26 February 2014

Calon MCA tak bantu BN menang?

BN dijangka berdepan kekalahan lebih besar dengan keputusan meletakkan calon MCA untuk melawan calon PKR di Dun Kajang pada PRK Dun Kajang pada 23 Mac ini.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pas Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mendakwa, berdasarkan perkembangan politik semasa, lebih-lebih lagi jumlah kaum Melayu mendahului kaum lain di kawasan tersebut.

“Dengan meletakkan calon MCA, kekalahan lebih besar akan berlaku di pihak BN,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak meramalkan sebarang kemenangan di pihak BN jika parti itu mahu mengubah keputusan dengan meletakkan calon Umno di kerusi tersebut, tetapi menegaskan bahawa MCA tidak banyak membantu kemenangan BN.

Pada masa sama, beliau turut menganggap calon adalah isu parti masing-masing dan menyerahkan perkara tersebut kepada BN untuk menentukan pilihan yang tepat sebelum penamaan calon 11 Mac ini.

BN sebelum ini mengumumkan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon yang akan bertanding menentang calon PKR iaitu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang.

Dalam kenyataan sebelum ini, MCA turut mengingatkan pelbagai pihak agar tidak memandang rendah keupayaan parti itu merampas semula kerusi Dun Kajang.

Dalam perkembangan sama, Syed Azman yang juga Adun Batu Burok menjelaskan bahawa Pas akan memberi kerjasama penuh kepada mana-mana calon yang diketengahkan PKR di kerusi terbabit.

Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap calon PKR untuk terus mempertahankan kerusi N25 Kajang di samping berharap PRK kali ini berjalan lancar.

“Kita juga berharap supaya tiada sebarang bentuk kekecohan berlaku sepanjang tempoh kempen pilihan raya berlangsung,” katanya.

Sinar

25 February 2014

BR1M bukan rasuah: Jamil Khir


Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan adalah untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah dan bukannya satu bentuk rasuah. 

Beliau berkata, isu rasuah dan tidak mematuhi syariah Islam tidak sepatutnya timbul kerana hasrat kerajaan memberi bantuan itu terlebih dulu dibentang dan diperbahaskan di Parlimen untuk mendapatkan kelulusan bagi Bajet 2014. 


“Sepatutnya orang yang arif dan waras tidak perlu menimbulkan isu ini. Sebelum BR1M dibentangkan dalam bajet pada Oktober lalu, ia dibincang, diperdebat, diperbahaskan dan kemudian dimuktamadkan di Parlimen. 


“Maknanya semua yang diberi ini bukan tiba-tiba muncul, tapi diberikan melalui pendekatan pembentangan bajet. Apabila pembentangan bajet diluluskan di Parlimen, maka tidak timbul soal rasuah untuk pancing undi atau tidak ikut syariah,” katanya. 

Tak suka usaha kerajaan 

Jamil Khir berkata, pihak yang mendakwa pemberian BR1M adalah rasuah, boleh diibaratkan seolah-olah tidak menyukai usaha kerajaan membantu rakyat dengan meringankan beban golongan berpendapatan rendah. 

“BR1M kali ini adalah BR1M 3.0, maknanya sudah kali ketiga kita (kerajaan) bagi. Takkan rasuah pula sebab saban tahun kita bagi. Kalau rasuah tidak macam ini. Hal seperti ini dilahirkan oleh orang yang kecewa dengan usaha kerajaan untuk menolong rakyat. Dia suka kalau boleh kerajaan tidak tolong orang,” katanya. 

BERNAMA

Taib Mahmud Yang di-Pertua Negeri baharu




Taib akan terima watikah pelantikan  Jumaat ini
Kuching: Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, bagi menerima watikah pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri baharu pada Jumaat ini.

Ketua Menteri Sarawak itu menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng yang tamat tempoh kontrak perkhidmatannya. 


Sumber memberitahu BH, majlis dijangka berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur secara tertutup pada sebelah petang dan hanya disaksikan beberapa kenamaan dari Sarawak, termasuk Ketua Menteri yang baharu, Tan Sri Adenan Satem.

Berita Harian Online

23 February 2014

Telur tiruan daripada tumbuhan


Telur tiruan daripada tumbuhan


San Francisco: Sejenis telur tiruan diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan bakal menembusi pasaran global selepas firma Amerika Syarikat (AS) yang dibiayai lelaki terkaya di Asia mendedahkan perkara itu.

Ia bakal menggantikan telur dalam semua termasuk pembuatan kek hingga mayonis tanpa memerlukan seekor ayam untuk menghasilkan pengeluarannya. 


Produk keluaran Hampton Creek itu sudah dijual di Whole Foods di California dan kini firma yang dibiayai oleh lelaki terkaya Asia, Li Ka-shing serta pengasas bersama Yahoo, Jerry Yang, merancang untuk menembusi pasaran dunia. 


Perjanjian dengan 500 syarikat

Malah syarikat terbabit dikatakan sudah menandatangani perjanjian kerjasama dengan 500 syarikat termasuk pengeluar dan peruncit makanan terbesar dunia.

“Teknologi membolehkan semua untuk mendapat lebih banyak pilihan untuk masa depan bersama yang lebih baik,” katanya.

“Untuk memenuhi semua permintaan penduduk dunia yang semakin bertambah, kita perlu lebih efisyen, lebih mesra alam sekitar dan lebih berkualiti serta banyak pilihan. 
Ketua pegawai eksekutif, Hampton Creek dan pengasas, Josh Tetrick berkata, kita hidup ketika pilihan tidak sihat adalah murah dan mudah, manakala pilihan sihat adalah mahal dan sukar.

“Sasaran kami sentiasa untuk membina sebuah syarikat yang menghasilkan makanan sihat dan mudah didapati kepada sesiapa saja.

“Menyelesaikan masalah itu bermakna menyelesaikan masalah kebanyakan orang ramai bukan hanya mereka yang mampu untuk membayar AS$5.99 bagi telur organik,” katanya.

Idea Tetrick adalah untuk mencari campuran tumbuh-tumbuhan yang senang tumbuh, apabila dicampur bersama dengan betul, meniru rasa, nilai khasiat dan kegunaan memasak bagi sebiji telur.


AGENSI

19 February 2014

Tiada lagi khutbah Jumaat? apa tindakan PAS di Penang?

Tiada lagi khutbah Jumaat?
GEORGETOWN - Satu laporan polis dibuat berikutan wujudnya khabar angin melalui sebuah laman blog mengenai penguatkuasaan larangan khutbah solat Jumaat di negeri ini.

Laporan berkenaan dibuat Pas dan DAP di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Timur Laut, semalam.

Ketua Pemuda DAP Bukit Bendera, Mohd Hariszuan Jaharuddin berkata, laporan
berkenaan dibuat terhadap blog Negara Pakatan Rakyat yang didakwa sengaja menimbulkan api perkauman dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

Menurutnya, kesemua maklumat dan fakta di dalam blog berkenaan adalah salah.

“Kami tidak mahu orang ramai mula bergaduh hanya disebabkan khabar angin yang tidak benar ini dan diibaratkan memang sengaja mahu mewujudkan kemarahan orang Islam.

“Malah kami mahu individu yang berkenaan bertanggungjawab atas apa yang sudah dilakukannya dengan cuba berkongsi maklumat salah melalui blog,” katanya.

Beliau berkata, blog berkenaan dijumpai pada Isnin lalu.

Melalui blog berkenaan, penulis memaklumkan kerajaan negeri Pulau Pinang mempertimbangkan dengan serius cadangan untuk menghapuskan terus khutbah Jumaat di negeri ini.

Sementara itu, Pengerusi Perkasa Balik Pulau, Mohd Rizuad Mohd Azudin akan bersama ahlinya ke Komtar untuk bertemu dengan Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim bagi mendapatkan penjelasan mengenai hal berkenaan esok (19 Februari).

Abdul Malik kemudiannya ketika dihubungi menyelar tindakan tidak bertanggungjawab individu yang cuba menabur fitnah berkenaan.

“Sebenarnya saya tidak mahu komen kerana jika dilayan fitnah yang tidak masuk akal ini, kita hanya menjadi orang yang tidak siuman, negara komunis pun tidak pernah menutup masjid, apatah lagi kita hendak melarang khutbah Jumaat,” katanya.


Sinar Harian

18 February 2014

Lelaki ugut sebar gambar aib bekas isteri


Gambar Hiasan
Kuala Lumpur: Akibat dendam terhadap bakal suami bekas isterinya, seorang lelaki mengugut menyebarkan gambar bogel bekas isterinya jika wanita itu meneruskan niatnya untuk berkahwin dengan suami baru, kelmarin.
Difahamkan, mangsa berusia 36 tahun itu bercerai dengan bekas suaminya dua tahun lalu sebelum keluarganya mencarikan jodoh baru untuk wanita berkenaan dua bulan lalu.
Bagaimanapun, bekas suami mangsa yang tidak menyukai pilihan keluarga wanita itu menyebabkan dia mengugut menyebarkan gambar bogel mangsa di Internet sekiranya meneruskan perkahwinannya dijadualkan berlangsung Mei depan.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Shida berkata, dia berpisah dengan bekas suaminya berikutan sikap panas barannya dan selepas bercerai, dia tidak menghubungi lelaki itu.
“Namun, tiba-tiba bekas suami menghubungi saya kelmarin dan menyatakan niatnya untuk berjumpa.
Meskipun saya terkejut menerima panggilan itu, saya tetap berjumpa dengannya kerana dia menyatakan ada hal penting untuk dibincangkan.
“Ketika perjumpaan itu, bekas suami menunjukkan satu gambar bogel saya yang dipercayai dirakam ketika kami sah sebagai suami isteri dan dia meminta saya membatalkan perkahwinan dengan bakal suami dengan dakwaan bakal suami saya kaki perempuan,” katanya.
Beliau berkata, apabila dia menyatakan tidak mampu untuk membatalkan perkahwinan berikutan bakal suami pilihan keluarga, bekas suaminya naik angin dan mula mengugut menyebarkan gambar bogelnya.
Katanya, lelaki itu turut mengugut akan memukul dan membunuhnya jika enggan menurut perintahnya itu.
Bagi mengelak lelaki itu bertindak agresif, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan.
mymetro

12 February 2014

KERAJAAN AKAN BAGI DUIT KEPADA RAKYAT 23 FEBRUARI INI!!

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemohon pada 22 Februari ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menerusi laman Facebooknya hari ini, Najib berkata, bagi pemohon yang tiada akaun bank atau tidak sempat mengemaskini maklumat perbankan mereka, bayaran BR1M akan dibuat secara berperingkat bermula 23 Februari.

Pendaftaran permohonan BR1M bagi pemohon baharu ditutup pada 31 Januari lepas, sementara bagi penerima sebelum ini mereka hanya perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

Dalam pembentangan Bajet 2014 yang diumumkam Najib pada Oktober lepas, isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang layak akan menerima bantuan BR1M sebanyak RM650, sementara individu bujang yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan akan menerima bantuan RM300.

Sejumlah RM4.6 bilion diperuntukkan kerajaan bagi melaksanakan bantuan itu yang bakal dinikmati hampir 7.9 juta rakyat Malaysia. - BERNAMA


10 February 2014

Gara-gara engan cukur jambang Polis di Pecat

Gambar Hiasan
Kaherah: Menteri Dalam Negeri sementara Mesir Muhammad Ibrahim dilaporkan mengarahkan pemecatan 10 anggota polis negara itu kerana enggan mencukur jambang masing-masing.
Styesen televisyen kerajaan melaporkan, Ibrahim membuat ketetapan itu berdasarkan keputusan Majlis Tertinggi Kepolisian Mesir.

Menurutnya, tindakan ke atas 10 anggota polis it dibuat mengikut klausa dalam peraturan polis yang melarang anggotanya berjambang dan berjanggut kerana didakwa mencemarkan kewibawaan pasukan berkenaan.
Menurut peraturan itu, seorang anggota polis tidak dibenar memelihara janggut kerana akan mencemarkan kewibawaan mereka.

Anggota polis berkenaan tidak menghiraukan teguran dan surat amaran yang dikeluarkan kepada mereka menyebabkan Kementerian Dalam Negeri mengambil keputusan untuk memecat mereka.

Semakin ramai anggota polis Mesir memelihara janggut sejak Revolusi 25 Januari 2011 yang menumbangkan kerajaan Hosni Mubarak.
Tindakan mereka memelihara janggut bagaimanapun tidak diendahkan ketika pemerintahan kerajaan Presiden Muhammad Mursi.

Bagaimanapun, Mursi digulingkan dalam rampasan kuasa tentera tahun lalu dan kini berdepan dengan pelbagai tuduhan jenayah. - Agensi

5 February 2014

19 gunung berbahaya

Jakarta: Pihak berkuasa Indonesia semalam meningkatkan status 19 lagi gunung berapi di negara itu ke tahap berjaga-jaga.
Langkah itu dibuat susulan letusan Gunung Sinabung di Sumatera Utara yang meragut 16 nyawa Sabtu lalu.
Selain 19 tambahan terbaru, tiga lagi gunung berapi sudah diletakkan pada tahap berjaga-jaga tertinggi sejak tahun lalu. Ia termasuk Lakon dan Karangetang di Sulawesi Utara serta Rokatenda di Nusa Tenggara Timur.
Bagaimanapun, Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB) yang meningkatkan status 19 gunung berapi itu belum mengarahkan penduduk yang tinggal berhampiran berpindah. Sembilan belas gunung berapi berkenaan ialah Kelud, Ijen, Bromo, Semeru dan Raung di Jawa Timur; Lewotobi Perempuan di Nusa Tenggara Timur; Ibu, Gamkonora, Dukono dan Gamalama di Maluku Utara; Soputan di Sulawesi Utara; Sangeang Api in Nusa Barat; Papandayan di Jawa Barat; Dieng di Jawa Tengah; Seulewah Agam di Aceh; Talang dan Marapi in Sumatera Barat; Anak Krakatau di Banten dan Kerinci di Jambi.
Indonesia ialah antara negara paling aktif mengalami gegaran gempa di dunia kerana terletak di lingkaran gunung berapi Pasifik. Sembilan belas gunung berapi itu antara kira-kira 127 gunung berapi yang aktif di negara berkenaan.

Gunung Sinabung meletus beberapa kali sejak September lalu.
Foto
PEGAWAI Pusat Pembangunan Penyelidikan dan Teknologi Gunung Berapi (BPPTK) melepaskan quadcopter bagi memantau aktiviti Gunung Sinabung di perkampungan Sibintun, Karo, Sumatera Utara semalam.
Sabtu lalu, sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan tiga lagi cedera parah selepas terkena asap daripada kepulan abu dan gas gunung berapi yang dihamburkan Sinabung.
Sebelum ini, 31 penduduk mati akibat pelbagai penyakit seperti kemurungan, asma dan hipertensi, berkait dengan aktiviti gunung itu. Petugas penyelamat semalam terpaksa menghentikan operasi mencari dan menyelamat ekoran bimbang kemungkinan Sinabung meletus lagi. - Agensi

Banyaknya Ular di Terengganu

Banyaknya ular di Terengganu rupanya. Apakah Faktor yang menyebabkan ular berkeliaran sedemikain?

Laporan Sinar Harian
Terengganu catat tangkapan ular paling tinggi

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Terengganu mencatatkan jumlah keseluruhan tangkapan ular pelbagai spesies sebanyak 6,664 ekor sepanjang tahun lalu sekali gus menjadi negeri tertinggi menangkap reptilia itu.

Pengarahnya, Mejar Che Adam Abdullah berkata, jumlah tangkapan ular tahun lalu juga meningkat berbanding tempoh sama pada 2012 iaitu sebanyak 4,680.

Menurutnya, jenis yang paling banyak ditemui adalah daripada jenis sawa batik, sawa tikus, tedung selar, senduk dan khatam tebu.

“Jumlah tangkapan JPAM Terengganu merupakan paling tinggi dalam negara. Kesemua tangkapan (ular) itu akan dihantar ke Ibu Pejabat JPAM Negeri Terengganu di Gong Badak sebelum diserahkan kepada Perhilitan untuk tindakan seterusnya," katanya.

Beliau dalam pada itu meminta kerjasama daripada orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri apabila berhadapan dengan pelbagai jenis haiwan berbisa sehingga perkara itu dimaklumkan kepada JPAM.

Katanya, pihak JPAM akan sampai ke kawasan kejadian untuk apa-apa kes dalam radius 10 kilometer di bawah 30 minit selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai melalui talian kecemasan yang disediakan.

“Pengadu diminta menunggu kedatangan anggota JPAM walaupun binatang berbisa berkenaan berada di kediaman mereka atau di mana sahaja bagi mengelak perkara tidak diingini menimpa mereka,” katanya.

Sementara itu, JPAM Terengganu menerima sebanyak 2,914 kes aduan bagi memusnahkan sarang tebuan dan lebah sepanjang tahun lalu berbanding hanya 1,893 aduan pada 2012.

Pelarasan kadar baharu tarif insurans membebankan?

Bank Negara Malaysia (BNM) telah meluluskan pelarasan kadar baharu tarif insurans kenderaan untuk tahun ini, dengan anggaran peningkatan sekitar RM2 hingga RM23.

Kadar baharu itu akan berkuatkuasa 15 Februari ini.

 

4 February 2014

Awas makan dari China


Industri kotor China
DAGING tikus dikatakan daging kambing, produk tenusu dicampur bahan kimia berbahaya, buah dan sayur mengandungi bahan pengawet dan toksin serta ‘minyak longkang’ kitar semula digunakan untuk memasak antara isu keselamatan makanan di China.

Minggu lalu, negara terbabit sekali lagi terpalit skandal terbaharu apabila peruncit terbesar dunia Walmart mengeluarkan arahan akan mengetatkan pemeriksaan terhadap pembekal produk makanan China selepas terpaksa menarik semula daging keldai dipercayai mengandungi daging musang.

Menurut syarikat berpangkalan di Arkansas, Amerika Syarikat itu, pihaknya juga akan mengubah peraturan di China bagi memastikan penghantaran daging diperiksa dan didokumenkan lebih terperinci sebelum dipasarkan.

Penarikan semula dibuat selepas Pentadbiran Makanan dan Dadah Shandong memaklumkan, produk daging keldai dengan lima rempah mengandungi daging musang.

“Antara keperluan diperlukan termasuk menyediakan label kandungan produk, laporan ujian makmal ke atas makanan dan permit pengilang,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Selain itu, vendor juga perlu mengesahkan produk dikeluarkan adalah organik atau mempunyai kebaikan kepada kesihatan pengguna.

Penyelidik makanan dan farmaseutikal peraturan keselamatan China, Profesor Mao menyifatkan penghasilan makanan di negara itu kini telah menjadi skala lebih besar dan lebih berteknologi.

Namun, masalah timbul apabila penggunaan teknologi canggih digunakan untuk menipu penyediaan makanan dan pengguna.

Sinar Harian Online

ANUAR TERSENARAI DALAM 6 TOKOH PEMBOHONG DUNIA VERSI INDONESIA




6. Anwar Ibrahim

Sosok pria mantan Wakil Perdana Menteri Malaysia ini pernah dicapot dari  jabatannya akibat kasus sodomi dan korupsi. Mantan narapidana ini justeru pantas dikenali kerana kelicikannya membohongi setiap orang Malaysia bagi melindungi kasus-kasus peribadinya itu. Antaranya yang paling diingati orang Malaysia adalah kasus pembohongan 16 September 2008 yang mana Anwar mengklaim sejumlah 80 ahli parlimen pemerintah akan menyertai front opposisi bagi membentuk sebuah pemerintahan baru.  Terkini Anwar akan mengikuti sebuah kontestan pemilihan wakil bagian Kajang dalam propinsi Selangor dalam ambisinya menjadi Menteri Besar (persis Gabenor Wilayah). Dalam pemilihan umum 2013 lalu Anwar ternyata masih gagal mengumpul sokongan untuk menjadi Perdana Menteri.  

Sosok pria yang rakus kuasa ini ternyata amat menyukai kaum sejenisnya terutama pria-pria ganteng. Selain itu beliau turut terkait dengan beberapa hubungan terlarang termasuk dengan isteri pejabatnya Azmin Ali dan juga pekerja seks komersial (PSK) dari negara China. 

Kelmarin dulu beliau terusir dari negara Jepang lantaran enggan menuruti aturan aparat imigrasi di negara sakura tersebut. Puterinya; Nurul Izzah kini turut tersandung dengan kasus penceraian dengan suaminya terkait kasus cemburu kerana suaminya itu berselingkuh dengan perempuan lain. Dalam masa terhampir, Anwar akan menghadapi sekali lagi kasus sodominya dengan mantan asistannya; Azlan Bukhari. Kasus ini akan terus menghantui serta menamatkan karier politiknya sebelum beliau mati...Baca lagi

Banyaknya kes jenayah di Besut!

Banyaknya kes jenayah di Besut, terbaru Seorang anak tergamak mengugut menyembelih ibu sendiri menggunakan pedang.

Apa nak jadi di Besut, dari kes sekecil-kecil sampai kes yang berat semua ada. Siapa nak di Persalahkan  ni? Polis, Pengerusi JKKK, UMNO, BN?atau salah kita sendiri?

Kita kena buka mata dan berpakat dalam menangani kes ini. Jangan hanya letak beban di pihak Polis sahaja. Bial berlaku kes jenayah, apakat-pakatlah bersama menangani. Wahai Masyarakat Besut yang prihatin.

Ayuh kita bersama-sama membantu mengurangkan kadar kes jenayah di bumi Besut tercinta ini.

Hebatnya Bidin boleh tukar sampah jadi duit

Hebatnya Bidin, seorang warga emas yang tinggal di di Marang. walaupun orang memandang jijik, namun siapa sangka dengan 'ilmu' yang dimilikinya, beliau memapu menukar sampah menjadi wang.


Bidin tukar sampah jadi duit

Biarpun jijik pada mata orang, tidak bernilai pada pandangan ramai, namun bagi Bidin Bota, 68, sampah ibarat emas yang tersembunyi dalam lumpur.

Kata warga emas ini, di mana ada sampah, di situlah sumber rezekinya untuk menyara keluarga.

Sejak lima tahun lalu, Bidin mengutip tin, kertas dan barangan lusuh bagi menambah pendapatan untuk keselesaan isteri, Fatimah Ibrahim, 50 dan empat anaknya termasuk seorang masih bersekolah.

Katanya, dorongan untuk menjual barangan terbuang tercetus apabila dia berhenti kerja sebagai tukang kebun di sebuah sekolah.

"Selepas berhenti kerja, saya buntu memikirkan bagaimana untuk menampung perbelanjaan keluarga.

"Hati saya lebih sedih apabila doktor mengesahkan saya mengalami masalah tulang lutut dan tidak boleh melakukan kerja berat," katanya.

Walaupun menerima bantuan bulanan JKM sebanyak RM200, namun dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, jumlah itu tidak cukup buat mereka sekeluarga.

"Saya mula terfikir untuk menjual barangan terbuang apabila melihat pembeli barangan itu sentiasa melalui jalan utama berhampiran rumah.

"Sejak itu saya mula menyelongkar sampah, mencari barangan yang boleh saya jual untuk mendapatkan wang," katanya.

Dengan kerja itu, Bidin berjaya mendapat RM300 sebulan.

"Dengan hasil jualan sampah ditambah dengan bantuan JKM, cukuplah untuk kami hidup secara sederhana," katanya.

Ketika ditanya tidakkah timbul perasaan jijik apabila menyelongkar longgokan sampah, Bidin berkata, dia sudah biasa berhadapan dengan ulat sampah dan bau busuk sejak menjadi tukang kebun.

Malah, Bidin akan bangun awal setiap hari dan keluar rumah untuk mencari sampah sehingga jam 8 pagi di sekitar kawasan rumahnya.

“Walaupun lutut sakit, saya tetap bekerja mengikut kemampuan untuk cari rezeki halal dan tidak mahu meminta ihsan orang lain,” katanya.

Menurut Bidin lagi, setakat ini keluarganya juga tidak menghalang dia melakukan kerja berkenaan.


Sumber

3 February 2014

Tambang teksi Georgetown termahal di Malaysia?

GEORGETOWN - Tambang teksi di kawasan Georgetown dijangka menjadi yang termahal di seluruh negara dalam tempoh terdekat jika diluluskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Presiden Gabungan Persatuan Pemandu Teksi dan Pemandu Kereta Sewa Kawasan Pulau Pinang, Abd Malek Darus berkata kadar ambang yang akan dinaikkan mungkin termahal berbanding Kuala Lumpur dan Johor Bahru berdasarkan kedudukan bandar ini.

Beliau mendakwa kadarnya sudah diluluskan SPAD dan dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Sudah tiba masannya pemandu teksi di kawasan pulau menerima ganjaran yang sewajarnya bagi perkhidmatan terbaik yang ditawarkan kepada pelancong asing.

"Kenaikan 70 hingga 80 peratus mengikut meter  tidak membebankan penumpang tempatan kerana mereka mempunyai pilihan pengangkutan awam lain yang lebih murah," katanya kepada media selepas menghadiri majlis pemberian insentif kepada pemandu teksi dan kereta sewa, di Dewan Tunku, Komtar, hari ini.

Menurutnya, hanya empat hingga lima peratus penumpang tempatan yang masih menggunakan perkhidmatan teksi di negeri ini. 
 
Ini kerana ramai yang mempunyai kereta sendiri atau menggunakan perkhidmatan bas percuma atau bas biasa. 
 
"Kami percaya kenaikan tambang teksi di Georgetown tidak menjadi isu kepada penumpang tempatan," katanya.
 
Abd Malek berkata, buat masa ini, kadar tambang permulaan ialah RM4 bagi satu kilometer pertama dan 10 sen bagi tambahan setiap 115 meter perjalanan seterusnya. 
 
"Saya berharap kadar tambang baharu akan memberi suntikan kepada pemandu teksi untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada penumpang, terutamanya pelancong asing yang merangkumi 90 peratus pengguna teksi di negeri ini," katanya.
 
Tahun lalu, SPAD meminta masa untuk mengkaji kadar tambang teksi sama ada bermeter atau tidak untuk dilaksanakan di seluruh negara.
 
Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, kajian itu memerlukan penelitian agar memberi manfaat kepada semua pihak dan bukan hanya pemandu teksi.
 
Menurutnya, kajian itu juga perlu mengambil kira pandangan dan cadangan semua pihak iaitu pemandu teksi, pengguna dan persatuan pengguna.

Sinar Harian Online 

Ugut tetak Polis!

KAMPUNG RAJA- Gara-gara tidak berpuas hati adik dan rakannya ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan dadah, seorang abang dilaporkan bertindak mengugut mahu menetak seorang anggota polis sukarelawan dalam kejadian di Kampung Gong Lilit, Apal dekat Jabi di sini Jumaat lalu.

Menurut sumber, dalam kejadian dipercayai kira-kira jam 10 malam itu berlaku ketika mangsa berusia 33 tahun berada di rumahnya sebelum isterinya berusia 30-an memaklumkan  ada seorang lelaki ingin berjumpanya.

Menurut sumber, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa segera ke depan pintu untuk berjumpa lelaki terbabit yang berada di hadapan rumah mangsa sambil memegang sebilah pedang.

“Lelaki terbabit memaklumkan dia ingin menetak mangsa dan anggota polis dari Balai Polis Jertih kerana menahan adik dan rakannya yang terbabit dalam kes dadah.

“Kekecohan yang dicetuskan oleh suspek itu menarik perhatian penduduk kampung menyebabkan suspek beredar meninggalkan rumah mangsa menaiki motosikal,” katanya.

Bagaimanapun kata sumber itu, suspek yang masih tidak berpuas hati datang sekali lagi membuat kecoh di rumah mangsa kira-kira jam 11.40 malam pada hari sama.

Namun ketika itu, mangsa tidak berada di rumah kerana menghadiri taklimat tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut dan dimaklumkan isterinya mengenai kehadiran suspek sama di rumahnya.

“Sebaik dimaklumkan kejadian itu, mangsa segera membuat laporan di Balai Polis Jertih untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan.

Menurutnya suspek berusia 29 tahun telah ditahan kira-kira jam 1 pagi beberapa jam selepas kejadian tersebut dilaporkan di kampung sama.

“Suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya.
--sinar harian

Bukti bukan anuar pemimpin serba boleh!


Anuar yang dulu bukan Anuar sekarang,
Buat teh tarik pun terburai, mana nak jadi pemimpin.
Bukti bukan anuar pemimpin serba boleh