Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan mulai 1 April depan dilihat dapat menangani golongan pengelak cukai tegar daripada terus lari daripada tanggungjawab mereka membayar cukai.
Hakikatnya kelak, hasil pelaksanaan GST pada kadar enam peratus bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan itu bakal memberi manfaat besar kepada rakyat dan negara.
Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Datuk Sharifuddin Musa berkata menerusi GST kerajaan dapat memantau syarikat-syarikat berdaftar untuk memastikan mereka membayar cukai ditetapkan.
"Misalnya sebelum ini kalau ada 10,000 peniaga yang sepatutnya membayar cukai mungkin hanya sebahagian bayar selebihnya akan lari daripada tanggungjawab itu," katanya kepada kepada Bernama di sini hari ini.
Pengerusi Biro Profesional Pemuda Umno Shahril Hamdan berkata pelaksanaan GST dilihat dapat mendisiplinkan pengelak cukai untuk melaksanakan tanggungjawab mereka membayar cukai.
"Apabila kerajaan melaksanakan GST, ia bertujuan memanfaatkan kembali rakyat dan bukannya membebankan, cukai yang dikumpul digunakan untuk tujuan pembangunan demi keselesaan mereka.
"Pelaksanaan itu juga dapat membantu kerajaan mengurangkan golongan yang liat membayar cukai kerana mereka sentiasa dipantau dari semasa ke semasa," katanya.
Setakat 12 Januari lepas sebanyak 310,000 syarikat telah berdaftar untuk GST, mengatasi jumlah sasaran awal 150,00 syarikat.
Beliau menyifatkan tindakan pembangkang yang cuba mempengaruhi pemikiran rakyat sebagai tidak bertanggungjawab kerana cuba menghalang kerajaan menggunakan hasil kutipan cukai untuk disalurkan kembali kepada rakyat.
"Mereka (pembangkang) dilihat cuba memberitahu rakyat bahawa GST itu membebankan sehingga menyebabkan sesetengah pihak liat untuk membayar cukai.
"Tindakan itu sebenarnya hanya untuk mencapai hasrat politik mereka dan bukannya bertujuan untuk pembangunan negara, sebab itu wujudnya golongan enggan membayar cukai," katanya.
Sementara itu Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata GST dilihat lebih telus serta terancang.
Selepas ini, katanya kerajaan lebih mudah untuk mengesan peniaga yang selama ini tidak mendaftarkan syarikat mereka sebagai pembayar cukai.
"Sebab itu banyak negara mengamalkan GST kerana ia lebih memudahkan dan memastikan sistem percukaian dipungut dengan efisyen serta teratur, hasil itu kemudiannya dipulangkan semula kepada rakyat," katanya.
Bagaimanapun, kerajaan perlu bersedia sepenuhnya daripada aspek penguatkuasaan bagi memastikan peniaga tidak memanipulasi GST sebagai satu kaedah untuk menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya.
"Itu yang dibimbangkan rakyat sebenarnya setakat ini belum nampak lagi penekanan terhadap perkara itu," katanya.
Sementara itu, Anggota Lembaga Pemegang Amanah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Muhammad Shaani Abdullah berpendapat rakyat khususnya golongan pengguna akan kerugian sekiranya GST tidak dilaksanakan mengikut tarikh ditetapkan.
"Sistem percukaian baharu ini menjanjikan kutipan cukai lebih efisyen oleh kerajaan sekali gus dapat meningkatkan pendapatan negara yang mana ia boleh digunakan untuk projek pembangunan dan sudah tentu lebih ramai golongan berpendapatan rendah dapat dibantu," katanya.
Justeru, beliau menegaskan pengguna perlu memahami GST melalui perspektif lebih meluas serta tidak hanya fokus kepada fenomena kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
- Bernama-
16 January 2015
PRESDEN PAS,HADI TIDAK DI CALONKAN?
Menurut Sinar Harian Online
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berpendapat, Pas perlu berjalan seiring dengan perubahan zaman dan parti itu memerlukan seorang pemimpin yang mampu membawa Pas terus ke hadapan.
Beliau berkata, seorang Presiden parti perlu mampu menjalinkan hubungan lebih baik dengan parti komponen serta berusaha meredakan ketegangan yang wujud.
“Kalau nak mereformasi Pas supaya sesuai dengan tuntutan zaman dan mengambil kira kedudukan Nik Aziz yang sudah berusia serta tidak begitu sihat, saya fikir memang cadangan itu baik asalkan Abdul Hadi itu ikhlas untuk berundur.
“Seorang Presiden itu harus seorang yang lebih dinamik, lebih maju pemikirannya dan dapat menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan parti komponen yang lain untuk meredakan ketegangan yang wujud sekarang,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.
Mengulas lanjut beliau berpandangan kerusi itu dijangka bakal diganti dengan golongan ulama yang lebih arif dengan perjuangan sebenar Pas.
Ketika ditanya dakwaan yang menyebut Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu sebagai pengganti Abdul Hadi, Dr Jeniri berkata, Mat Sabu dilihat sebagai pengimbang dalam Pas.
“Memang ada puak yang suka kepada pemimpin lain (bukan Abdul Hadi). Sebagai contoh, Mat Sabu itu dilihat sebagai pemimpin dan pengimbang antara dua kuasa itu dalam Pas sekarang
“...Walaupun tidak dinafikan ada puak yang tidak suka Mat Sabu. Jadi, itu bergantung pada sokongan di pihak tertinggi Pas sama ada mereka menyokong atau tidak,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Datuk Abdul Halim Sidek berkata, sebarang rasa tidak puas hati sepatutnya disalurkan melalui mesyuarat parti.
“Kalau Pemuda Pas tak setuju, dia perlu bawa kembali perkara itu kepada mesyuarat majlis tertinggi Pas, buat mesyuarat khas. Sama ada mereka sokong kenyataan Pemuda itu atau tidak.
“Abdul Hadi dipilih melalui mesyuarat agung secara demokrasi. Ikut mana-mana peraturan organisasi pun, seseorang yang dilantik secara demokrasi melalui pemilihan ramai kalau nak diturunkan perlu melalui mesyuarat agung kembali.
“Kecuali mereka mahu menggunakan cara politik. Paksa Abdul Hadi dan beliau menarik diri. Kalau dia tarik diri serta meletak jawatan,” katanya.
Sebelum ini, bekas Exco Pemuda Pas, Zulhazmi Sharif dalam laman Facebooknya mencadangkan agar Abdul Hadi tidak dicalonkan sebagai Presiden pada pemilihan parti 2015-2017, yang akan berlangsung pertengahan tahun ini, sebaliknya lebih layak memegang jawatan Mursyidul Am Pas menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang
uzur.
Bekas Exco Pemuda Pas: Sinar Harian Online 11 Januari 2015
Bekas Exco Pemuda Pas Pusat mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dicalonkan sebagai Presiden pada pemilihan parti 2015-2017 yang akan berlangsung pertengahan tahun ini, sebaliknya lebih layak memegang jawatan Mursyidul Am Pas menggantikan Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat yang uzur.
Zulhazmi Shariff yang juga calon Ketua Pemuda Pas pada muktamar 2013 berkata, ini kerana Abdul Hadi menganggotai Majlis Syura Ulama yang merupakan badan tertinggi parti dan tidak wajar pada masa sama bertanding jawatan lebih rendah (presiden) bagi mengelak berlaku pertindihan kepentingan ketika menjalankan tugas.
“Saya cadangkan Abdul Hadi melepaskan jawatan Presiden dan mengambil alih tugas Nik Aziz yang dilihat semakin uzur.
"Ketokohan dan ilmu yang ada pada Abdul Hadi dan diiktiraf dunia sehingga dimartabatkan sebagai Naib Ketua Ulama Dunia, melayakkan beliau dilantik sebagai Mursyidul Am Pas,” katanya.
Kenyataan terbuka Zulhazmi itu turut dimuat naik di Facebook miliknya dan mengundang pelbagai reaksi.
Selain Abdul Hadi, nama lain yang dicadangkan untuk tidak dicalonkan dalam pemilihan kepimpinan termasuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat turut disenaraikan.
Zulhazmi berkata, kesemua yang disenaraikan itu memegang jawatan dalam institusi paling tinggi parti iaitu Majlis Syura Ulama dan mereka tidak wajar mempunyai apa-apa jawatan lain di peringkat lebih rendah.
“Majlis Syura adalah institusi tertinggi berperanan memantau Pas supaya tidak tergelincir dari landasan perjuangan serta dasar parti iaitu Islam. Ia juga merupakan institusi tertinggi yang bertindak memutuskan sebarang rayuan tatatertib ahli parti,” katanya.
Menurutnya, keadilan dalam Islam bukan sekadar ungkapan tetapi perlu dipraktikkan.
“Sebarang pertindihan kepentingan, pertindihan kuasa yang boleh menimbulkan keraguan dan fitnah hendaklah dielakkan lebih awal,” katanya.
Sehubungan itu juga, Zulhazmi mencadangkan Pas kawasan di seluruh negeri tidak mencalonkan nama-nama disenaraikan itu untuk sebarang jawatan dan sekiranya dicalonkan, disarankan mereka menolak pencalonan.
15 January 2015
TEORI RAFIZI MAKAN DIRI
Harga minyak dah turun bermula 1 Januari yang lalu.
Lepas tu....untuk turun harga barang, harga minyak kena turun baru harga barang turun...sekaraang ada turun ka harga barang?mungkin ini rafizi boleh jawab kot.
Subscribe to:
Posts (Atom)