2 July 2013

KERUSI DUN KUALA BESUT MILIK BN

Umno Bahagian Besut yakin pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut akan menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi lapor Sinar Harian. Pengerusi Biro Penerangan Umno Bahagian itu, Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman berkata ini kerana pengundi melihat kerajaan BN menunaikan janji yang dibuat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) melalui projek pembangunan yang sedang dilaksanakan kerajaan terutama untuk golongan nelayan di kawasan itu.

Pilihan raya kecil Dun Kuala Besut akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Dr A. Rahman Mokhtar, 55, pada Selasa lepas akibat kanser paru-paru.
Wan Zakaria berkata sepanjang tempoh Allahyarham Dr A Rahman menjadi wakil rakyat di kawasan itu, banyak projek pembangunan yang telah dilaksanakan dan masih banyak lagi sedang dibangun dan dalam perancangan.
"Pengundi di Dun Kuala Besut, menaruh harapan besar BN kekal di kawasan itu kerana masih banyak projek pembangunan untuk golongan nelayan termasuk di Pulau Perhentian akan dilaksanakan kerajaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Wan Zakaria yang pernah menjadi wakil rakyat kawasan itu selama tiga penggal berkata, pertandingan merebut kerusi Dun Kuala Besut dijangka menarik kerana ia pilihan raya kecil pertama selepas PRU13 Mei lalu dan berdasarkan pengalamannya beliau yakin peluang BN untuk mempertahankan kerusi itu adalah cerah.
PR USAH BERMIMPI DISIANG HARI

Muhyiddin kepalai jentera BN di PRK Kuala Besut- Sinar Harian Online

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya Raya di Dun Kuala Besut bagi mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya kecil kelak.


Perkara itu disahkan sendiri oleh beliau kepada pemberita, hari ini.

Menurut Muhyiddin, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah memaklumkan kepada beliau berhubung perkara itu sebelum berangkat ke luar negara.  

"Kita (BN) sudah sedia untuk menghadapi PRK itu, PM pun telah putuskan dengan melantik saya untuk mengepalai jentera BN di Kuala Besut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing tanpa izin di bangunan Parlimen, di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita tentang persediaan BN bagi menghadapi PRK Dun Kuala Besut ekoran kematian penyandangnya, Datuk A.Rahman Mokhtar, Rabu lalu.

Dalam pada itu, jelas Muhyiddin, beliau akan dibantu oleh Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya Dun itu bagi mempertahankan kerusi berkenaan.

"Saya harap dengan bantuan beliau (Datuk Idris Jusoh), BN boleh menang dan kekal di sana," jelasnya

Tambah Muhyiddin, berdasarkan kekuatan dan pengalaman Idris sebagai bekas Menteri Besar Terengganu, beliau mampu menyumbang kemenangan besar kepada BN pada pilihan raya itu nanti.

PRK DUN KUALA BESUT: PKR BUAT ONAR LAGI, AKAN BERTANDING CALON BEBAS JIKA PAS TIDAK BERI LALUAN

Bekas Ketua Perhubungan Negeri PKR Terengganu, Mohd Padeli Jusoh sedia bertanding atas tiket Bebas sekiranya Pas sebagai rakan dalam PR tidak memberi laluan kepada PKR untuk meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Besut yang kini kosong, LAPOR SINAR HARIAN ONLINE.

Beliau dalam satu kenyataannya kepada Sinar Harian berkata, kerusi Dun Kuala Besut yang kini kosong berikutan kematian wakil rakyatnya sepatutnya menjadi milik PKR untuk menggantikan tiga kerusi Dun, masing-masing Kota Putera, Bukit Besi dan Seberang Takir yang difahamkan diambil Pas pada PRU13.

Beliau berkata, kali ini Pas seharusnya memberi laluan kepada PKR untuk meletakkan calonnya berikutan dalam PRU13 baru-baru ini PKR telah memberi laluan kepada Pas biarpun tiga kerusi Dun berkenaan telah diperuntukkan kepada PKR.

"Jadi tiada sebab kenapa Pas tidak boleh beri laluan kepada kita untuk hanya satu Dun sahaja,” katanya.

Mohd Padeli berkata, sudah sampai masanya Pas membuat keputusan sebagai satu pasukan dalam PR, dan bukannya membuat keputusan sendiri seperti yang berlaku pada PRU13 di Terengganu baru-baru ini.

Katanya, sebagai rakan dalam PR, Pas seharusnya bersikap lebih setiakawan dan sanggup berkorban demi kejayaan rakan lain dalam PR.

“Walaupun PKR Terengganu merupakan organisasi yang kecil dalam PR berbanding Pas, namun impak dan peranannya cukup relevan dalam menjayakan agenda PR di negeri Terengganu.

"Jika pandangan ini tidak diterima atau dipandang sepi oleh pemimpin PR, mungkin saya akan bertanding di situ sebagai calon Bebas,” kata Padeli lagi yang merupakan ahli PKR cabang Dungun.

1 July 2013

PR BEREBUT KERUSI DI DUN KUALA BESUT

'KAH KAH NAK TERGELAK ADMIN BILA DAPAT TAHU PR BEREBUT KERUSI DI DUN KUALA BESUT. PADA PRU 13 YANG LALY PR MELETAKAN 2 CALON PR NYA  DI DUN KOTA PUTERA. PAS PUN BERTANDING PKR PUN NAK BERTANDING. JANGAN DUN KUALA BESUT PUN JADI MACAM TU. BEREBUT KERUSI, INGAT DUN KUALA BESUT HANYA SOKON BN SAHAJA. PAS DAN PKR TAK PAYAH BERANGAN-ANGAN NAK MENJADI DUN KUALA BESUT MILIK MEREKA. PENGALAMAN PRU 1999 MEMBUATKAN PENGUNDI DI KUALA BESUT SERIK DENGAN KERENAH PEMBANGKANG. PENGUNDI DI DUN KUALA BESUT LEBIH CERDIK DAN PR TIDAK PAYAH MENIPU PENGUNDI'

-Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, PKR mempunyai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan tersebut yang sebelum ini ditandingi calon Pas, Napisah Ismail-

“Saya yakin Pas akan pertimbangkan calon daripada PKR. Bagi memperbaiki kedudukan di Terengganu, adalah baik Pas beri pertimbangan calon PKR di situ,” katanya.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali semalam berkata, kerusi Kuala Besut pernah dimenangi oleh PKR pada tahun 1999.

Arwah Dr A rahaman menang pada pru 13 .menang dengan kelebihan undi sebanyak 2434 mengalahkan napisah ismail dari pas.

HIDUP UMNO, HIDUP BN

Pastikan DUN KUALA BESUT KEKAL MILIK BN

30 June 2013

KENAPA PRK KUALA BESUT PENTING?

KENAPA PRK KUALA BESUT PENTING? bagi pr dan umno

1. Ia melibatkan risiko kehilangan kuasa pentadbiran di negeri Terengganu
2. DUN Kuala Besut adalah Kubu Kuat UMNO Terengganu
3. PR  mahu menawan semula kerusi berkenaan kerana kerusi itu pernah dimenangi oleh PKR pada 1999\
4. Jika PR Menang Sultan berkuasa menen tukan siapa kerajaan Negeri Terengganu
5. Pilihanraya Kecil Pertama Selepas PRU 13

dan lagi.....

DSIJ Calon BN DUN Kuala Besut?




DSIJ Calon BN DUN Kuala Besut?bukan sesuatu yang pelik atau tidak mustahil. Ini adalah bagi mengekalkan DUN Kuala Besut yang sangat penting bagi UMNO Terengganu. Apa pun kita tunggu pengumuman calon oleh BN nanti. Admin amat mengalu-alukan jika DSIJ diletakan sebagai calon PRK Kuala Besut. Hidup DSIJ, Hidup UMNo, Hidup BN.

Umno Kelantan pastikan BN kekal di Kuala Besut

KOTA BHARU - Umno Kelantan akan membantu Umno Terengganu dalam memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut, Terengganukekal di tangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dun itu nanti.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata beliau telah mengarahkan Umno Bahagian Pasir Puteh, yang merupakan daerah jiran, supaya segera turun padang membantu jentera pilihan raya BN di Dun itu.

"Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh Zawawi Othman yang merupakan Adun Semerak adalah bekas guru di Kuala Besut dan beliau ada pengaruh di situ dan saya sudah minta Umno bahagian itu untuk segera membantu.

"Dun Kuala Besut ini merupakan `anak angkat' saya, sudah tentu saya mahukan Kuala Besut ini terus kekal dipertahankan BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung kali pertama Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Cawangan Kelantan di sini, hari ini.

Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Dr A. Rahman Mokhtar, 55, pada Selasa lepas akibat kanser paru-paru.

Allahyarham merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri. Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Allahyarham mempertahankan kerusi Dun itu dengan mengalahkan calon Pas Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Sementara itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berjanji akan menyelesaikan masalah petani Kelantan yang mendakwa tidak mendapat pelbagai bantuan termasuk subsidi seperti yang dibangkitkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini.

Pada persidangan itu, beberapa penyokong kerajaan negeri mendakwa petani di beberapa jajahan negeri itu tidak menerima beberapa peruntukan termasuk subsidi padi.

Berikutan itu, petani berkenaan didakwa akan memboikot musim baru penanaman padi dan juga akan menyekat pengaliran air yang melalui sawah mereka. - Bernama