESUT MILIK BN
Umno Bahagian Besut yakin pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut akan menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi lapor Sinar Harian. Pengerusi Biro Penerangan Umno Bahagian itu, Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman berkata ini kerana pengundi melihat kerajaan BN menunaikan janji yang dibuat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) melalui projek pembangunan yang sedang dilaksanakan kerajaan terutama untuk golongan nelayan di kawasan itu.
Pilihan raya kecil Dun Kuala Besut akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Dr A. Rahman Mokhtar, 55, pada Selasa lepas akibat kanser paru-paru.
Wan Zakaria berkata sepanjang tempoh Allahyarham Dr A Rahman menjadi wakil rakyat di kawasan itu, banyak projek pembangunan yang telah dilaksanakan dan masih banyak lagi sedang dibangun dan dalam perancangan.
"Pengundi di Dun Kuala Besut, menaruh harapan besar BN kekal di kawasan itu kerana masih banyak projek pembangunan untuk golongan nelayan termasuk di Pulau Perhentian akan dilaksanakan kerajaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Wan Zakaria yang pernah menjadi wakil rakyat kawasan itu selama tiga penggal berkata, pertandingan merebut kerusi Dun Kuala Besut dijangka menarik kerana ia pilihan raya kecil pertama selepas PRU13 Mei lalu dan berdasarkan pengalamannya beliau yakin peluang BN untuk mempertahankan kerusi itu adalah cerah.
PR USAH BERMIMPI DISIANG HARI
Muhyiddin kepalai jentera BN di PRK Kuala Besut- Sinar Harian Online
Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya Raya di Dun Kuala Besut bagi mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya kecil kelak.
Perkara itu disahkan sendiri oleh beliau kepada pemberita, hari ini.
Menurut Muhyiddin, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah memaklumkan kepada beliau berhubung perkara itu sebelum berangkat ke luar negara.
"Kita (BN) sudah sedia untuk menghadapi PRK itu, PM pun telah putuskan dengan melantik saya untuk mengepalai jentera BN di Kuala Besut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing tanpa izin di bangunan Parlimen, di sini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita tentang persediaan BN bagi menghadapi PRK Dun Kuala Besut ekoran kematian penyandangnya, Datuk A.Rahman Mokhtar, Rabu lalu.
Dalam pada itu, jelas Muhyiddin, beliau akan dibantu oleh Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya Dun itu bagi mempertahankan kerusi berkenaan.
"Saya harap dengan bantuan beliau (Datuk Idris Jusoh), BN boleh menang dan kekal di sana," jelasnya
Tambah Muhyiddin, berdasarkan kekuatan dan pengalaman Idris sebagai bekas Menteri Besar Terengganu, beliau mampu menyumbang kemenangan besar kepada BN pada pilihan raya itu nanti.
PRK DUN KUALA BESUT: PKR BUAT ONAR LAGI, AKAN BERTANDING CALON BEBAS JIKA PAS TIDAK BERI LALUAN
Bekas Ketua Perhubungan Negeri PKR Terengganu, Mohd Padeli Jusoh sedia bertanding atas tiket Bebas sekiranya Pas sebagai rakan dalam PR tidak memberi laluan kepada PKR untuk meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Besut yang kini kosong, LAPOR SINAR HARIAN ONLINE.
Beliau dalam satu kenyataannya kepada Sinar Harian berkata, kerusi Dun Kuala Besut yang kini kosong berikutan kematian wakil rakyatnya sepatutnya menjadi milik PKR untuk menggantikan tiga kerusi Dun, masing-masing Kota Putera, Bukit Besi dan Seberang Takir yang difahamkan diambil Pas pada PRU13.
Beliau berkata, kali ini Pas seharusnya memberi laluan kepada PKR untuk meletakkan calonnya berikutan dalam PRU13 baru-baru ini PKR telah memberi laluan kepada Pas biarpun tiga kerusi Dun berkenaan telah diperuntukkan kepada PKR.
"Jadi tiada sebab kenapa Pas tidak boleh beri laluan kepada kita untuk hanya satu Dun sahaja,” katanya.
Mohd Padeli berkata, sudah sampai masanya Pas membuat keputusan sebagai satu pasukan dalam PR, dan bukannya membuat keputusan sendiri seperti yang berlaku pada PRU13 di Terengganu baru-baru ini.
Katanya, sebagai rakan dalam PR, Pas seharusnya bersikap lebih setiakawan dan sanggup berkorban demi kejayaan rakan lain dalam PR.
“Walaupun PKR Terengganu merupakan organisasi yang kecil dalam PR berbanding Pas, namun impak dan peranannya cukup relevan dalam menjayakan agenda PR di negeri Terengganu.
"Jika pandangan ini tidak diterima atau dipandang sepi oleh pemimpin PR, mungkin saya akan bertanding di situ sebagai calon Bebas,” kata Padeli lagi yang merupakan ahli PKR cabang Dungun.
1 July 2013
PR BEREBUT KERUSI DI DUN KUALA BESUT
'KAH KAH NAK TERGELAK ADMIN BILA DAPAT TAHU PR BEREBUT KERUSI DI DUN KUALA BESUT. PADA PRU 13 YANG LALY PR MELETAKAN 2 CALON PR NYA DI DUN KOTA PUTERA. PAS PUN BERTANDING PKR PUN NAK BERTANDING. JANGAN DUN KUALA BESUT PUN JADI MACAM TU. BEREBUT KERUSI, INGAT DUN KUALA BESUT HANYA SOKON BN SAHAJA. PAS DAN PKR TAK PAYAH BERANGAN-ANGAN NAK MENJADI DUN KUALA BESUT MILIK MEREKA. PENGALAMAN PRU 1999 MEMBUATKAN PENGUNDI DI KUALA BESUT SERIK DENGAN KERENAH PEMBANGKANG. PENGUNDI DI DUN KUALA BESUT LEBIH CERDIK DAN PR TIDAK PAYAH MENIPU PENGUNDI'
-Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, PKR mempunyai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan tersebut yang sebelum ini ditandingi calon Pas, Napisah Ismail-
-Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, PKR mempunyai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan tersebut yang sebelum ini ditandingi calon Pas, Napisah Ismail-
“Saya yakin Pas akan pertimbangkan calon daripada PKR. Bagi memperbaiki kedudukan di Terengganu, adalah baik Pas beri pertimbangan calon PKR di situ,” katanya.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali semalam berkata, kerusi Kuala Besut pernah dimenangi oleh PKR pada tahun 1999.
Arwah Dr A rahaman menang pada pru 13 .menang dengan kelebihan undi sebanyak 2434 mengalahkan napisah ismail dari pas.
HIDUP UMNO, HIDUP BN
Pastikan DUN KUALA BESUT KEKAL MILIK BN
Labels:
BN,
KENAPA PRK KUALA BESUT,
PAS,
PKR,
PR
Subscribe to:
Comments (Atom)


.jpg)