26 July 2013

Cerita selepas PRK: Abe Nor VS Damia Izara

damia
Trend membuat cabaran hebat-hebat di facebook yang bermula dengan nama Johari Pain dulu kembali.

Kali ini seorang pengguna FB dengan nama Damia Izara pula membuat janji untuk bogel keliling Kuala Besut andai Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya kecil (PRK) di sana.
Well…semua dah tahu bahawa BN bukan sahaja menang, tetapi majoriti juga bertambah.
Jadi persoalannya apakah Damia akan berbogel sekarang? Atau seperti biasa status seperti itu cuma untuk publisiti murahan.
Sebelum itu, penulis nak mintak la…kalau Damia ni memang seorang awek yang cun..oklah… Kuala Besut akan kembali meriah dan sewa rumah serta hotel akan meningkat lebih mahal lagi berbanding masa PRK menjelang hari Damia mahu berarak bogel.
Namun, kalau Damia ini akaun palsu milik Ah Beng cybertrooper DAP… takpelah… janji Ah Beng tidak perlu ditunaikan! Mahu ramai yang terbatal puasa pasal muntah hijau nanti.
** Dengar kata ada sorang nama Zul Nas pun buat cabaran yang sama….takpelah…kalau yang dah sah jantan…tak perlu ulas lanjut.
Sesiapa nak tengok 'Orang gila' berbogel keliling Kuala Besut jom lha, bukan dipaksa dah memang kehendak orang gila.
Contohi Abe Nor yang semangat kental dan Sokong BN dan sanggup bernazar jika BN menang di Kuala Besut yang mahu berjalan kaki dari dataran Kuala Besut ke Putrajaya. Abe Nor pernah mencatat sejarah berjalan kaki mengelilingi Terengganu pada suatu ketika dulu.

ikuti cerita mengenai Abe Nor
“SAYA bernazar kerana sokongan saya terhadap Barisan Nasional dan Perdana Menteri Malaysia. Berjalan kaki bukan perkara yang mudah dan memerlukan stamina yang tinggi tapi saya telah bersedia, saya yakin saya mampu berjalan dari Dataran Kuala Besut ke Putra Jaya dalam masa beberapa hari”
Demikian kata-kata Mohd Noor Bin Mat yang telah bernazar sekiranya BN memenangi pilihanraya kacil dun Kuala Besut pada 24 Julai ini, beliau akan berjalan kaki dari Dataran Kuala Besut ke Putra Jaya seterusnya menyimpan niat untuk bertemu muka dengan Perdana Menteri.
Kini beliau sedang giat berlatih bagi menghadapi perjalanan lebih kurang  563km itu. Setiap petang beliau akan “berjalan itik” sejauh lebih kurang 2km  bagi memantapkan stamina.
“Saya  bukan nak cari penyakit kerana Dun Kuala Besut adalah kubu kuat Barisan Nasional dan kemungkinan besar akan memenangi pilihanraya ini tapi saya tekad untuk  berjalan kerana cinta saya pada parti”
Menurut Mohd Noor lagi,jika Barisan Nasional memenangi Dun Kuala Besut  beliau akan mula berjalan selepas hari raya nanti. Sehingga kini  telah ada  individu yang menaja beberapa helai baju dan sepasang kasut.
“Sebenarnya saya memerlukan sepasang pakaian sehari dan sepasang kasut sehari,ini kerana kasut ini biasanya akan rosak teruk selepas berjalan sejauh itu”
Mohd Noor mengatakan beliau berkemungkinan akan berjalan sejauh 100km sehari dari jam 7.30 pagi sehingga 7 .00 malam bergantung kepada cuaca. Beliau hanya akan berhenti solat dan makan seketika.
abenoor

No comments:

Post a Comment