29 January 2012

5 Tuntutan Utama Semakan Semua Gaji SBPA Kakitangan Awam

CUEPACS MENUNTUT 5 UNTUK KAKITANGAN AWAM

  1. mengkaji semula pindahan gaji bagi gred 54 dan ke bawah
  2. mengekalkan kedudukan kekananan yang ada dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum bertukar kepada SBPA
  3. mengkaji semula kedudukan gaji kakitangan awam yang sudah lama mencapai tahap gaji maksimum
  4. mengkaji semula kenaikan gaji kakitangan awam antara tujuh dan 13 peratus
  5. semak kembali penstrukturan semula di semua peringkat gred

19 January 2012

12 January 2012

Kes Liwat, Segera Failkan Rayuan

Bapa Mohd. Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim, 58, merayu supaya pihak Peguam Negara segera mengemukakan rayuan selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat anaknya, kelmarin.

Pada masa sama, Azlan dalam satu sidang media di kediamannya hari ini mengecam keras kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan agar Peguam Negara tidak perlu memfailkan rayuan terhadap kes membabitkan anaknya itu.
Azlan berkata, walaupun beliau sekeluarga dapat menerima keputusan tersebut tetapi itu tidak bermakna hak keadilan bagi Mohd. Saiful perlu dinafikan kerana di dalam sistem perundangan negara, anaknya itu masih berhak mengemukakan rayuan sehingga peringkat mahkamah tertinggi.

‘‘(Oleh itu) Demi anak saya, saya merayu agar pihak Peguam Negara memfailkan rayuan. Diharap pihak peguam Negara tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan.
‘‘Sebagai bapa saya akan terus bersama anak saya dan berjuang untuk memastikan aduan anak saya ini mendapatkan pengadilan seadil-adilnya bagi mengembalikan nama, maruah dan juga seluruh keluarga saya,’’ katanya di kediamannya di Bandar Utama, dekat sini hari ini.

Sidang media hari ini dibuat rentetan daripada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Moh. Saiful kerana tidak cukup bukti.
Menyentuh lebih lanjut gesaan Majlis Peguam tersebut, Azlan sekali lagi membidas saranan itu kerana menurutnya ia dilihat sebagai langkah menidakkan hak seseorang warganegara untuk diadili dan didengar rayuannya sehingga ke peringkat tertinggi menurut Perlembagaan Persekutuan.
‘‘Mengapa Majlis Peguam selama ini tidak pernah membantah tertuduh dalam kes itu yang mengikut rekod telah mengemukakan penangguhan perbicaraan sebanyak 36 kali? Ini baru pertama kali pihak kami mengemukakan rayuan. Itu pun sudah mahu dihalang.

‘‘Mengapa ada pilih kasih? Adakah disebabkan anak saya hanya seorang insan kerdil, bukan orang kenamaan, ahli politik maka haknya dinafikan begitu sahaja?’’ soalnya.
Beliau berkata, Majlis Peguam dalam kes tersebut seharusnya bersifat neutral dengan tidak menghalang proses keadilan dilaksanakan.

Satu lagi persoalan, katanya, adakah gesaan itu melambangkan pendirian semua peguam di Malaysia atau hanya mewakili pendirian individu-individu tertentu yang ada kepentingan politik?

Menjawab satu soalan, Azlan berkata, beliau dan keluarganya akan menunggu perkembangan dalam tempoh dua minggu untuk melihat perkembangan rayuan bagi pihak Mohd. Saiful sebelum pihaknya mengumumkan tindakan selanjutnya.

‘‘Kita perlu mengambil langkah demi langkah dan tidak boleh tergesa-gesa. Jika sebelum ini kita boleh menunggu empat tahun, mengapa kita tidak boleh menunggu selama satu atau dua minggu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebagaimana dinyatakan Mohd. Saiful dalam laman blog peribadinya, anaknya itu berada dalam keadaan sihat dan dapat menerima keputusan mahkamah tersebut dengan tenang.

“Mohd. Saiful masih bekerja di Kuala Lumpur, hidup tetap perlu diteruskan, kita dapat terima dengan tenang, kita amat profesional, memang keluarga kami hanya orang biasa tetapi kita terima dengan tenang,” katanya.

Katanya, beliau serta ahli keluarga yang lain akan terus menyokong Mohd. Saiful dan berdasarkan respons daripada orang ramai serta kawan-kawan, banyak yang turut bersimpati di atas keputusan kes tersebut.

Utusan Malaysia

4 January 2012

MASIHKAH KAU INGAT BAHAGIAN 3

Masihkah kau ingat dengan pemerintahan PAS di Terenganu sewaktu diberi peluang dahulu? Bukan setakat janji tinggal janji, malah dah lupa diri, nak buat itu, nak buat ini..last-last ape yang org terengganu dapat? kerjaan BN juga yang mereka mintak tolong...saya tak nak cakap banyaklah..cuma korang semua baca dan tengok sendiri lah apa yg PAS buat dulu..Masihkah kau ingat?...



Menghalau Kanak-kanak TABIKA...Insan yang masih kecil dan tidak tahu apa Itu POLITIK!


Duit Punya pasal!

dan banyak lagi...tunggu episod masihkah kau ingat seterusnya...Serik Doh Weh

MALAYSIAKINI MOHON MAAF KEPADA TAIB MAHMUD





Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini menarik balik saman fitnah terhadap Malaysiakini setelah portal berita tersebut memohon maaf secara terbuka di Mahkmah Tinggi, di sini.

Abdul taib memfailkan saman tersebut pada 2007 setelah portal berita itu menyiarkan 12 artikel dari 6 April hingga 3 Mei 2007 yang didakwa mengandungi perkataan fitnah terhadap beliau menurut utusan.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menarik balik saman fitnah yang difailkannya ke atas Malaysiakini lima tahun lalu selepas mencapai penyelesaian luar mahkamah.


Penyelesaian itu membabitkan pengakuan Malaysiakini bahawa Biro Percukaian Serantau Tokyo telah menarik balik dakwaan bahawa sogokan dibuat oleh syarikat-syarikat perkapalan Jepun kepada syarikat pesisir Hong Kong, Regent Star, yang dikatakan ada kaitan dengan keluarga Taib.


Taib menarik balik samannya tanpa sebarang tuntutan ganti rugi atau kos daripada Malaysiakini selepas kenyataan itu dibacakan secara terbuka di mahkamah.

Hakim Datuk Rozilah Yop, yang mendengar kes itu, merekodkan penyelesaian berkenaan dengan tidak membuat sebarang perintah untuk kos. Beliau juga membatalkan tarikh perbicaraan yang  ditetapkan sebelum ini.

Selain, Fahri, Malaysiakini juga diwakili peguam K Shanmuga manakala Robert Lazar bertindak bagi pihak Taib.

Penasihat undang-undang Sarawak JC Foong, yang juga hadir di mahkamah, berkata beliau bertindak sebagai peguam pemerhati kerajaan negeri Sarawak.



Sumber: Utusan Malaysia, Malaysiakini

3 January 2012

BANJIR DI TERENGGANU SEMAKIN PULIH

Bajir di Terengganu semakin pulih sehingga petang ini dengan hanya 1 pusat pemindahan dibuka iaitu di Surau Kg Nyatuh Setiu dengan hanya 64 orang mangsa melibatkan 12 keluarga. Kawasan banjir yang terlibat adalah di Kg Nyatuh Setiu. Sementara menurut Portal  banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu jalan yang ditutup adalah di kilometer 3.0 Jalan Pantai Sura (Teluk Lipat) Dungun dan masih tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan.

2 January 2012

BANJIR DI TERENGGANU

Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, sebanyak 7  pusat pemindahan banjir dibuka.
mangsa banjir yang dipindahkan di Terengganu setakat 8.27 pagi tadi sebanyak 558 orang telah dipindahkan.

Besut, Surau Kayu Kelat  sebanyak 71 mangsa di pindahkan melibatkan 19 keluarga, Surau Asrama PERKAYA sebanyak 203 melibatkan 45 keluarga, manakala di Balai Serbaguna Pengkalan Kubur, Tembila sebanyak 17 mangsa dipindahkan melibatkan 3 keluarga dan Sek.Keb. Bukit Tempurung, sebanyak 141 mangsa melibatkan 31 keluarga.

Setiu, Masjid guntung Luar sebanyak 73 mangsa dipindahkan melibatkan 23 buah keluarga,Sek.Keb.Kg Besut sebanyak 39 mangsa melibatkan 5 keluarga dan Dewan Sivik Desa Jaya sebanyak 14 Orang mangsa di pindahkan melibatkan 4 keluarga.